Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kali Pertama Cuba Resepi Kuah Rojak Buah Yang Mudah Dan Sedap

Kali Pertama Cuba Resepi Rojak Buah Yang Mudah Dan Sedap | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tiga hari lepas ada kawan bagi buah mempelam satu plastik, tapi tak tahu nak makan dengan apa. Kebiasaannya Sha akan beli colek buah atau rojak buah di kedai berdekatan pejabat sahaja, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berjalan kedai buah tersebut tutup. Ikutkan boleh sahaja Sha cicah buah mempelam dengan kicap dicampur dengan belacan juga cili seperti sebelum ini. Memandangkan PKP ini kita banyak masa dirumah berbanding pergi ke pejabat jadi apa salahnya kita rajinkan diri untuk mencuba resepi kuah rojak buah sendiri bukan? Bila belek-belek pelbagai resepi colek buah yang dijumpai dan Sha pilih satu untuk dicuba dan diolah mengikut cita rasa Sha sendiri.

resepi kuah rojak 

Jom tengok resepi kuah rojak buah yang memang mudah ini. Masak pun tak lama cuma kena tunggu kuah rojak kita sejuk itu sahaja yang ambil masa.

RESEPI KUAH ROJAK BUAH YANG MUDAH DAN SEDAP


Bahan-bahan Untuk Buat Kuah Rojak Buah

10 keping cili kering dibuang biji dan direbus sehingga lembut
1 cm belacan
2 cawan gula pasir
1 keping kecil gula melaka
1 sudu kecil garam
2 sudu besar kicap
2 sudu besar tepung gandum
3 biji bawang merah dimayam halus
1 sudu besar kacang tanah ditumbuk

Cara-cara untuk membuat kuah rojak buah yang cepat

1. Pertama sekali kita kisar cili kering yang telah direbus dengan belacan.
Sha tak letak belacan yang banyak sebab nanti gatal muka, resdung.

2. Panaskan kuali dan masukkan bahan yang dikisar tadi.

3. Nampak cili kering masak, masukkan gula pasir, gula melaka, garam, kicap dan bawang merah.

4. Gaul bahan-bahan didalam kuali sehingga sebati

5. Apabila semuanya nampak sebati, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga mencapai kepekatan yang kita suka.

6. Akhir sekali Sha letak kacang tanah yang telah ditumbuk tadi.

7. Bila susah pekat elok, kita boleh tutup api dan kacau terlebih dahulu dan siap. Tunggu sejuk barulah boleh mula mencicah.
 

Resepi yang Sha kongsikan ini adalah untuk orang yang ada resdung, tidak tahan dengan belacan atau bahan lain. Sha letak sedikit belacan pun hidung Sha mula gatal-gatal juga. Bagi yang ok, resepi ini korang boleh tambah dengan otak udang atau udang kering. Selain itu resepi ini sesuai bagi yang tidak suka pedas. Jika korang nak tahu, Sha asingkan kuah rojak ini untuk Sha sendiri jika nak makan bersama anak-anak. Anak-anak tak makan pedas jadi Sha potong cili padi dan tambah di dalam kuah rojak ini sebelum makan. Penggemar pedas memang tak puas kalau makan tak pedas dengan cili api.

Apa komen suami Sha?

Sedap cuma mungkin lebih sesuai kacang tanah diasingkan, dicampur ketika mahu menjamu selera lebih baik. Baiklah lepas ini kita cuba tak campur terus kacang tanah dalam kuah rojak buah ini.

Kenapa letak bawang merah?

Sha memang suka makan bawang merah. Bila kita mayam bawang merah dan letak dalam resepi kuah rojak buah ini, bila kita cicah ada sesuatu melekat pada buah rasanya lebih syok. Bawang merah dengan cili potong tadi melekat.

Apa lagi korang? Bolehlah cuba resepi kuah rojak buah yang mudah dan cepat ini untuk dinikmati bersama buah kegemaran korang. Maklumlah nak dapatkan kuah rojak buah kegemaran korang dikedai pada waktu ini mungkin agak terhad. Bahan-bahan untuk buat colek buah ini pun bahan asas didapur kita sahaja.

Post a Comment

10 Comments

  1. ya Allah sedapnya nampak. i love this !

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. sampai tak larat nak makan..banyak sgt buah org bagi

      Delete
  3. ya Allah sedapnya...

    salam kenalan dari saya, saya dah follow blog awak. Awak berminat? tukar link dengan blog saya, oohsenyum. (bloglist) kalau awak berminat comment kat link di bawah ini ye, saya tggu...

    https://www.oohsenyum.com/2017/03/bantu-blogger-yang-memerlukan-2020.html

    ReplyDelete
  4. sedap nih kalau dapat menyicah yummmy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas tu sakit perut sebab makan buah banyak sgt..

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi