Friday, August 14, 2020

Tips Kurus Bila Bercuti Balik Kampung

Tips Kurus Bila Bercuti Balik Kampung | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sepatutnya entry ini disiarkan sebelum balik kampung minggu lepas, barulah ngam! Tapi tak apa belum terlambat lagi untuk kita pulang ke pangkal jalan pulak selepas pulang ke kampung. Adakah pemakanan korang akan terlebih daripada biasa jika balik kampung? Kalau tanya Sha, memang wajiblah terbabas tambah pula balik untuk berhari raya. Hari raya korban lagilah hancur diet sebabnya Sha seorang penggemar daging. Memandangkan hari raya Aidilfitri lepas tak dapat balik jadi ramailah yang mengambil peluang untuk menyambut hari raya AidilAdha pula. Bila sebut cuti, raya dan balik kampung, diet, kurus turun berat badan memang campak ke tepilah biasanya kan? Tapi tak apa sekurang-kurangnya kita membuat sesuatu supaya dapat membakar balik kalori supaya kita tidak terus hanyut dan senang bila habis cuti nanti kita nak kembalik ke pangkal jalan. Jadi di sini Sha nak kongsikan enam tips untuk kita sama-sama amalkan sepanjang bercuti atau balik kampung lagi nanti. Tak lama lagi nak cuti sekolah pulak, bahaya!ahahahha..


Waaaaa... bila sebut balik kampung, pastinya ramai yang gembira. Salah satu sebabnya selain melepaskan rindu pada ahli keluarga, wajib kita akan merindui masakan kampung sendiri terutamanya masakan ibu atau keluarga terdekat yang lain. Macam mana nak kekalkan momentum diet yang kita telah mulakan berbulan-bulan sebelum balik kampung ni? Memang susah, tambah pula kita dah berjaya menurunkan berat badan beberapa kilo sebelum balik kampung, silap-silap haribulan dalam masa 2 hingga hari balik kampung dah boleh naik sama banyak yang turun berbulan-bulan tu. Sayangnya bila jadi macam tu kan? Tapi itu semua terjadi kerana kita banyak ikut nafsu, padahal boleh sahaja kita makan semua tapi berpada-padalah kan? Sha ni kira kurang sikit je nafsu sebab mak kat kampung dah tak boleh bangun masak macam dulu-dulu. Tapi tetap bahaya kalau ke rumah bapa saudara dekat-dekat rumah, suka sangat hidang makanan kegemaran Sha jadi takkan kita nak menolak kan? jadi kita makanlah. Sebab kita memang suka ! ihihiihhi.. Ok, jom kita tengok apa yang boleh kita buat bila nak balik kampung, kena siap sedia jiwa raga tau !

Tips Kawal Makan Bila Balik Kampung


1. Jaga portion permakanan

Bila balik kampung, jika masih mempunyai orang tua memang agak susah nak memilih makanan, biasanya kita akan makan apa yang dihidangkan yang pastinya makanan kegemaran kita. Apakah cara nak menjaga hati orang tua dan menjaga badan kita? Kita kawal portion makanan, tak perlu ambil banyak sangat. Kita boleh memilih untuk makan kerap dengan kuantiti sikit berbanding makan banyak sekali gus. Cara ini lebih selamat dan terkawal.

2. Pilih air kosong.

Jika dibandingkan dengan makanan, minuman paling senang nak kawal. Air kosong mudah didapati jadi kita boleh jimat jumlah kalori apabila kita mengelak dari ambil air manis dan memilih air kosong.

3. Elakkan Makan Separa Sedar.

Makan separa sedar? Macam mana tu? Contohnya sewaktu menonton televisyen kalau kita makan kerepek atau lain-lain jajan sedar-sedar sudah sebalang kita makan bukan? Bukan setakat menonton tv, sambil menyembang dengan adik-beradik sepupu-sepapat kadang tak sedar kita termakan lebih dari sepatutnya. Jadi kita perlu sentiasa beringat dengan bekalan makanan dan apa yang kita makan.

4. Rajinkan diri membuat kerja

Antara yang Sha buat jika balik kampung adalah membantu mak dan adik-adik membersih kawasan rumah. Pendek kata bila balik kampung jangan pandai makan sahaja, ringan-ringankanlah tulang membuat kerja. Antara perkara yang biasa Sha buat adalah mengemas rumah, basuh pinggan mangkuk, menyapu sampah di laman, buang sampah. Bila kita sibukkan diri, kita boleh lupakan makan. Korang jangan tak tahu buat kerja rumah pun bakar kalori tau.

5. Tekad dan Azam untuk kembali menjaga permakanan selepas balik bercuti.

Jangan tertekan, jangan rasa bersalah dan rasa down jika kita berasa diri sendiri sudah hanyut terlebih makan dari sepatutnya. Turun naik berat badan adalah satu perjalanan yang ada pasang surutnya, ada masa kita ok dan kuat dan ada masa kita ke laut sekejap. Tapi tak apa yang penting kita cepat sedar diri untuk kembali ke track. Kita enjoy dalam proses penurunan berat badan kita, jangan stress sebab risau kerana stress boleh membuatkan berat lagi susah untuk turun.

6. Tahu berat sebelum balik kampung

Sebelum mula diet penting untuk kita tahu berat badan terbaru kita. Dengan tahunya berat boleh membantu kita mengawal permakanan. Sebab bila kita tahu berat sendiri kita akan tahu ke mana arah tujuan barulah mudah untuk berjaya.

Macam mana? Ada tak pembaca yang sama macam Sha? Balik kampung ke laut dalam diet. Jomlah sama-sama kita naik ke darat balik supaya tidak dilanda badai dan hanyut terus. Percayalah kita enjoy kita punya diet dengan permakanan yang betul pasti akan nampak hasilnya suatu hari nanti InsyaAllah. Jadi inilah antara tips kurus dan jaga makan bila bercuti atau balik kampung sebagai peringatan untuk diri sendiri dan korang semua.

2 comments:

Terima Kasih Daun Keladi