Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Cucur Udang Simple Dan Sedap

Resepi Cucur Udang Simple Dan Sedap | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Betullah kata orang walau lama mana kita berkahwin dengan pasangan, belum tentu kita kenal pasangan sepenuhnya. Begitu jugalah dengan Sha, kadang-kadang bukan sebab apa.. sebabnya mungkin tak perasan atau tak cukup ambil tahu tentang pasangan. Tetapi bagi Sha itu semua belum terlambat untuk kita perbaiki. Kisahnya bermula bila suami hantar gambar, beliau sedang makan cucur di pejabatnya. Katanya sedap laa cucur ni sayang, dan maklumkan beliau memang suka makan cucur. Sebelum ini bukan tak tahu beliau memang suka cucur, tapi isteri dia jenis slow sikit anggap beliau suka cucur kat kedai yang dia suka singgah tu. Cuma kali ini yang dia makan itu adalah cucur buatan isteri sahabatnya. Jadi sedikit terasalah bila suami sendiri puji cucur orang lain buatkan, padahal di kedai pun orang lain yang buat...ahahahahaha.. Kali ini kalau Sha tak faham-faham juga, tak tahulah nak kata diri sendiri isteri jenis apa kan..ehehhe...Selepas itu barulah Sha cakap dengan suami, nanti Sha belajar buat cucur. Maka dengan itu terjadilah cucur udang kesukaan suamiku. Itupun tak tanya cucur udang macam mana yang dia suka jadi Sha gunakan sahaja resepi yang Sha ada.



Resepi Cucur Udang Simple Tapi Sedap

resepi cucur udang

Bahan-bahan Masak Cucur Udang Tanpa Yis

resepi cucur udang

500g tepung gandum
10 ekor udang saiz sederhana ( Sebab udang agak besar Sha belah dua )
Secekak taugeh
Setengah batang lobak merah
Daun sup
Setengah biji bawang besar holland
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Air

Cara-cara Masak Cucur Udang


1. Di dalam satu mangkuk, satukan semua bahan.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul
3. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.


4. Bila sudah sebati semua bahan, panaskan minyak di dalam kuali.
5. Sha gunakan sudu makan untuk sukat adunan dan masukkan ke dalam kuali.
6. Bila sudah kekuningan, ikut garing kesukaan koranglah.

Alhamdulillah sempatlah suami bawak bekal cucur udang ke pajabat pada hari itu memandangkan beliau masuk kerja petang jadi buat minum petanglah. Cuma selepas ini mungkin Sha akan tambah sayur kuchai pula kerana suami tanya tak bubuh kuchai ke sayang? Jadi faham-fahamlah beliau suka lagi kalau letakkan kuchai di dalam cucur. Jadi lain kali Sha kena tambah kuchai ke dalam resepi cucur udang Sha barulah meriahkan?

Post a Comment

5 Comments

  1. bestnya terus rasa lapar pagi ni :)

    ReplyDelete
  2. singgah and follow sini :)
    cucur udang always favorite petang2 kan

    ReplyDelete
  3. wah nampak sedap ni. boleh try ni. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  4. mantap, akak punya jemput udang pun lebih kurang gini... tak suka boh udang 1ketul tu... suka campur terus

    ReplyDelete
  5. senang kan buat cucur..kdg2 xde lauk..buat kosong pn sedap..atau buh sayur mcm toge or kucai kan :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi