Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Mee Goreng Simple

Resepi Mee Goreng Simple | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bila tiba hari minggu mesti dah siap senaraikan menu untuk sarapan, makan tengahari dan menu makan malam untuk keluarga. Kebiasaan hari bekerja mana ada peluang nak masak setiap waktu makan kan, rumah dengan pejabat pun bukan dekat. Bila hari minggu ibu-ibu pastinya akan ambil peluang untuk menyediakan juadah kegemaran suami dan anak-anak. Untuk hari ini disebabkan lama sangat Sha tak makan mee goreng jadi Sha sediakan mee goreng untuk santapan pagi ini dan semestinya mee goreng berlaukkan daging adalah pilihan Sha. Kalau korang nak tahu, masa Sha tinggal kat kampung lauk utama Sha adalah daging dan ikan, bila dah berkeluarga corak pemakanan Sha dan suami tak sama jadi kuranglah sikit Sha makan daging dan ikan. Jika di kampung lauk-lauk pagi di kedai-kedai makan dah ada lauk pauk daging, kalau di kawasan tempat tinggal dan tempa kerja sekarang memang susah nak jumpa daging terutama pada waktu pagi, kalau nak makan memang kena masak sendiri jawabnya.

resepi mee goreng cepat

Lagi satu perubahan dalam pemakanan Sha adalah jika dahulunya mee adalah menu biasa untuk Sha sekeluarga dari kecil dan menu paling kerap adalah mee kuah atau  mee sup terengganu. Bila kahwin suami pula seorang yang biasa makan kueh teow, Sha pula kurang makan kueh teow tapi Sha cuba menangkan dua-dua pihak..huhuhu. Oklah, Sha letak laa dulu resepi mee goreng paling cepat Sha masak ni kat sini.

RESEPI MEE GORENG DAGING

1 paket mee kuning
Daging saiz sebesar penumbuk Sha dihiris nipis-nipis.
Sayur kubis
Sayur sawi
1 biji tomato
3 sudu besar cili kisar
1 biji cili merah
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap
2 ulas bawang putih
Daun bawang
Daun sup
Limau nipis

CARA-CARA MEMASAK MEE GORENG MUDAH


1. Bersihkan mee kuning, tos dan ketepikan.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih yang telah diketuk.

3. Masukkan cili kisar, tumis hingga cili masak dan masukkan daging yang telah di potong kecil-kecil. Masak hingga daging lembut.


4. Bila daging sudah lembut masukkan sos tomato dan kicap. Jika kering masukkan sedikit air masak hingga menggelegak sedikit.

5. Sha masukkan sayur kubis dan cili merah yang sudah siap dipotong. Gaulkan sehingga kubis lembut.


6. Masukkan mee kuning, kacau hingga sebati warna mee bertukar lebih gelap.
7. Kemudian barulah Sha masukkan sayur sawi, tomato yang dipotong nipis.
8. Kacau semua sehingga semuanya masak.

Bila sudah masak nak hidang kita hiriskan daun bawang dan daun sup untuk ditabur di atas mee yang dimasak tadi. Jika nak tambah sedap lagi kita boleh hiriskan limau nipis sebelum makan kita gaulkan sekali, memang bertambah rasa sedapnya.


Sha dapat makan mee goreng daging memang puas hatilah sebabnya memang suka makan masakan yang ada manis-manis daging tu tambah pula dengan masam-masam buah tomato. Nasib baiklah tengah kawal makan, jadi tak boleh makan banyak sangat cukup satu pinggan sahaja untuk sarapan pagi kalau ikutkan hati mahu sahaja menambah-nambah.

Post a Comment

5 Comments

  1. dah lama akak tak masak mee goreng boh kobis macani, tetiba teringin pulak

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. makan panas2 sedap ^_^

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. resepi liez masak pun mcm ni jugak... simple tapi sedap

    ReplyDelete
  5. Kadang-kadang fail juga masak mee ni.. haha nak try resepi ni pulak

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi