Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Stressnya Duduk Rumah !

Elak Tekanan Sepanjang PKP | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke 15 ini pastinya memberi kesan emosi kepada sesetengah orang. Kesan ini bukan hanya kepada yang bekerja diluar tetapi juga yang bekerja di rumah pun ada yang terkesan. Maklumlah jadual kehidupan harian telah berubah. Waktu begini pastinya kita perlu bijak mengurus emosi sendiri bagi mengelakkan tekanan. Bagi Sha sendiri sejujurnya setakat ini masih terkawal, anak-anak pun tak ada yang minta nak keluar ke mana-mana kecuali mereka persoalkan kenapa mereka tidak boleh sekolah dan kenapa ibu dan ayah ada masa kerja ada masa duduk rumah sahaja. Sha sekarang lebih banyak bekerja dari rumah berbanding ke pejabat, jadi bila sesekali kena bertugas di pejabat memang seronok tapi tak macam biasalah sebabnya hanya 4 orang sahaja bekerja setiap sehari.


Apa aktiviti yang boleh buat dirumah? Pastinya bermacam-macam aktiviti korang buat kan? Kalau kita tengok di media sosial ada sahaja aktiviti rakan-rakan kita kongsikan. Sungguh menarik dan kreatif rakan-rakan kita memanfaatkan cuti kuarantin ini. Apa-apa pun kita buatlah apa yang termampu asalkan kita tidak keluar rumah dan patuh dengan arahan kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan kita terpelihara.

10 Cara Elak Stress Sepanjang PKP



1. Memastikan jadual harian berjalan dengan teratur seperti biasa. Biasakan bangun tidur seperti biasa dan jalankan tugasan mengikut waktu dan aktiviti biasa kita lakukan.



2. Ambil peluang untuk menjaga pemakanan yang lebih baik. Bagi Sha hari bekerja adalah hari yang mencabar untuk menjaga makan kerana kadang-kadang kita keluar bersama kawan-kawan dan kita kena ikut menu yang ada di kedai. Nak masak yang sihat dan bawa bekal ke pejabat kebanyakkannya Sha tak sempat siapkan.


3. Ambil satu masa untuk bersenam. Masih berat nak lakukan, tapi kena curi masa lakukan kerana kita tak boleh duduk sahaja, kita perlu aktifkan diri.

4. Dapatkan rehat secukupnya. Rehat yang cukup bukanlah tidur sahaja tetapi lebih kepada membuat aktiviti yang boleh buat kita enjoy dan seronok. Antara aktiviti yang korang boleh buat adalah mendengar muzik, membuat urutan dan juga bergurau dengan suami dan anak-anak. Zaman sekarang banyak juga filem yang korang boleh dapatkan dan layan bersama keluarga.


5. Elakkan perasaan sunyi dengan berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan secara atas talian. Jika korang perasan sekarang ini bermacam-macam #challenge di media sosial untuk korang sertai. Contohnya berkongsi gambar-gambar lama pada zaman sekolah. Sha sendiri mendapat balasan daripada rakan-rakan dan guru-guru sekali gus mengeratkan kembali hubungan dengan kenangan manis dulu. Bila diingat kembali pasti senyum sendiri.


6. Gunakan masa yang banyak dirumah dengan aktiviti yang tak sempat dibuat semasa kita bekerja. Banyak yang Sha tak sempat sebenarnya seperti membaca, memasak dan menghias rumah. Bab memasak Sha masih mengikut waktu makan yang betul iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Kadang-kadang kalau lambat sarapan, makan tengahari dan makan malam sahaja. Sha memang jarang ada minum petang atau makan kudapan juga jajan semasa di rumah jadi anak-anak pun tak adalah selalu minta makan.

7. Menjalankan aktiviti keagamaan seperti mengaji. Aspek spiritual atau peneguhan rohani dikenalpasti sebagai salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan tekanan. Sha pun masih cuba memperbaiki diri dengan Yang Maha Esa, cuba setiap hari berdamping dengan Al-Quran walaupun 2-3 muka surat Al-Quran.



8. Pastikan anak-anak juga diberikan jadual yang teratur bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti harian yang merangkumi sesi belajar, bermain serta berehat. Pastikan mereka tahu dengan tepat tentang keselamatan diri mereka serta tindakan berjaga-jaga yang harus dilakukan seperti mencuci tangan serta penjarakan sosial. Sha sendiri terangkan dan kalau ada iklan tentang penjagaan diri dan bahaya covid19 di televisyen Sha akan bagi mereka dengar sendiri.

9. Berikan sokongan dan bantuan kepada orang lain yang memerlukan mengikut kemampuan diri. Terdapat banyak ruang untuk melakukan kebaikan ketika ini dan ia boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu keluar dari rumah. Melakukan perkara yang positif mendatangkan rasa seronok dalam diri seseorang. Sha juga pastikan keperluan mak dan adik-adik Sha di kampung juga mencukupi agar adik Sha tak perlu kerap keluar dan Sha lebih senang hati.

10. Rancang setiap keperluan serta pembelian secara mingguan bagi mengelakkan rasa panik serta memudahkan urusan harian kita. Ini juga mengelakkan kita keluar dari rumah dengan kerap. Selepas arahan PKP dikeluarkan Sha hanya sekali keluar ke tesco sebelum tesco memperketatkan urusan. Selepas itu jadual pembelian Sha adalah apabila suami bekerja malam, bila habis kerja pada waktu pagi sebelum pulang ke rumah suami akan singgah beli barang keperluan terlebih dahulu.


Apa yang penting adalah kita jangan membiarkan diri kita lemau, ciptalah aktiviti untuk diri sendiri dan bersama keluarga. Kalau tak ada benda nak buat memang stress, jadi buat aktiviti sikit-sikit pasti kita akan rasa masa berlalu dengan cepat.

Kesan Stress


1. Emosi Tidak Stabil

2. Menjejaskan produktiviti

3. Kesan fizikal disebabkan tekanan membawa kepada sakit kepala dan gugup hingga boleh melemahkan sistem imun badan. Gangguan sampingan termasuk individu mudah marah, hilang sabar, cemas dan takut tanpa sebab.

4. Orang yang mengalami tertekan sukar membuat keputusan, gagal memberi perhatian, tabiat makan berubah selain risiko pengambilan alkohol dan merokok berlebihan.


Oleh itu jangan biarkan diri kita mengalami stress dengan meratapi apa yang terjadi dan memikirkan apa yang akan terjadi. 

Post a Comment

6 Comments

  1. Banyak aktivitiii kann.. stay home jeeee

    ReplyDelete
  2. Memangla bosan, lgila bila kite jenis orang yang bekerja setiap hari... bizikan buat apa ke kat umah ni, tapi kadang lbh banyak rehat2 je akak ni 😁

    ReplyDelete
  3. nasihat yg baik tu. akan abam kie amalkan agar masa terluang ni x sia2. tq

    ReplyDelete
  4. memang stress, sebab beli rumah kecik@rumah flat. Kalau tahu nak jadi macam ni, baik beli banglo semi-D tiga tingkat RM583.000 ribu je. Rumah Besar, laman luas ada kolam renang, ada taman mini, ada gazeboo untuk duduk santai takle bosan macam sekarang. Salah sendiri, kedekut, sayang duit. Betul-betul nyesal rasanya.

    ReplyDelete
  5. Penting sangat agar tak stress. Nanti akan bagi kesan kat ahli keluarga yg lain

    ReplyDelete
  6. so far. aida tak stress.
    sebab uruskan masa kot, byk keje, tak sempat nak stress.
    tapi.... tgk anak2, jelas stress diorang :)
    ajak makan luar la.
    ajak balik kampung la.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi