3 Tips Persediaan Ke Bali Indonesia | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hampir satu bulan kita memasuki tahun 2020, adakah antara pembaca sudah merancang
sebarang destinasi percutian? Pergi bercuti dengan keluarga dan kawan-kawan setelah
penat bekerja adalah satu nikmat yang tak dapat nak dinafikan. Tak semestinya kita
kena pergi tempat yang mahal untuk rasa keseronokan tu. Bagi Sha, pergi bercuti
ini lebih kepada untuk merehatkan minda dan spend masa dengan keluarga dan sahabat-sahabat
kita. Buat aktiviti yang santai-santai je pun dah memadai untuk kita.
Korang tahu tak? Antara tempat yang
Sha teringin nak jejaki adalah Bali, Indonesia. Kenapa Sha tertarik untuk memilih
Bali sebagai tempat percutian. Pada Sha Bali adalah antara tempat yang sangat cantik.
Khabarnya kebanyakkan orang yang datang ke Bali adalah untuk honeymoon. Tapi tak
salah kalau yang single atau memang inginkan percutian yang aman damai memilih
Bali sebagai destinasi percutian.
Bali mempunyai keindahan yang tak dapat
nak digambarkan dengan kata-kata. Dan ia merupakan antara tempat yang terletak sangat
tak jauh dari Malaysia. Jadi rasa sayang kalau kita tak pernah sampai di sana.
Sebab kosnya tidaklah mahal baik kos penerbangan, makanan mahupun penginapan. Tambah
pula Sha dan suami memang peminat percutian yang tenang dan jauh dari hiruk piruk
kota.
Melalui beberapa pembacaan dan
kajian, jika Sha ingin ke Bali, Sha pasti akan memilih pakej yang berpatutan dengan
bajet Sha sendiri seperti yang ditawarkan oleh Traveloka. Sebab harga yang
ditawarkan agak berbaloi. Dan ia sentiasa ada promotion. Tinggal kita pilih je
yang mana kita yang nak. Kalau korang nak cuba Emirates flight
booking
pun boleh dengan Traveloka ni. Yelah sesekali naik penerbangan yang selesa apa salahnya
kan.Flights to Bali online
promo
pun korang boleh dapat dekat Traveloka ni.
Flight Tiket
Bagi Sha flight tiket ke Bali even bukan waktu promo return pun
tidaklah mahal sangat kalau kena pada masanya. Tetapi semestinya korang boleh jimat
lagi banyak kalau beli masa promo terutamanya masa Airasia Freeseat tu. Kalau pandai
pilih tarikh and booking awal untuk return boleh dapat RM200+- je.
Kalau nak tambah luggage, ambillah 20kg - 40kg lepas tu share je
dengan member depends on berapa orang yang join trip tu. Tak perlu setiap orang
tu nak beli 20kg, membazir. Kalau korang jenis yang backpack lagi jimat tak payah
fikir luggage.
On board meal perlu ke untuk ke Bali? Kalau tanya Sha, mungkin
tak perlu pun sebab flight duration dalam 3 jam je. Just kita kena pastikan
before naik tu, kita dah makan dulu sesiap. Naik flight, bila dah boleh buka
phone tu, pasang headphone ke earphone pastu tidur. Sedar-sedar dah sampai.
Nanti next makan dekat sana pula nanti. Senang.
Supir
Kalau
nak jalan ke sana kena book supir awal-awal daripada
Malaysia. Buat itinerary sendiri. Lepas tu minta quotation harga dengan beberapa
supir dan bandingkan. Pilihlah yang mana lebih berbaloi. Kenapa Sha cakap lebih berbaloi bukan murah? Sebab kena tengok juga
jenis kenderaan yang dibawa dan muatan kita juga.
Better untuk kita gunakan supir yang ada berbanding sewa kereta dan
drive sendiri. Sebab kita sendiri tak tahu bagaimana struktur jalan tempat yang
kita nak pergi tu. Bagi saya ia akan lebih menyusahkan kita.
Ambil supir ni lebih fleksibel berbanding kita terus travel guna pakej. Sebab kita
boleh susun sendiri tempat yang kita nak pergi tanpa terikat dengan jadual yang
dah sedia ada. Memang betul pun sebabnya bukan semua tempat kita nak pergi kan?
Masa tak panjang kena pilih juga tempat nak dituju. Ini Sha belajar dari
pengalaman sebelum inilah.
Makanan Halal
Untuk korang yang nak aim foodhunting, Sha rasa Bali
adalah tempat yang tidak berapa sesuai. Sebab tempat yang menyediakan makanan
halal itu agak terhad kerana agama dan budayanya yang agak jauh berbeza dengan kita
jika nak di bandingkan dengan Yogjakarta, Jakarta atau Banda Acheh yang orang
beragama Islam tu lebih ramai.
Namun begitu, tidaklah langsung
tak ada makanan halal cumanya kita kena pastikan kedai itu betul-betul punya
logo halal. Sebab tu gunanya supir itu tadi untuk mudah kita berkomunikasi sebab
mereka lebih tahu di mana. Just, kita kena bagitau merekalah kalau bajet kita tak
banyak untuk bawa kita ke kedai makan yang biasa-biasa je bukan ke restoran yang
agak mahal.
Dan sebagai info tambahan, Sha tak menggalakkan
korang untuk travel bersama anak kecil ke Bali ni kerana struktur tempatnya
yang banyak juga memerlukan kita berjalan kaki. Kalau nak travel dengan anak-anak,
better cari tempat yang lebih relax untuk mereka. Menurut pengalaman sebagai
ibu, anak relax ibu ayah pun relax dan semuanya dapat bercuti dengan
gembira.
2 Comments
Tak pernah sampai lagi ke Bali nie.. Hope one day ada rezeki ke sini..
ReplyDeleteTengok travellers ambil gambar pemandangan kat Bali cantik-cantik memang rasa teringin nak ke sana. Tapi sebab anak-anak masih kecil, kita hold dulu la.
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi