18 Menu Berbuka Puasa Menarik
Sepanjang Ramadhan 2020 | Tidak
sampai sebulan lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan mulia. Dalam kita
menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) marilah sama-sama kita doakan agar
kita dapat menyambut Ramadhan ini dengan penuh kesyukuran dan berita baik.
Seperti biasa apabila Ramadhan bakal tiba, ada yang membuat persediaan awal
dengan menyediakan senarai menu juadah berbuka puasa supaya perjalanan ibadah
berjalan lancer.
Koleksi resepi berbuka puasa ini
amat penting bagi Sha bagi memastikan setiap hari tidak kebuntuan mencari
resepi. Jadi dengan menyediakan set menu berbuka puasa setiap hari sangatlah
membantu, kita hanya perlu menyediakan bahan-bahan sahaja. Mujur ada
kawan-kawan yang suka bertukar idea menu masakan sedap untuk dicuba jadi kita
kumpulkan di sini 18 menu berbuka puasa yang menarik untuk disediakan sepanjang
Ramadhan nanti.
Sebulan berpuasa pastinya akan bosan
jika menu sama berulang. Jadi apa kata kita cuba menu berbuka puasa seperti
dibawah untuk disediakan nanti. Pelbagai menu daripada ayam, daging juga
sayur-sayuran untuk korang pilih. Jom tengok menu sambal jamu mata.
#1 - Ayam Bakar Madu Simple Sedap
Bahan Perap Ayam Bakar Madu
10 kepak ayam
8 ulas bawang putih*
2 sudu cili kisar*
3 sudu sos cili*
2 sudu cuka*
1 sudu kecil garam*
2 sudu gula merah*
Set Italian Herbs Series - Oregano +Basil + Rosemary +Parsley
Semua bahan bertanda (*) dikisar halus
Cara Masak Ayam Bakar Madu
1. Perap ayam bersama bahan kisar dan set Italian Herbs Series selama 1 jam atau lebih.
2. Bakar dengan suhu 200c selama 40 minit.
Resepi Asal : Shalimar Yusof
#2 - Ayam Percik
BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (terpulang nak potong kecil atau potong dua saja)
segenggam cili kering (di rebus) *
2 inci halia *
3 batang serai *
5 ulas bawang merah *
1 ulas bawang besar (merah) *
3 keping gula nise saiz kecil (boleh ganti dengan gula melaka)
1 kotak santan pekat
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air sekadar perlu
CARA-CARA :
1 - Rebus ayam hingga tahap separuh masak bersama sedikit garam. Setelah itu keluarkan dari air rebusan dan terus lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kalau tak nak rebus dan terus masak atas bara pun tak apa. Daku rebus dulu ni kes nak lebih cepat masak.
2 - Sekarang, kisar semua bahan yang bertanda ( * ) dengan sedikit air.
3 - Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau
4 - Masukkan gula nise bersama 1/3 santan dan 1/2 cawan air
5 - Teruskan menumis dengan api yang perlahan sehingga sebati
6 - Masukkan gula dan garam secukup rasa berserta dengan baki lebihan santan pekat yang ada. Teruskan di masak sehingga kuah menjadi pekat (seperti gambar di atas)
7 - Bolehlah mula membakar dengan salutan kuah percik
Resepi Asal : Siti Awadah
#3 - RESEPI SIAKAP STIM LIMAU
Ikan siakap – Ikut korang nak guna berapa ekor
Daun Ketumbar
5-6 biji lada( nak pedas boleh letak lebih)
4 Bawang putih
1 biji lemon
Sedikit garam dan gula
Sedikit minyak untuk menumis
Cara buatnya :
1. Blend bawang putih, lada kecil dan sedikit daun ketumbar.
2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang di blend tu.
3. Perasakan garam dan gula. Bila dah naik bau tu, masukkan ikan dan perahkan lemon dan letak beberapa hirisan lemon di atas ikan tu.
4. Letak sedikit air dan tutup kuali sehingga ikan tu masak.
5. Hiaskan atas ikan tu dengan hirisan daun ketumbar…Siapppp Siap dihidangkan.
Resepi asal : Kisah Si Diary
#4 - Ayam Goreng Kicap Madu
Bahan bahan ayam goreng kicap madu
6 ketul ayam
4 sdb madu
Kicap manis (ikut banyak nak letak - Mimi guna kicap Jalen)
Secubit garam
Cara menyediakan
1. Basuh ayam dengan bersih. Rebus ayam seketika. Bila air rebusan dah mendidih, angkat, tos dan ketepikan ayam.
2. Selepas itu masukkan madu, kicap dan garam ke atas ayam rebusan tadi. Gaul sebati.
3. Perapkan ayam dalam 10-15 minit.
4. Goreng ayam sehingga nampak garing kehitaman macam dalam gambar.
Resepi Asal : Mimi Azirah
#5- Sup Fishball
kan bilis segenggam dibasuh
Bawang putih 5 ulas
Bawang merah sebiji
Halia
Fish cake
Fish ball
Daun sup
Daun bawang
Garam
Gula
Cara-cara:
1. Rebus ikan bilis dalam 15minit (sambil potong bawang putih, merah dan halia). Rebus lagi lama lagi sedap.
2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang dipotong. Rebus dalam 15minit. (Sambil potong daun sup dan daun bawang).
3. Masukkan fish ball dan fish cake. Tunggu 15minit. Sampai mendidih. Nak lama sikit pon boleh. Lagi sedap sup dia.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan daun bawang. Masak dalam 5minit. *kalau nak letak carrot/sawi lagi sedap. Rasa manis sayur tu. Anak tak makan sayur. Buh lauk ni je la.
Resepi Asal : Marina Bashah
#6- Ayam Goreng Kunyit Berlada
ayam kasi garam kunyitkan dan goreng.
bawang merah + bawang putih + cili merah + cili hijau kisar halus.
kacang panjang potong panjang-panjang sesedap mata memandang.
halia 2cm ketuk skit
asam keping
1. Firstly, bahan kisar tu dan halia ditumis. terbit minyak, lada garing cantik.
2. Secondly, masukkan terus ayam goreng tadi dan kacang panjang. gaul rata. tak perlu lama tau. karang terlebih masak plak kacang panjang!
3. Lastly, campakkan asam keping dan perisakan dgn garam dan gula
SIAP!
byk mana bawang ke, cili ke... tu saya rasa bergantunglah kepada byk mana ayam kita ada. byk mana sambal yg kita nak. bebas. tak terikat sgt la dgn jumlah bahan. sesedap rasa, sesuka hati kita tukang masak
Resepi asal : Adianiez
#7- Resepi Kerabu Kaki Ayam
Bahan - bahan
2 batang serai
1 biji cili merah
3 biji cili padi
5 biji bawang merah kecil
1 biji timun batang muda, dibuang tengahnya * ( tak letak )
1 biji tomato
1 batang lobak merah kecil*
3 helai daun limau purut ( tak letak )
secekak daun ketumbar
2 biji limau nipis
Garam dan gula
2 sudu sos ikan
Sos tiram
Cara - Cara
1. Basuh kaki ayam sebersihnya.
2. Rebus hingga empuk/ masak dengan sedikit garam. Toskan.
3. Mayang serai, bawang, cili. Timun, tomato, daun ketumbar dan lobak merah di potong kecil. Daun limau purut dibuang tulangnya dan di racik kasar.
4. Campurkan semua bahan. Gaulkan sebati.
5. Perasakan dengan garam, gula, sos ikan dan perahan limau nipis.
6. Hidang segera.
#8 - Resepi Kerabu Pauh / Kerabu Pelam Muda
Bahan - Bahan
3 biji pauh lemak atau mangga sederhana besar
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
3 sudu besar kerisik
garam secukup rasa
gula secukup rasa
2 tangkai lada burung dipotong serong
3/4 cawan santan yang diperah segar
3 ekor ikan kembung dibakar diambil isinya
Cara - Cara
1. Pauh atau mangga dibuang kulit dan diparut.ketepikan ( boleh guna mangga jenis lain ).
2. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.
3. Masukkan isi ikan yang dibuang tulang ke dalam bahan tumbuk dan tumbuk lagi hingga lumat.
4. Dalam satu bekas, gaul bersama bahan tumbuk dan kerisik. masukkan mangga yang diparut dan gaul hingga sebati.
5. Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.tabur lada burung yang dah dipotong.siap untuk dihidangkan.
NOTA:
1. Untuk rasa lebih sedap, perah jus limau nipis sekiranya mangga tak masam. Kalau dah terkena mangga masam tak payah perah jus limau nipis.
2. Untuk kerabu yang lebih kering, kurangkan penggunaan santan..kalau boleh guna santan fresh yang diperah.
Resepi Asal Kerabu : Wani Sukarno
#9 - Peria Katak Goreng Telur
Bahan-Bahan :
Peria Katak – 3 Biji
Bawang Merah + Putih – Tumbuk
Ikan Bilis – Option Kalau tak letak pun boleh
Cili Kering @ Cili Padi – Option pilihan sendiri samada guna cili kering @ cili padi. Kali ni saya gunakan cili kering yang telah diblender
Perasa
Telur – 1 biji
Cara-Cara :
Potong peria nipis-nipis kemudian rendam dengan air garam bagi mengurangkan rasa pahit.
Tumis bawang yang telah ditumbuk bersama ikan bilis sampai garing kemudian masukkan cili kering @ cili padi. Tumis sampai cili masak. Kemudian masukkan Peria Katak dan pecahkan telur.
Kacau sekata dan masukkan baha perasa. Dah cukup masak angkat dan dihidangkan. Sedap di makan dengan nasi panas-panas.
Resepi Asal : Ummi Zarra
#10 Mee Kari
Bahan-Bahan -1
Minyak untuk menumis
1 biji awang merah dihiris - cik nani guna bawang besar yang sedang
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
Bahan-bahan - 2
100 gram serbuk kari daging - dicairkan
1 Biji santan kelapa
5 biji buah tomato
10 biji telur
Bahan-bahan - 3
Fishcake - dihiris
Fishball - dibelah empat
Daging kembu dihiris
Daging ayam dihiris
Udang - dibuang kulit
Sotong - dihiris
Ubi Kentang - Option, tak letakpun tak apa
Sedikit garam
Bahan-bahan - 4
Mee kuning - dicelur
Sayur sawi - dicelur
Buah limau kasturi
Taugeh - dicelur
Tahu goreng - dihiris nipis
Lada Hijau / Lada merah - dihiris
Daun sup - dihiris
Bawang goreng
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Biarkan seketika dan masukkan bahan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga garing dan naik bau. Kebiasaanya Cik Nani akan ambil sedikit bawang hiris, bawang putih dan halia untuk ditumbuk halus dan dimasukkan bersama-sama bahan tumis yang ada.
2. Masukkan serbuk kari daging telah dicairkan. Kacau hingga sehingga garing.
3. Masukkan bahan-bahan 3 daging, ayam, udang sotong, fishcake, fish ball dan gaul rata. Pastikan bahan-bahan masak sepenuhnya. Kemudian masukkan santan renehkan hingga menggelegak. Pastikan santan segar dan Cik Nani suka gunakan santan yang diperah sendiri. Baru fresh santannya. Jika mahu masukkan uni kentang, potong kentang kecil dan masukkan sekali kedalam kuah kari. Kacau hingga bahan empok.
4. Pecahkan telur didalam kuah kari tadi. Masukkan buah tomato. Biarkan mereneh dan kacau sebati. Selepas pecahkan telur, dinasihati jangan kacau terlalu kuat kerana ditakuti telur akan pecah didalam kuah. Kebiasan resepi akan menggunakan telur rebus, tetapi Cik Nani lebih suka pecahkan telur terus ke dalam kuah kari dan biarkan ianya sehingga masak.
5. Setelah semuanya siap dimasukkan, maka kuah kari siap dihidangkan!!..Jangan lupa rasa garamnya pula. Pastikan cukup garam diletakkan.
#11 - Bihun Goreng Simple
Minyak (untuk menumis)
Ayam/Udang/Sotong (goreng dulu kejap separuh masak. Ketepikan)
Bawang Merah (potong-potong kecik)
Bawang Putih (potong-potong kecik)
Cili Kisar (1 sudu besar) (nak pedas, lebihkan)
Sos Cili (1 - 2 sudu besar) Kicap (1- 2 sudu besar)
Garam
Gula
1. Panaskan minyak dulu, bila minyak dah panas baru masukkan bawang merah, bawang putih.
2. Goreng jap sampai tengok bawang dah agak layu atau masak.
3. Masukkan pula cili kisar. Biar sampai naik minyak / masak.
4. Bila cili dah masak, masukkan pula sos cili, kicap, garam & gula. Rasa la jugak tengok okey ke idak..Kalau ada kurang mana-mana, boleh tambah apa yang patut.
5. Kalau rasa semua okey, boleh letak ayam/udang/sotong yg dah digoreng tadi. Gaul bagi sekata. kalau ada sayur, letak kan sekali.
6. Dan diikuti dengan bihun..Gaul bagi sekata semua bahan tumisan dan bihun.. it's done...
Resepi asal : Fieza Sani
#12 Koay Teow Thng
Bahan-bahan: (untuk 4-5 orang)
2 bungkus koay teow - seelok-elok jenis koay teow kecil/halus. Di celur dengan air panas sebelum di hidangkan.
2 belah dada ayam
1 bungkus kecil fishball - kalau suka boleh lebihkan
1 bungkus kecil fishcake - kalau suka boleh lebihkan
300 gram gula batu
10 cm halia
1 sudu besar lada hitam - di tumbuk halus
Ajinamoto
Garam - secukup rasa
Gula
Minyak Masak
Bawang putih - 3 labu
Cili boh - 1 bungkus kecil
Daun bawang - di hiris halus
Taugeh - di celur
Sup Manis
Panaskan 3-4 liter air. Masukkan dada ayam, gula batu, halia, lada hitam yang di tumbuk halus, garam dan ajinamoto. Rebus sehingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian rasa sup. Jika sudah terasa gula & garam... bolehlah tutup api dan tos dada ayam.
Dada ayam akan di racik/ potong halus dan di hidangkan dalam bekas lain.
Minyak Bawang Putih/ Bawang Putih Goreng
3 labu bawang putih di buang kulit dan di cicang halus. Panaskan minyak dengan api yang kecil. Goreng bawang putih sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.
Tips:
1. Untuk menyenangkan proses cincang bawang putih, boleh ketuk bawang sehingga pecah terlebih dahulu. Kemudian baru di cincang.
2. Ketika menggoreng, pastikan bawang sentiasa di kacau agar sekata.
3. Tutup api ketika bawang sudah berwarna kuning dan biarkan ia garing sendiri dalam minyak yang masih panas. Ini adalah agar bawang tidak hangit.
Sambal Sup
Panaskan 2 /3 sudu besar minyak. Masukkan cili boh. Masukkan garam, ajinamoto dan sedikit gula ( tak masukkan pun tidak apa) apabila sudah pecah minyak. Masak cili sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.
Dah siap. Dalam bekas hidngan akan ada:
1. Koay teow yang telah di celur
2. Ayam yang telah di racik
3. Fishball / fishcakes yang telah di potong
4. Taugeh yang telah di celur
5. Sambal sup
6. Minyak bawang putih
7. Daun Bawang
Resepi Asal : Yati Zul
#13 Bakso Mudah
Bahan-bahan
7-10 ketul bebola daging
2 potong fish cake(pilihan)
5-7 ketul fish ball(pilihan)
1 batang serai
1 atau 2 kiub pati sup lembu(jenama knorr)
3 biji bawang putih*
Sebiji bawang merah*
2 hiris halia*
Secubit lada hitam
Secubit garam(ikut rasa)
2-3 mangkuk air
Sayuran(terpulang kepada anda)
Mee/bihun dicelur atau direbus sehingga masak.
Tumbukkan bahan bertanda *
Bahan hiasan
Daun bawang
Daun sadri
Cili padi
Bawang goreng
Cara-cara
1. Tumis bahan tumbuk(bawang merah,bawang putih dan halia) sehingga naik bau.
2. Masukkan air, serai, bebola daging, fish ball, fish cake dan kiub pati sup.
3. Apabila sudah menggelegak masukkan lada hitam dan garam.
4. Akhir sekali masukkan sayuran.
5. Dah siap.
Resepi Asal : Khalisa Hazrina
#14 Kuay Teow Laksam
Bahan-bahan:
3 paket kuay teow
1 kg ikan kembung atau sardin
2 cawan santan pekat
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai - ketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 keping asam keping
Garam
Gula secukup rasa.
Cara-cara:
Ikan di rebus, asingkan tulang dan isinya. Ambil isinya di kisar bersama air rebusan. Bawang merah, bawang putih dan halia di kisar lumat. Satukan semua bahan di atas termasuk serai yang di ketuk dan serbuk lada hitam.
Masukkan juga santan dan asam keping. Masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.
Bahan sambal belacan:
- Cili padi
- Belacan
- Garam
- Gula
- Cuka
Cara-cara:
Tumbuk atau kisar pun boleh. Selepas tu gaul sebati. Di makan bersama laksam untuk perisakan kuahnya.
Bahan ulam:
- Kacang panjang
- Daun kesum
- Timun batang
- Bawang besar
- Bunga kantan
- Kubis
Cara-cara:
Hiris halus kesemua sayuran iaitu kacang panjang, daun kesum, timun, bawang besar, bunga kantan dan kobis. Tabur atas hidangan bila nak makan. *Bukan kesemua sayur tu ada, mana yang sempat letak jelah
Resepi Asal : Noor Akma
#15 Sosej Telur Hancur
Bahan-bahan:
- Minyak masak (sedikit)
- Mentega
- Sosej
- Bawang merah (hiris)
- Cili padi
- Telur
- Sos cili
Cara Masak:
Masukkan minyak masak, mentega, hirisan bawang merah, cili padi, telur (pecahkan duluan ya), tumis sehingga nampak kekuningan dan akhir masukkan sosej dan sos cili. Jangan lupa perasa, garam, ajinomoto sedikit dan perencah maggie paling win.
Resepi Asal : Yatie Owner
#16 Telur Bistik
Bahan-bahan:
2 biji Telur
Bawang merah
Bawang putih
1 sudu cili paste
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
Sedikit isi ayam dipotong dadu
*mixed vege
* cili benggala potong nipis
Garam
Cukup rasa
Cara-cara :
1. Pecahkan telur dan pukul, masukkam garam dan sedikit cukup rasa. Goreng macam buat teloq dadar. Dah masak elok angkat dan toskan and letak dalam pinggan.
2. Dalam kuali yang sama, tumis sedikit bawang merah dan bawang putih.
3. Masukkan cili paste, sos tiram, sos cili dan sos tomato dan tambahkan sedikit air.
4. Masukkan ayam and bagi nampak ayam dah masak sikit masukkan mixed vege /cili benggala. Aku sebab xda mixed vege.. So aku guna la cili benggala tu. Then masukkan balance bawang merah and bawang putih tadi.
5. Perasakan dengan garam atau cukup rasa. Kalau terlampau pekat boleh tambah air skit and biar sekali mendidih tutup api. Macam aku tak suka pekat sangat tak suka cair sangat. Biar in between.
6. Da siap kuah tadi curah la dekat atas telur yang goreng tadi. Dah siap
Resepi Asal : Alia Farhan
#17 Resepi Kek Pisang Coklat
Bahan-bahan:
10 biji pisang emas masak (saiz kecil) - dilenyek menggunakan garfu
1 1/2 cawan tepung gandum *
3/4 sudu teh soda bikarbonat *
1 sudu teh serbuk penaik *
4 biji telur
1 cawan gula kastor / gula perang - boleh tambah atau kurangkan, mengikut citarasa tahap kemanisan masing-masing
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk koko
1 biji pisang dihiris nipis untuk hiasan
- Yang bertanda * perlu diayak bersama
Cara membuatnya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170⁰C.
2. Satukan gula kastor, telur, minyak jagung dan esen vanila dan pukul sehingga putih.
3. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau rata.
4. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak berketul.
5. Masukkan serbuk coklat dan kacau lagi sehingga sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak atau mentega atau dilapik dengan baking paper. Letakkan hirisan pisang emas pada permukaan atas adunan.
7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170⁰C selama 50-60 minit atau sehingga masak (suhu mengikut ketuhar masing-masing).
Sebaiknya potong kek setelah sejuk supaya dapat potongan yang cantik. Kalau nak makan panas-panas pun tak menjadi masalah. Mai pun suka makan kek panas-panas selepas siap dibakar.
Resepi asal : Maisarah Sidi
#18 Cucur Kentang
Bahan-bahan
250 gram tepung gandum
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 biji ubi kentang - kupas dan potong dadu kecil
Secekak daun kucai atau daun sup - potong pendek
1/2 sudu kecil garam
Secubit gula
200 ml air - lebih kurang
Sedikit air panas
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Satukan tepung gandum dengan daun sup (kinah guna daun sup sebab itu je ada kat rumah), kentang, gula dan garam.
Gaul sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau adunan tu sehingga rata.
Kemudian masukkan sedikit air panas dan kacau adunan. Jangan kacau terlalu sebati supaya tepung tu tak tepu.
Panaskan minyak dan pastikan ianya betul betul panas sebelum digoreng cucur sehingga garing. Jika mahu cantik, gunakan jari untuk masukkan adunan dalam kuali. Jika tidak, boleh juga gunakan sudu.
Dah siap, bolehlah dihidangkan dengan sambal cuka. Kebetulan dalam peti ais tu ada lebihan sos dimsum masa beli aritu. Cicah saje ler.
Resepi Asal : Ape Kinah
*******
Cukup lengkap bukan menu untuk
berbuka puasa nanti? Dari lauk pauk hinggalah kuih dan kek pun ada. Apa yang
penting pilih yang terbaik dan masak secukupnya agar kita tidak membazir.
Selain menyediakan senarai juadah berbuka, Sha juga akan mengikut selera keluarga
dirumah jadi biarlah semua orang dapat merasa menu kegemaran masing-masing
sepanjang Ramadhan barulah adil. Menu-menu di atas tidak semestinya untuk
berbuka puasa sahaja, sebenarnya semua menu ini adalah menu harian kita cuma
ianya memudahkan kita bila kita kumpul supaya tak mati kutu. Tak gitu?
7 Comments
Waalaikumussalam. Semoga dipermudahkan segala urusan kita untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ni. Aamiin
ReplyDeleteMenu simple gini mmg sesuai si masak di bulan puasa time pkp ni pun sesuai sangat
ReplyDeleteokey..nanti kita cuba..banyak gak resipi ni..idak la bosan masak menu sama selang sehari..haha
ReplyDeleteNti nk try cuba mana yg tak pernh buat lg.. sedap2 belaka tu =D
ReplyDeletetak nak tunggu bulan puasa, esok juga CH nak masak...
ReplyDeletemcm2 menu bole try tp skarang tgh PKP ni pn mcm2 resepi juga bole try..dh rs mcm bln puasa juga
ReplyDeleteyang simple simple anytime boleh buat. best!
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi