Wednesday, March 04, 2020

Pendaftaran Prasekolah & Tahun 1 Bagi Sesi Tahun 2021

Pendaftaran Prasekolah & Tahun 1 Bagi Sesi  Tahun 2021 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Perhatian kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017 . Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka pendaftaran untuk prasekolah dan tahun 1 bagi sesi tahun 2021. Jangan terlepas untuk mendaftarkan anak tuan/puan untuk prasekolah dan tahun 1 2021 secara online. Permohonan ini terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia bagi seluruh Malaysia.



PERMOHONAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PRASEKOLAH SESI TAHUN 2021

Sha baru sahaja mendapat perkongsian daripada grup sekolah anak tentang maklumat pendaftaran anak ke prasekolah dan Tahun 1. Sekejapnya masa berlalu, Sha juga perlu mendaftarkan anak kedua Sha iaitu Adik Nur ke Prasekolah bagi umur 6 tahun ( Tahun 2021 ) dan Tahun 1 ( Sesi Persekolahan Tahun 2022 ).


Untuk permohonan ibu/bapa/penjaga boleh klik pautan di bawah :

( Dibuka dari 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020 )



Untuk permohonan secara manual ibu/bapa/penjaga boleh dapatkan borang di sekolah berdekatan.
( Dibuka dari 1 Mac 2020 hingga 31 Mei 2020 )

PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN 1 TAHUN 2021/2020


PENDAFTARAN TAHUN 1 2021

Kanak-kanak berwarganegara Malaysia sahaja yang lahir Januari 2014 hingga 1 Januari 2015 bagi sesi persekolahan 2021 manakala anak yang lahir pada Januari 2015 hingga 1 Januari 2016 bagi sesi persekolahan Tahun 2022.

Mohon secara dalam talian, rujuk :

( Bermula 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020)

Mohon secara manual ke PPD / JPN
( Dibuka selepas 15 Disember 2020 - sesi persekolahan tahun 2021 sahaja )


Bagi ibu/bapa/penjaga pastikan membuat pendaftaran awal dan tidak terlepas tarikh untuk mengelakkan sebarang permasalahan kemudian hari. Untuk pendaftaran secara online pastikan ibu/bapa/penjaga mempunyai dokumen yang berkaitan seperti surat beranak anak dan buku rekod kesihatan anak. Borang secara online dan dokumen berkaitan juga akan diserahkan kepada sekolah terbabit.

Bila isi borang sekolah baru perasan anak-anak sudah makin membesar, masa bersama mereka juga semakin berkurangan. Jika dulu balik kerja, kedua-dua anak sedia menanti kini bila sudah masuk sekolah harian kemudian sekolah agama, hampir malam baru jumpa anak. Semoga anak-anak kita mendapat ilmu yang barakah dan menjadi insan yang berguna dunia & akhirat. InsyaAllah.

3 comments:

  1. www.magspremiums.com MAGS PREMIUMS Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!

    ReplyDelete
  2. anak kak kena daftar tahun depan lah untuk masuk 2022. huhu. kejap ja masa berlalu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis Shalimar, Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi