Thursday, June 11, 2020

Nasi Putih Menyebabkan Badan Berasid ? Betul Ke?

Nasi Putih Menyebabkan Badan Berasid? | Tempoh satu minggu ini terasa badan sedikit lesu dan tidak bermaya. Banyak faktor yang boleh menyebabkan badan Sha lesu dan penat mungkin kerana perubahan gaya hidup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini telah memberi sedikit kesan dalam kehidupan Sha terutamanya waktu tidur yang tidak menentu, kerap tidur lambat berbanding hari kerja. Selain cara hidup yang tidak aktif seperti biasa pemakanan juga memainkan peranan penting dalam kesihatan. Hari-hari yang banyak di rumah menyebabkan Sha ada sahaja idea mahu memasak itu dan ini, lupa agaknya tentang kesihatan sendiri. Untuk tidak membiarkan diri sendiri terus hanyut dalam kelesuan Sha perlu mengubah kembali cara hidup dan pemakanan supaya badan kembali bertenaga dan menjaga kesihatan terutamanya.


Badan berasid boleh menyebabkan punca mengidap penyakit berbahaya. Pemakanan harian juga banyak menyumbang ke arah badan berasid. Keadaan ini pula ditambah dengan tekanan hidup dan kegiatan fizikal yang terhad juga boleh menyebabkan pengasidan yang tinggi dalam badan.

Apakah tanda-tanda ada masalah asid tinggi dalam badan?


1. Kekurangan tenaga dan lesu. Tubuh terasa berat dan timbul perasan tidak larat untuk berbuat apa-apa.
2. Kecenderungan untuk mendapat jangkitan penyakit berjangkit adalah tinggi
3. Hilang motivasi diri, semangat dan emosi terganggu.
4. Cenderung kepada kemurungan
5. Perasaan gemuruh, gelisah tanpa sebab dan mudah tertekan.
6. Sakit kepala
7. Air mata mudah meleleh keluar
8. Radang pada selaput mata yang menjadikan mata kemerah-merahan.
9. Gigi menjadi longgar
10. Gigi mudah sensitif pada panas, sejuk, mudah retak dan radang gusi
11. Tumbuh ulser dalam mulut
12. Pecah-pecah di sudut kiri dan kanan bibir
13. Asid perut berlebihan
14. Kuku nipis dan mudah pecah
15. Kulit menjadi kering
16. Kulit mudah menjadi gatal-gatal terutamanya dibahagian yang mudah berpeluh.
17. Mudah kejang otot dan kejang kaki.


Senarai Makanan Berasid

  • Beras putih
  • Tepung yang menghasilkan roti putih dan pasta
  • Gula putih dan gula perang
  • Kekacang seperti kacang soya atau kacang kuda
  • Daging merah seperti daging lembu dan kambing
  • Ikan berlemak seperti ikan patin dan markerel
  • Makanan laut
  • Makanan seperti jeruk, sos tomato, mayonis dan kicap
  • Lemak seperti marjerin
  • Minuman seperti kopi, teh, susu coklat, minuman bergas, jus tomato, jus oren.
  • Telur
  • Jagung
  • Produk tenusu seperti susu, krim atau mentega.

Apakah Makanan Untuk Seimbangkan Asid Dalam Badan?


Mengikut pemakanan, kita perlu mengambil sekurang-kurangnya 80% makanan beralkali dan 20% makanan berasid supaya nilai pH cecair badan tetap stabil untuk mencegah sebarang penyakit, meningkatkan sistem ketahanan badan dan meningkatkan metabolisme badan.

Untuk mengatasi masalah asid yang berlebihan dalam tubuh, kita disarankan mengambil makanan yang bersifat alkali atau kaya dengan sumberalkali seperti :

  • Ibu kentang atau keledek sama ada direbus atau digoreng
  • Semua sayur hijau. Mentah atau dimasak. Lebih elok dibuat ulam seperti salad.
  • Pisang
  • Buah kering seperti kurma, biah tin dan biah kismis.
  • Buah zaitun hitam dengan minyak
  • Aprikot
  • Gula semulajadi seperti gula dalam buah-buahan.
  • Masak dengan menggunakan herba seperti kayu manis, daun kari dan halia.
  • Cuka epal
  • Cendawan

Asid Tinggi Dalam Badan Membahayakan Kesihatan


Nampaknya Sha sudah menjumpai punca ketidaklesuan beberapa hari ini. Memang minggu lepas minggu melayan nafsu makan dan makanan-makanan yang tersenarai dalam senarai makanan berasid itu semuanya Sha ambil. Jadi sekarang Sha perlu mengubah diet dan gaya hidup supaya Sha tidak terus lesu dan lembik.

Akibat pemakanan yang tidak seimbang, organ tubuh menjadi lemah dan kekurangan zat. Akibatnya, sistem pertahanan tubuh merosot dan membahayakan individu untuk mengidap pelbagai penyakit seperti hipertensi, alzheimer, penyakit jantung, diabetes dan gout. Bagi individu yang mempunyai simptom penyakit kronik seperti arthritis, diabetes, emfisema, arteriosklerosis atau barah, kadar metabolisme badan mereka telah berkurangan kerana asid dari organ mereka yang lain telah dibawa ke organ lain untuk proses peneutralan.

Bahagian Badan Paling Berasid

Bahagian badan yang paling berasid adalah perut. Amalan pemakanan berasid seperti ayam, daging, pastri dan sebagainya boleh mempengaruhi sistem pencernaan dan meningkatkan kadar penyerapan asid dalam badan. Asid yang berlebihan tidak dapat dikeluarkan oleh buah pinggang dan terperangkap dalam saluran pencernaan (saluran kencing). Keadaan ini menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dan menyebabkan pembentukan kristal di saluran pencernaan. Kristal yang terbentuk dikenali sebagai karang dan menyebabkan individu terkena penyakit karang. Keadaan ini akan berterusan dan menyebabkan peningkatan tahap keasidan dalam badan yang membawa kepada pelbagai penyakit dan mengakibatkan kematian.

Kesimpulannya mulai hari ini marilah sama-sama kita mengamalkan pemakanan yang seimbang demi untuk kesihatan yang baik. Kesihatan adalah perkara yang penting dalam kita menjalani kehidupan seharian. Kesihatan juga banyak bermula daripada perut, justeru itu apa yang kita makan itulah akan menghasilkan kesihatan yang baik atau tidak.

5 comments:

  1. Perkongsian yg bagus sha..
    CH pun rasa mcm Tu..
    Byk benar mkn nasi.
    Kena mkn yg seimbang nampaknya..
    Cari semula makanan alkali..

    ReplyDelete
  2. Seram plak baca aih... Sbab kebanyakan makanan tu kita ambil kan .

    ReplyDelete
  3. kena eat clean la lepas ni..hihihi..

    ReplyDelete
  4. Aduhhh banyak nya makanan yang berisiko.

    ReplyDelete
  5. oh patut kena kurangkan pengambilan :D

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi