Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Masak Ayam Kam Heong Pembuka Selera Di Waktu Sahur

Resepi Masak Ayam Kam Heong Pembuka Selera Di Waktu Sahur | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih di beri peluang untuk merasai nikmat 1 Ramadhan 1441H [ 24 April 2020 ]. Walaupun kita masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan telah diumumkan pelanjutan tempoh PKP semalam selepas pengumuman tarikh berpuasa, sebagai orang Islam kita wajib menjalani ibadah puasa seperti biasa. Mungkin suasana banyak berbeza kerana kita sudah biasa dengan kepelbagaian pilihan menu sama ada kuih muih yang kita boleh dapatkan di bazar-bazar Ramadhan kini agak terhad untuk mendapat juadah luar, jadi air tangan sendiri menjadi keutamaan.


Bila tiba bulan mulia Ramadhan Sha mesti teringat saat waktu mula-mula kahwin dulu. Suami pun dah boleh baca persoalan pertama Sha bila tiba puasa kerana kami dibesarkan dengan suasana dan menu berbeza. Katanya " Sayang, tahun ketiga ayah dah beradaptasi dengan cara menu sayang". Kita bukannya apa, risau bila fikirkan menu sahur dan berbuka ni bila perut lapar takut masing-masing nak ikut selera sendiri. Bila bazar Ramadhan tidak ada lagilah risau sebabnya kalau tiba selera tak nak makan masakan sendiri kita boleh beli luar, nampaknya sekarang kena rajin belek grup yang sediakan perkhidmatan penghantaran makananlah jika ada yang berdekatan rumah. Ok untuk sahur pertama pagi tadi Sha sediakan Ayam Masak Kam Heong kesukaan suami dan anak-anak. Harapnya menu hari ini dapat memberi tenaga sepanjang hari kepada kami. Lagipun ini menu paling cepat dan mudah disediakan.

RESEPI AYAM MASAK KAM HEONG


Perapan Ayam

8 ketul ayam
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam

Bahan Masak

1 biji bawang besar holland
2 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari ayam
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
daun kari
5 biji cili padi
garam * jika perlu
gula * jika perlu
Air
Minyak masak


CARA MEMASAK AYAM MASAK KAM HEONG MUDAH DAN SEDAP


1. Perap ayam dengan tepung jagung dan sedikit garam lebih kurang 5 minit kemudian goreng hingga masak.

2. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan bawang besar Holland dan bawang putih yang telah dihiris nipis sehingga lembut. Diikuti dengan daun kari.

3. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Gaul bahan-bahan ini hingga sebati, masukkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.

4. Selepas itu masukkan ayam yang kita telah goreng tadi dan gaul ayam sehingga sebati dengan tumisan tadi.

5. Letak sedikit gula dan garam juga cili padi.


----------------------> Koleksi resepi lauk pauk yang simple dan sihat  untuk keluarga



Sebenarnya sudah lama tak masak Resepi Ayam Masak Kam Heong ini, 2 hari lepas Sha masak balik nampaknya suami dan anak-anak suka sangat makan dengan nasi panas. Jadi Sha ambil keputusan untuk bersahur dengan lauk ayam kam heong sahaja. Apa menu sahur korang? Korang jenis sahur makan apa ya? Maklumlah ramai-ramai kawan yang Sha kenal, masing-masing punya kelainan dalam penentuan juadah. Apa-apa pun biarlah menu kita seimbang dan cukup untuk keperluan seharian kita. Berbuka nanti jangan berlebih-lebih juga.

Post a Comment

4 Comments

  1. Boleh try resipi ni nanti nampak sedap

    ReplyDelete
  2. nampak sedap..mcm ala2 hailam sikit je..ada tpung jgung bagi pekat
    selamat brpuasa

    ReplyDelete
  3. Sha..ni feveret menu husben akak gak. Senang je masaknya. Selalu gak lah akak masak..hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi