Friday, December 06, 2019

Perkara Wajib Ada Untuk Menyediakan Takwim Perancangan Aktiviti Sebelum Memasuki Tahun Baharu


Perkara Wajib Ada Untuk Menyediakan Takwim Atau Program Perancangan Aktiviti Sebelum Memasuki Tahun Baharu | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah hari ini terbuka hati untuk mencatat sesuatu di blog kesayanganku ini selepas sebulan juga ketandusan idea dan rasa tak ada hati untuk berkongsi apa-apa di media sosial. Entry ini pun tercetus idea selepas menyiapkan takwim untuk program pemulihan bersama klien pengawasan pada tahun hadapan. Saban tahun setiap orang pasti akan membuat persediaan untuk menyambut tahun baharu. Sama juga seperti Sha sendiri, masuk bulan disember wajib draf takwim akan dibuat tambah pula keperluan memberi tarikh temujanji akan datang bersama klien seterusnya. Jika suatu takwim dibuat bermaksud semua hal yang berkaitan dan dambil berat sebelum menetapkan tarikh-tarikh temujanji perlu ada di depan mata bagi memudahkan penyusunan jadual dan tajuk program yang bakal diadakan. Paling tepat untuk Sha adalah jadual kerja atau jadual program yang wajib diadakan bersama klien sepanjang mereka berada dalam tempoh hukuman menjalani pengawasan bersama agensi.


Tujuan Dan Kepentingan Menyediakan Takwim Satu Tahun


1) Penyusunan dan keseimbangan program sepanjang tahun.

Melibatkan jadual kerja yang mempunyai tajuk-tajuk tertentu mengikut keperluan klien semasa amat memerlukan penyusunan tajuk program. Dengan adanya takwim sebegini kita boleh melihat secara menyeluruh apakah tajuk yang sesuai.

2) Memberi motivasi kepada kita untuk mencapai setiap azam tahun yang ada.

Setiap orang pastinya mempunyai azam baru yang mahu dicapai setiap tahun. Dengan adanya takwim sepanjang tahun dapatlah kita menganggarkan bila kita mahu capai target tersebut sebelum akhir tahun.

3) Merancang cuti dengan lebih berkesan.

Cuti adalah sesuatu yang sangat penting bagi Sha kerana bila tinggal jauh daripada kampung memang memerlukan cuti yang lebih jadi perancangan cuti tahunan yang ada boleh diagih menggunakan takwim yang ada. Maklumlah cuti pun kena seimbang supaya tidaklah bila akhir tahun tak ada cuti.

4) Merancang kewangan dengan berkesan.

Takwim tahunan pun ada kena mengena dengan kewangan ke? Pada Sha, mestilah ada kena mengena bila melibatkan kerja dan cuti sekolah. Terutamanya untuk mensasarkan target tabungan pada tarikh-tarikh tertentu.

5) Mencatat tarikh penting sepanjang tahun.

Kita sebagai manusia pastinya ada satu masa yang akan sibuk dan tidak sengaja terlupakan tarikh-tarikh penting dalam hidup kita. Kebiasaanya takwim yang Sha sediakan sudah lengkap dengan tarikh-tarikh penting dalam hidup Sha.

6) Melancarkan perjalanan jadual kerja.

Menyediakan takwim awal dan draf kerja lebih awal memang memudahkan kerja-kerja yang dirancang.

7) Sebagai rujukan perjalanan kerja.

Hal ini kerana kita sudah boleh nampak proses kerja yang akan dilakukan secara berjadual dan terancang.        


Ini adalah takwim tahunan yang Sha sudah gunakan beberapa tahun ini, lengkap dengan hari minggu, hari cuti kelepasan am dan cuti sekolah dalam tahun 2020 untuk memudahkan perancangan jadual program bagi mengelakkan program terkena pada tarikh pegawai dan kakitangan berkemungkinan akan bercuti panjang.

Kelebihan Menyediakan Takwim Tahunan


1. Perancangan cuti yang lebih teratur
2. Program yang bakal diadakan lebih seimbang dan laporan pun cantik.
3. Mengelakkan keberhutangan atau perbelanjaan yang melebihi keperluan.
4. Motivasi diri untuk mencapai target hidup
5. Dapat mengelakkan lupa tarikh penting.


Keperluan yang perlu ada untuk buat takwim tahunan ini adalah seperti :

Cuti Kelepasan Am 2020

Cuti Penggal Persekolahan

Kalendar

Penggunaan takwim tahunan sebegini telah banyak membantu Sha dalam penjadualan kerja dan perancangan cuti tahunan Sha jadi memang wajiblah Sha milikinya. Korang macam mana? ada tak takwim tahunan? Sekurang-kurangnya diari mesti ada kan? apa pun cara , apa yang boleh membantu kita memudahakan kita menguruskan hidup boleh sahaja diteruskan sampai bila-bila.

3 comments:

  1. betul tu perancangan jadual akan lebih teratur

    ReplyDelete
  2. setuju, bila dah ada persediaan senang nak adjust, susun semuanya kan.

    ReplyDelete
  3. aida dlm proses buat plan for next year.
    hal keje. hal anak-anak.
    utk anak aida - Nurin dan Syuhada, dah pun aida belikan planner.
    dlm proses ajar diorang utk tulis diari / planner.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Follow Us @shalimarmohdyusof