Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tonton Cerita Seram Boleh Bantu Kawal Kegelisahan, Pakar



Tonton Cerita Seram Boleh Bantu Kawal Kegelisahan, pakar. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sha punya ramai kawan yang suka layan cerita seram termasuk filem seram dan novel seram termasuklah Sha sendiri. Bagi Sha jika mahukan hiburan di televisyen, majoritinya filem atau drama pilihan Sha ada daripada kategori seram berbanding filem cinta, filem karporat, cerita lawak dan konsert. Tapi kan, ada kajian baru-baru ni yang cakap tonton cerita seram boleh bantu kawal kegelisahan. Biar betul?

Cerita seram & kegelisahan

Menurut portal berita antarabangsa, HuffPost, penderita kegelisahan cenderung menjadikan aktiviti menonton cerita seram ini sebagai satu hobi atau terapi. Menurut mereka, aktiviti ini adalah salah satu daripada cara yang boleh bantu kawal kegelisahan yang dialami. Persoalannya, mengapa? Berikut merupakan keterangan pakar.

Ia adalah ‘gangguan’ yang membantu

Menurut Jocelyn McDonnel, ahli terapi dari The Family Institute at Northwestern University, penderita kegelisahan cenderung merisaukan perkara berkenaan pekerjaan, perhubungan, kesihatan, kewangan dan macam-macam lagi. Jadi, aktiviti menonton cerita seram ini boleh membantu mereka untuk memfokuskan minda mereka terhadap perkara yang lain.
Kenyataan ini disokong oleh seorang lagi pakar terapi dari Washington, Alicia Clark yang juga merupakan pengarang buku “Hack Your Anxiety”. Menurut beliau, aktiviti menonton cerita seram boleh ‘mengalihkan’ kegelisahan yang dialami kepada sesuatu yang akan menyebabkan mereka kekal fokus. Wah! menarik, bukan?

Ia akan membuat kegelisahan tampak normal

Bagi kebanyakan penderita kegelisahan, aktiviti menonton cerita seram adalah salah satu cara untuk mengesahkan bahawa ketakutan atau kerisauan itu adalah satu perkara yang normal buat orang lain. Jadi, ia akan membuat mereka berasa seperti orang yang normal.

“Dengan menonton cerita horror atau thriller, individu dengan kegelisahan boleh mengesahkan bahawa dunia ini memang tempat yang bahaya. Disebabkan itu, tidak salah untuk mereka berasa takut, risau dan gelisah”, kata Elias Aboujaoude, profesor dari Stanford University.

Ia membantu penderita mengawal kegelisahan

Keith Humphrey yang juga merupakan profesor dari Stanford University menjelaskan bahawa aktiviti menonton cerita seram ‘membenarkan’ individu dengan kegelisahan untuk ‘menyalurkan’ kegelisahan yang sering dialami itu ketika menonton cerita seram dengan lebih terkawal. 
Dalam pada itu, beliau turut memberi analogi di mana dalam cerita seram atau apa-apa genre cerita watak antagonis akan tewas di penghujung cerita. Jadi, penderita kegelisahan boleh menyimpulkan bahawa segalanya sebenarnya boleh dikawal, dibendung atau ‘ditewaskan’.

Ia adalah satu terapi yang merelakskan

Menurut McDonnell, menonton cerita seram sangat membantu dalam melegakan ketegangan dan perasaan tidak selesa – sesuatu yang kebanyakan penderita kegelisahan akan alami. Jadi, aktiviti ini akan mengajar seseorang itu cara menghadapi ancaman, tekanan atau kegelisahan yang sebenarnya tidak seteruk mana dan hanya diperbesarkan oleh penderitanya. 
Kajian Universiti of Westminster pada 2012 menyokong dakwaan ini dengan menyatakan bahawa menonton cerita seram akan menyebabkan adrenalin meningkat semasa tiba babak yang mengerikan. Jadi, ia akan membiasakan penderita dengan perasaan ini dan mungkin akan membantu mereka untuk mengawal kegelisahan yang akan dialami kelak.

Konklusi

Kesimpulannya, ramai pakar yang menyatakan bahawa tonton cerita seram mungkin bermanfaat buat individu yang ada mengalami masalah kegelisahan. Jadi, jika anda mempunyai masalah yang sama, mungkin boleh cuba jadikan ini sebagai satu hobi dan terapi buat anda. Cuma, pastikan anda telah dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dulu ya?
Buat peminat horror movie di luar sana, penulis ada tip penting buat anda. Bawa sweater ekstra. Ia sangat berguna untuk tutup muka anda bila tiba babak jump scare!

Post a Comment

16 Comments

  1. seram sikit2 bole tapi kalau seram banyak i cannot sbb nanti terbawa ke mimpi :D

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tgk drama lain terutama drama melayu stress..ehehehe

      Delete
  3. udahla penakut nak nengok cite seram, kang tensen jiran dengar asik terjerit2 je huhuhu....

    ReplyDelete
  4. haha tak caya lah Sha, lagi gelisah tak duk diam adalah hehe :)

    ReplyDelete
  5. Memang suka tgk cite seram tpi tulah cite dia slow sgt smpai trtdo...

    ReplyDelete
  6. tp sy xleh tgk cite seram.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe..klu nk banding cite lain..seram lg best laa..ahahaa

      Delete
  7. kalau akak mau jadi lagi stress dan terganggu dibuatnya. dah memang penakut.hehehe

    ReplyDelete
  8. tengok cerita seram boleh je. tapi untuk jumpscare susah sikit la. dia terkejut, bukan seram

    jom singgah www.hellokerja.com

    ReplyDelete
  9. mungkin berkesan buat sesetgh org, tapi bg husna tak kot. stg nak p bilik ayaq tgh malam pon dok tringat hahahahha

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi