Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cara Melupakan Seseorang Yang Pernah Kita Sayang

Cara Melupakan Seseorang Yang Pernah Kita Sayang | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bila sebut crush pasti setiap orang akan teringat cerita-cerita lama walaupun ingatan tinggal sekelumit cuma. Sebelum jumpa seseorang yang menerima kita seadanya dan mengikat tali perkahwinan sedikit sebanyak ada sahaja pengalaman yang kita belajar untuk melupakan crush ( yang dikatakan perasaan kita tidak selari dengan perasaan orang yang kita suka pendek kata kita hanya bertepuk sebelah tangan ). Melupakan seseorang adalah bukan sesuatu yang mudah.


Kebiasaannya hati kita kuat dan tabah untuk meneruskan hidup tetapi kadangkala hati mahu hidup dengan kenangan juga angan-angan. Pilihlah untuk move on dan teruskan hidup dengan mencipta kenangan baru. Di sini Sha kongsikan beberapa tips untuk korang teruskan hidup dibayangi kisah silam. Setiap orang pasti mempunyai jalan sendiri, tetapi kalau kongsi secara asasnya tips move on inilah yang kita akan buat. Tips ini tidak hanya untuk crush sahaja tetapi juga yang baru  putus cinta.

Tips Melupakan Crush

1. Dekatkan diri kepada Allah S.W.T

Mungkin dalam mengingati si dia kita lupakan Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang memberi kita perasaan kasih dan sayang. Dekatkan diri dan perbanyakkanlah doa kepada-Nya supaya jauhkan dia jika dia bukan jodoh ditakdirkan untukmu. Letakkan tangan di dada, berdoalah banyak-banyak.





2. Jaga mata

Berusaha menjaga mata kita daripada "mengintai" dirinya lagi. Jaga pandangan kerana kita tak dapat menjamin hati kita daripada mempunyai titik hitam. Nauzubillah. Muhasabah diri kembali pernah atau tidak kita dengan sengaja untuk memerhati dari jauh wajahnya atau aktivitinya. Dari kerana mata juga boleh membuat kita terbayang dan berangan jadi usahalah ELAKKAN.

3. Jauhkan Diri

Jika crush korang berdekatan korang, usahalah jarakkan diri daripada dia. Kurangkan aktiviti bersama dia. Kurangkanlah menegur dia jika tidak ada urusan penting. Susah jugak dia depan matakan? Kuatkan diri ya !

4. Betulkan niat

Niat dan doa semoga kita dapat melupakan dia. Jika crush kita sudah bahagia dengan hidup dia, kalau begitu lagilah kita perlu lupakan dia. Kita pun berhak memiliki kebahagiaan sendiri.



5. Sibukkan Diri

Antara jalan untuk melupakan adalah dengan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Dengan harapan aktiviti ini dapat mengganti masa daripada mengingati atau mengelamun tentang dia. Jika sebelum ini kita tidak pernah melakukan aktiviti luar apa kata selepas ini kita keluar melakukan aktiviti sihat seperti berbasikal dan mendaki.

6. Cuba kenali orang baru.

Mana tahu bila kita keluar kenal dunia baru kita akan jumpa orang baru yang lebih baik ! Ada sahaja contoh rakan sekeliling yang berpisah dan menyertai aktiviti mendaki bukit dan gunung bersama sesuatu kelab tertentu akhirnya bertemu jodoh dan hidup lebih bahagia daripada hidup sebelumnya.

7. Jaga waktu tidur

Apa yang penting dengan menjaga waktu tidur? Pastikan anda tidur lebih awal daripada biasa untuk mengelakkan kita banyak waktu untuk berfikir tentang dirinya dan meratapi nasib.

8. Berfikir secara rasional

Berfikir secara rasional. Apa korang dapat jika korang dapat bersama crush atau tak dapat bersama korang dapat apa pula ya? Pertimbangkan. Kadang-kadang lepas korang melepaskan crush korang pergi,korang baru sedar ada yang lebih baik menanti.


9. Jangan tunggu dia.

Apa sebab kamu nak tunggu dia? Kalau tak ada sebab, boleh teruskan hidup dengan lebih baik tak perlu tunggu dia lagi.

10.Jangan dengar lagu mengukit kenangan.

Kadang-kadang setiap hubungan percintaan atau hati ini ada yang punya lagu tersendiri untuk diabadikan sebagai lagu tema hati masing-masing. Tapi kalau tak ada lagu istimewa pun tak apa, lagu jiwang lain pun banyak. Ada orang kalau ada masalah dengan pasangan memang suka layan lagu jiwang karat.

11. Jangan bertangguh untuk berbuat kebaikan dan tumpu kepada hidup sekarang

Hidup kita semakin singkat dan rapuh. Tak ada masa untuk kita berpaling ke belakang, kecapilah hidup dan masa depan yang lebih baik daripada mengharap sesuatu yang tidak pasti. Jika sudah bertemu insan yang lebih baik, apa kata berusaha untuk jadi yang terbaik pada si dia di depan mata kita. #roadtojannah


12. Terima Kenyataan

Belajar menerima kenyataan bahawa dia tidak tercipta untuk kamu. Hati kita milik Allah S.W.T, serahkan pada-Nya semoga kasih sayang kita diletak pada insan yang betul dan memerlukan juga menghargai kita.

Anggap mereka bukan diciptakan untuk kita. Percaya pada qada dan qadar.


Kesimpulannya di sini jika kita mahu kita kena usahakan untuk melupakan walaupun payah. Jangan putus asa untuk berdoa dan moga satu hari nanti luka terubat dan digantikan dengan sesuatu dan insan yang lebih baik. Percayalah pada jodoh, takdir dan hikmah disebalik sesuatu kejadian. Sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah yang terbaik buat kita. Jom move on selepas cinta tak kesampaian jangan pernah putus asa.

Berakhirnya hubungan bukan bukan bererti kita perlu membencinya. Pengalaman inilah yang bakal mendewasakan kita dan membuka peluang kepada kita untuk bertemu yang lain. Bersyukurlah kerana kita tidak bersama orang yang salah. Jika korang sedang bersedih amalkan tips melupakan crush atau ex seperti diatas.

Post a Comment

7 Comments

  1. Waalaikumussalam. Setuju dengan semua point. Kadang ada la kenangan jugak menjelma sekali sekala. Haha

    ReplyDelete
  2. macam luka, walaupun dah sembuh parutnya tetap ada.

    ReplyDelete
  3. sejak dah kawin crush ke secret admire ke semua tu dah beakhir, kalau terjumpa crush masa sekolah dulu pun kita buat bodo je... kalau di ikutkan kisah silam buruk padahnya heheheh

    ReplyDelete
  4. part no 10 tu payah sikit hehee..apa pun kita perlu move on and lupakan apa yang tak perlu

    ReplyDelete
  5. semua org pernah lalui pengalaman ni. apa-apa pun perlukan masa utk merawatnya.. nak move on kdg2 makan masa kdg2 sekejap je bila ada yang lain mengusik hati tu..

    ReplyDelete
  6. Susah nak lupakan tambah orang kita sayang. Tapi Qis boleh guna tips2 ni. Ada jgk yg belum try

    ReplyDelete
  7. Semua tips dah sehabis cuba buat. Sy sudah 4 tahun berumah tangga . Masih mimpi hantu tu lg. Penat la.. x nak tau lg pun.. hmmm..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi