Tiada Lagi Alasan Untuk Tidak Bersukan Dengan Tudung Sukan Yang Selesa Daripada TAHAN Instant Hijab | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tak lama lagi kita akan melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2020. Oleh itu, baru-baru ini pihak atasan Sha telah mengumpul kembali berat badan terkini akhir tahun selepas mengambil BMI semua pegawai dan kakitangan pada awal tahun 2019. Tujuan pemantauan BMI berat badan Pegawai dan kakitangan ini adalah untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan sihat dan cergas. Bagi tujuan pemantauan pihak Ketua Pengarah telah membenarkan pegawai dan kakitangan menjalankan aktiviti sukan dan riadah pada sebelah petang setiap hari jumaat. Sha menyambut baik arahan ini dan teruja kerana diberi peluang untuk bersukan sekurang-kurangnya satu minggu sekali bersama rakan-rakan yang lain. Setiap kali bersukan Sha juga menitik beratkan keselesaan semasa membuat aktiviti kerana bila waktu petang, cuaca agak panas. Selain pilihan baju yang betul, bagi wanita muslim tudung juga perlu selesa untuk setiap pergerakan. Pemilihan tudung sukan yang selesa Sha telah memilih tudung TAHAN Instant Hijab keluaran PTTOutdoor.
Bila Sha buka bungkusan tudung ini, kawan Sha terus tegur... Ini bukan ke tudung sukan TAHAN? Ya, tudung TAHAN. Rupanya dah lama kawan Sha berkenan nak beli dan rezeki dia la dapat sentuh dan rasai sendiri kualiti tudung ini sekali gus membuat keputusan untuk memiliki tudung sukan juga kerana nanti senang nak bersukan sama-sama tak perlu susah-susah pakai tudung yang biasa kami pakai.
TAHAN Instant Hijab By PTTOutdoor Tudung Sukan Yang Ringan Dan Selesa
Kenapa Tudung Sukan TAHAN Menjadi Pilihan?
Tudung sukan TAHAN menjadi pilihan kerana rekaannya menepati citarasa bagi wanita muslimah yang ingin menjalani aktiviti sukan dan riadah di luar dengan lebih selesa. Dibuat dengan penuh kelembutan menggunakan poliester dan spandex yang diperbaharui. Material yang digunakan adalah ringan tetapi tidak mudah diterbangkan angin.
Tudung sukan TAHAN menjadi pilihan kerana rekaannya menepati citarasa bagi wanita muslimah yang ingin menjalani aktiviti sukan dan riadah di luar dengan lebih selesa. Dibuat dengan penuh kelembutan menggunakan poliester dan spandex yang diperbaharui. Material yang digunakan adalah ringan tetapi tidak mudah diterbangkan angin.
Seperti yang kita ketahui, pada masa kini kita dapat melihat lebih ramai orang terlibat dengan aktiviti-aktiviti mencabar seperti hiking, berlari, berbasikal dan banyak lagi sukan. Aktiviti ini kini tidak terhad kepada lelaki sahaja, tetapi wanita diluar sana juga makin ramai keluar untuk beriadah. Ciri-ciri yang paling menarik minat Sha adalah rekaanan yang labuh dibahgian belakang dan hadapan. Jika korang boleh Nampak pada gambar diatas, rekaan pada bahagian bahunya adalah berlainan dengan tudung sarung biasa. Rekaan inilah yang memberi keselesaan kepada wanita untuk bebas bergerak.
Keistimewaan lain Tudung TAHAN Instant Hijab
Kali pertama Sha membuka bungkusan kotak TAHAN Instant Hijab ini Sha terus terpegun kerana ringan. Selain ringan apa lagi yang istimewa ?
- Selesa
- Fabrik Jenis Sejuk
- Stretchable
- Tidak bergerak semasa senaman.
- Harga Berpatutan
- Cepat kering
- Reka bentuk yang bergaya tetapi labuh
Sesuai Untuk Wanita Cepat Berpeluh
Sha sebenarnya seorang yang cepat berpeluh bila membuat aktiviti riadah yang biasa Sha lakukan iaitu mendaki bukit. Jadi dengan material TAHAN Instant Hijab ini memang memberi keselesaan kepada Sha tanpa perlu risau tudung basah dibahagian pipi atau wajah kerana ianya cepat mengering berbanding tudung-tudung yang Sha pakai untuk bersukan sebelum ini. Tambahan pula tudung ini juga tidak cepat berbau hapak kerana peluh tau ! Jadi korang juga perlu memilih tudung yang betul untuk bersukan, barulah tak adalah alasan lagi untuk tidak keluar bersukan.
Untuk melihat lebih lanjut produk-produk daripada PTTOutdoor korang boleh layari laman web rasmi dan media sosial mereka di :
Website
4 Comments
Best pakai tudung ni.. semua aktiviti harian boleh guna
ReplyDeletemenarik, boleh belikan sebagai hadiah untuk kakak hehe
ReplyDeleteBest ni kalau pakai pegi run. Kena grab satu mcm ni
ReplyDeletekak ana ada sehelai Sha memang selesa pakai untuk bersukan kan :)
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi