Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Sup Tulang Gearbox Sedap Dan Cepat Menggunakan Periuk Noxxa

Resepi Sup Tulang Gearbox Cepat Menggunakan Periuk Noxxa | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama tidak bersiaran di sini bermula dengan balik kampung sebelum Hari Raya AidilAdha, Hari Raya AidilAdha dan urusan selepas berhari raya. Rasa penat dan tempoh beradaptasi balik dengan rutin harian selalu membuatkan Sha sedikit lemau. Bila lemau rumah pun tak peduli sangat..huhuhuh..kemas yang patut sahajalah. Aidladha yang lepas Sha terpaksa balik ke Besut lebih awal sebelum hari raya disebabkan suami bekerja pada malam raya, kebetulan pula dua orang adik sepupu Sha nikah serentak sebelum raya. Jadi pagi raya tak ada ke mana-mana, kami sekeluarga ambil keputusan untuk ke rumah kakak ipar di Kedah. Selepas suami siap kerja kami terus gerak ke Kedah dan singgah bersarapan di IKEA Batu Kawan terlebih dahulu barulah meneruskan perjalanan ke Kedah. Hari pertama hari raya korban tahun ini kami rehat sahajalah memandangkan tak ada apa-apa aktiviti. Alhamdulillah rupanya kak ipar ada ambil bahagian pada hari raya kedua. Pagi raya kedua Sha bersiap dan ikut kak ipar ke tempat sembelihan yang tak jauh dari rumah. Sha sempatlah membantu penduduk yang ada untuk memotong daging pada pagi itu. Maka hari itu dapatlah rezeki kak ipar suruh pilih daging mana nakjadi Sha ambillah daging dengan sedikit tulang rangka. Tapi masih banyak bahagian tulang yang ada, Sha pun mintalah satu tulang gearbox dengan kak ipar. Bunga-bungalah hati sambil berangan tak sabar nak bawa balik Perak buat Sup Tulang Gearbox sedap-sedap.

resepi sup tulang

Resepi Mudah Sup Tulang Gearbox Yang Sedap


Bahan-bahan Masak Sup Tulang Cara Saya

1 gearbox dicampur dengan tulang rangka dan sedikit daging yang dipotong kecil

1 biji bawang holland 

5 ulas bawang putih

1 batang saderi

1 inci halia

1 inci lengkuas

1 biji tomato

1 biji limau nipis

1 akar daun ketumbar

3 biji cili burung

2 batang serai diketuk

1 helai daun limau purut

2 sudu sos ikan

1 batang lobak merah di hiris

Bawang goreng

Daun sup

Daun bawang

Cara-cara Memasak Sup Tulang


1. Rebus tulang gearbox dan daging dalam periuk noxxa selama 30 minit High Pressure (HP)

2. Kisar 1/2 bawang holland, bawang putih dan halia

3. Cukup 30 minit HP, alihkan tombol dari Pressure kepada Steam untul lepaskan wap sebelum buka periuk.

4. Bila periuk noxxa dah senyap dan tombol wap sudah turun ke bawah, tetapkan periuk pada setting STIR FRY dan ON.

5. Masa ini kita dah boleh masukkan bahan-bahan yang telah dikisar diikuti semua bahan-bahan yang ada.

6. Setengah bawang holland yang berbaki tadi dihiris nipis dan dimasukkan sekali.

7. Jangan lupa perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Akhir sekali kita dah boleh hidang sup tulang gearbox dengan hiasan bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Kalau dah macam ini gayanya, memang mangkuk khas untuk Sha letak gear box kalau letak dalam pinggan memang tak nampak nasi.

Selain sup, korang pun boleh cuba ------>>>>>  Resepi Daging Masak Hitam

resepi sup tulang gearbox

Alhamdulillah dapat juga merasa daging korban tahun ini. Moga tahun depan ada rezeki Sha untuk mengambil bahagian juga. Terima kasih kepada kakak ipar sebab bagi gearbox dan adik ipar dia boleh masak sup tulang gearbox yang sedap dan lebih mudah dengan adanya periuk noxxa yang juga pemberian kak ipar yang sama. Puas hati lepas nasi habis pun suami hirup sup tu walaupun dia tak makan bahagian tulang, bahagian daging yang Sha masukkan dalam sup memang khas untuk suami sahaja.

Post a Comment

3 Comments

  1. sedapnyaaa tak pernah makan lagi sup gear box.dekat rumah ni ada periuk mugen.kejap je masak ni

    ReplyDelete
  2. akak pun hujung minggu baru buat sup tulang dengan noxxa, hp 25minit dah empuk betul... puas hati sedap dan cepat hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi