Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cara Daftar Premis Dalam Sistem MySejahtera

Cara Daftar Premis Dalam Sistem MySejahtera | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Norma baru yang perlu kita lalui sekarang ini adalah jika mahu memasuki premis-premis seperti pusat beli belah kita kini wajib mendaftar terlebih dahulu sama ada menulis nama secara manual di dalam buku atau dengan mengimbas kod yang telah disediakan. Jika sebelum ini kita perlu mengimbas dan mengisi borang online setiap kali memasuki kedai-kedai butik tetapi kini telah diperkenalkan aplikasi Mysejahtera yang telah dibangunkan  oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara yang membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan awal yang cepat dan berkesan. Sha percaya sudah ramai yang memuatnaik aplikasi MySejahtera di dalam telefon pintar masing-masing bukan?

CARA DAFTAR PREMIS DALAM MYSEJAHTERA

Petang tadi ketua Sha meminta tolong untuk Sha buatkan QR Code untuk pejabat, jadi alang-alang dah buatkan untuk premis pejabat jadi Sha nak kongsikan cara-cara untuk mendaftar premis dalam sistem MySejahtera. Sebenarnya untuk mendaftar premis dalam Mysejahtera boleh sahaja mengguna telefon pinta atau laptop. Tapi pada Sha lebih baik pakai laptop kerana boleh terus jana QR Code MySejahtera. Jom kita tengok bagaimana cara mendaftar premis anda di dalam MySejahtera.


Cara Daftar Premis Dalam Sistem MySejahtera & Buat QR Code Premis



Pertama sekali anda perlu masuk ke laman web www.mysejahtera.malaysia.gov.my dan korang akan nampak seperti gambar di bawah ini di bahagian bawah ( Sila scroll )


Korang akan nampak dua pilihan iaitu daftar MySejahtera Check In dan satu lagi Login MySejahtera Check In. Untuk daftar premis buat pertama kali, korang perlu klik pada Daftar MySejahtera Check In dan korang akan pergi ke laman seperti gambar di bawah :

Pendaftaran Premis Dalam Sistem MySejahtera


Pertama sekali korang akan nampak Sign Up menggunakan nombor telefon korang. Tapi untuk pejabat Sha menggunakan emel yang biasa menjadi kegunaan rasmi pejabat untuk memudahkan kerja nanti. Takkan kita nak guna emel peribadi untuk kegunaan pejabat pula kan? Untuk daftar menggunakan emel korang boleh tengok bahagian bawah kecil sahaja tulisan, klik pada I would like to use email. Selepas masukkan emel dan klik pada kotak kecil I'm not a robot pula. Kemudian barulah klik Register . Lepas klik register korang akan nampak laman seperti dibawah :


Bila korang mendapat emel maksudnya pendaftaran premis dalam sistem MySejahtera korang telah berjaya. Sekarang korang boleh periksa inbox emel korang daftarkan tadi.

Pengesahan Pendaftaran Premis Dalam Sistem MySejahtera



Korang akan dapat emel seperti diatas beserta dengan pautan untuk tindakan korang seterusnya dan korang akan dibawa ke laman seterusnya seperti dibawah :


Dalam laman ini korang akan nampak ruang untuk korang letak nama premis korang, alamat premis selengkapnya. Untuk bahagian Business Name dan Contact Name Sha cuma letak nama pejabat sahaja. Selepas siap isi semuanya korang klik pada butang SUBMIT dan akan terus keluar QR Code untuk kegunaan premis anda.

Cipta QR Code Untuk Premis Dalam Sistem MySejahtera



Akhirnya pejabat Sha sudah boleh mula menggunakan sistem mengimbas QR Code seperti premis lain sebelum ini. Apa yang senangnya bila guna laptop ini, selepas kita daftar premis dalam sistem MySejahtera korang nampak di bawah QR Code yang dah siap itu ada tiga pilihan sama ada nak cetak, emelkan pada sesiapa dan satu lagi untuk download ke dalam laptop korang.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu korang memudahkan kerja pada masa seterusnya. Maklumlah tak semua orang rajin nak taip benda sama banyak kali. Tapi tak kurang juga tidak semua orang ada telefon pintar jadi manual juga perlu disediakan. Yang banyak menggunakan QR Code ini adalah untuk daftar MySejahtera untuk kedai dan cipta QR CODE.

Post a Comment

6 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian...saya belum daftar lg

    ReplyDelete
  2. TQ for sharing info

    ReplyDelete
  3. terima kasih. blogger sis banyak membantu kepada sesiapa yang nak buat qr code dr mysejahtera. saya ikut semua step ini, berjaya cipta mysejahtera tanpa rintangan.

    ReplyDelete
  4. terima kasih banyak atas prkongsian. bagaimana pula nak semak sesiapa yg ada daftar sebelum masuk ke premis pada hari brkenaan. mohon pencerahan

    ReplyDelete
  5. terima kasih sharing.... nak tanya, kalau kita "ter" daftar 2 QR CODE untuk satu syarikat bagaimana? boleh ke cancel kan salah satu? atau it's ok je kalau ada dua pun ?

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi