Sunday, March 01, 2020

Selepas 5 Tahun Kami Curi Masa Reunion 3 Jam

Selepas 5 Tahun Kami Curi Masa Reunion 3 Jam | Penghujung tahun 2014 pejabat kami terpaksa ditutup atas sebab tertentu. Tak ada yang merancang untuk berpindah ke mana-mana pada masa itu tetapi oleh kerana tempat kami terpaksa ditutup kami juga terpaksa juga memilih tempat baru masing-masing selepas ditutup. Sha sendiri pada awalnya tidak sedia untuk berpisah dengan rakan-rakan yang ada tetapi atas arahan pihak atasan Sha terpaksa lapor diri lebih awal daripada sepatutnya. Ada rakan yang berpindah keluar dari Ipoh dan ada yang mengambil peluang pindah berdekatan kampung asal manakala Sha pula berpindah di cawangan yang lebih dekat dengan kediaman. Walaubagaimanapun dengan kecanggihan zaman kini, kami mempunyai grup wasap sendiri untuk mengekalkan silaturrahim yang telah terjalin selama 3 tahun Sha berkhidmat di Ipoh iaitu selepas 3 tahun berkhidmat di kampung sendiri, Besut.


Pada 28 Februari 2020 hari jumaat jam 8.30 malam bertempat di KFC Meru Raya Ipoh, Perak kami mengambil peluang untuk berkumpul kembali. Alhamdulillah hanya 2 orang sahaja sahabat kami yang tidak dapat menghadirkan diri pada malam itu.

REUNION BEKAS RAKAN SEPEJABAT



Alhamdulillah perjumpaan ini meriah dengan anak-anak yang semakin membesar. Encik Jumri pegawai kami yang bersara sebelum pejabat kami ditutup juga tak pernah terputus hubungan dan hadir bersama-sama kami malam itu. Semuanya sihat-sihat sahaja. Terima kasih pegawai kami juga Kak Zue kerana mengajak adik-adik berjumpa dan memandu dari Taiping selepas habis kerja dan sempat menyediakan "kek reunion" yang sedap sangat tu.



Malam itu sahabat perempuan kami yang baru sahaja berpindah ke Ampang tidak pulang ke kampung jadi tak ada rezeki  bersama kami iaitu Aimie. Yang sebelah Sha tudung hitam tu namanya Eyda, orang Alor Setar, pindah ke Perlis kebetulan balik rumah mertua dapatlah jumpa lagi sebelum ini Sha ke Kedah dapatlah jumpa dia. Eyda paling suka masak di dapur pejabat sebabnya Sha memang kaki makan tambah dia terer masak sup, Sha pula memang gila sup sebab tu ngam !ehehhee


Kakak kami yang tengah iaitu Kak Zue suka masak pelbagai cucur untuk adik-adik dia. Kadang kalau ada bahan-bahan untuk buat cucur memang tunggu dia ketuk bontot kuali laaaaa,, adik-adik jom makan cucuqqq katanya. Tapi lepas ni tak nak makan dah sebab dia dah kurussssssss adik dia je makin naik nih..ahahaha. Perjumpaan kali ini Kak Zue yang ajak jumpa kebetulan Eyda balik Ipoh jadi kita realisasikan.

Tahulah bila dah lama tak jumpa kawan-kawan, siap salam cium-cium kat dalam KFC keluar sama-sama pergi kereta sambung balik sembang dekat kereta..ahahhaa. Semoga persahabatan yang terbina ini sentiasa diberkati dan berpanjangan ya.

ANTARA ENTRY BERKAITAN SEMASA BERSAMA - 
KENANGAN DI MINI KLINIK CURE & CARE KINTA

3 comments:

  1. mesti riuh dan meriah kat KFC malam tu, lagilah bila lama tak jumpa...

    ReplyDelete
  2. Nampak sambutan yang bagus..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi