Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Peluang Jana Pendapatan Sampingan

Mencari Peluang Pendapatan Sampingan ? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Baru-baru ini riuh isu status 1 juta daripada seorang insan yang disegani dalam motivasi marketing. Daripada sudut positif kita boleh ambil sebagai pembakar semangat bagi orang yang berniaga. Tapi buat apa Sha nak sibuk juga? Kan dah bekerja tetap? Kenapa masih nak berniaga? Untuk isi masa lapang ke? Maklumlah tak kaya-kaya pun sampai sekarang...huhuhu....Untuk Sha bukanlah berniaga untuk isi masa lapang, kerana dalam kehidupan jarang ada masa lapang kalau ada pun untuk habiskan masa bersama anak-anak maklumlah seharian bekerja bila balik rumah sambung hadap telefon kot-kot ada nak masuk tempahan kan? Untuk Sha sendiri, berniaga untuk menambah pendapatan bagi menampung apa yang patut, tambah pula kita manusia selalu ada impian dan keinginan yang hendak dicapai bukan sekadar pencapaian dalam perkhidmatan. Bila dah berpindah keluar daripada kampung sendiri, pastinya memerlukan kos untuk balik kampung jadi duit untung berniaga kecil-kecilan inilah yang Sha guna untuk modal balik kampung.

cara jana pendapatan sampingan


5 Cara Jana Pendapatan Sampingan

 

1. Menjadi ejen jualan

Menjadi ejen biasanya akan pegang stok, jadi kena kerja keras untuk memastikan barangan terjual. Sebelum jadi ejen bagi yang bergelar isteri wajib meminta keizinan suami terlebih dahulu sama ada boleh atau tidak menjadi ejen kerana suami adalah penyokong utama kita. Bincang dulu strategi dan ukur pakai dibadan sendiri, tepuk dada tanya semangat.

2. Menjadi dropship

Jika korang mahu bebas daripada mengeluarkan modal dan tidak mahu memegang stok ditangan, korang boleh memilih untuk menjadi dropship sahaja. Sha sendiri setakat ini mendapat keizinan untuk menjadi dropship sahaja kerana kesungguhan juga faktor lain menyebabkan Sha tidak dapat menumpukan sepenuhnya pada perniagaan. Jadi dropship sangat sesuai untuk menjana pendapatan sampingan tanpa modal.

3. Menjadi Penulis Upahan- cari peluang

Dunia hujung jari memberi kelebihan bukan sahaja kepada peniaga online tetapi juga kepada penulis. Menjadi blogger juga antara salah satu cabang sebagai penulis. Bagaimana mendapat pendapatan dengan menulis? Bagi blogger pendapatan boleh diperolehi daripada upah review produk, iklan di sidebar, iklan sama ada dari adsense atau penyedia iklan lain. Selain itu mengambil upah untuk membuat artikel, copywriting dan inlfuencer.

4. Guna kemahiran yang ada- buat kek, menjahit

Seronok bila lepak di laman sosial bila tengok kawan-kawan boleh menjana pendapatan sampingan melalui kemahiran yang mereka ada. Kemahiran seperti membuat kek dan belajar menjahit pun kini boleh didapati secara online. Kebanyakannya bermula daripada hobi dan juga kegemaran keluarga, bila selalu up di media sosial masing-masing ada rezeki masuklah tempahan. Memang tak rugi pandai serba serbi nii..


5. Jadi instafemes di instagram - review

Ramai anak muda kini menjadikan platform instagram tempat untuk mencari pendapatan. Mempunyai follower yang ramai sangat memberi kesan kepada pengguna instagram. Setiap posting dibayar dengan harga tertentu. Maklumlah job review kadang-kadang melalui platform instagram dan dibayar mengikut jumlah follower yang kita ada.



Semoga ini dapat membantu memberi idea kepada pembaca yang sedang mencari peluang menjana pendapatan sampingan. Hal ini memandangkan ekonomi sekarang kita tidak boleh hanya bergantung pada satu sumber sahaja. Pokok pangkal sesiapa yang berusaha pasti lambat laun akan mendapat hasilnya. Mungkin pada mulanya hanya sampingan, tak mustahil akan melebihi gaji bulanan hakiki korang. Dalam mencari peluang pastinya terdapat cara jana pendapatan sampingan tanpa modal dan juga memerlukan kita mengeluarkan modal terlebih dahulu. Semuanya terpulang pada kemampuan sendiri.

Post a Comment

2 Comments

  1. ada byak cara boleh jana pendapatan.. nice sharing ^^

    ReplyDelete
  2. Cara byk, usaha n doa smg Allah permudahkan rezeki kita

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi