Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kena Tindih Ketika Tidur? Apakah Penyebabnya?


Kena Tindih Ketika Tidur? Apakah Penyebabnya? | Terjaga dari tidur. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Anda cuba bangun namun susah. Dada terasa sakit, suara tak keluar dan bulu roma mula meremang, “Ah, kena tindih pulak”, anda mula bermonolog. Ramai individu pernah mengalami situasi sebegini namun tak semua tahu puncanya. Nak tau apakah penjelasan sains berkaitan dengan fenomena kena tindih ni? Teruskan membaca untuk maklumat selanjutnya.

Kelumpuhan tidur tidak memudaratkan kesihatan

Ia merupakan fenomena yang boleh dianggap aneh. Disebabkan oleh itulah kebanyakan individu mengaitkan pengalaman merasai kelumpuhan tersebut dengan fenomena paranormal. Suatu ketika dahulu, kita tidak memahami mekanisme di sebalik keadaan ini namun kini, kita tahu bahawa dua hormon mempunyai kaitan dengannya, Glycine dan Gamma Aminobutyric Acid (GABA). Kedua-duanya memainkan peranan penting melumpuhkan otot-otot badan ketika fasa rapid eye movement (REM) kerana pada ketika ini, kita mengalami mimpi. Tujuan kelumpuhan tersebut adalah untuk mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang dimimpikan.
Secara fisiologi, anda sepatutnya tidak sedarkan diri ketika fasa REM ini. Mata anda tertutup rapat dan mimpi hanyalah sekadar mimpi. Namun, jika seseorang itu bangun ketika fasa REM, maka individu tersebut akan mengalami kelumpuhan kesan daripada rembesan hormon tersebut. Otot anda masih lumpuh tetapi mata anda berkeliaran memandang persekitaran dan dalam masa yang sama, anda merasakan sesuatu menindih di bahagian dada anda. Usah khuatir! Anda akan boleh bergerak seperti biasa. Kelumpuhan ini kebiasaannya berlaku dalam sekitar 1 hingga 3 minit. Ia tidak akan menyebabkan apa-apa masalah kesihatan melainkan pengalaman yang agak menakutkan.

Halusinasi dan makhluk halus yang menindih

Amigdala merupakan sistem saraf yang berbentuk kacang, terletak pada bahagian lobus temporal tengah. Ia adalah sebahagian daripada struktur basal ganglia dan bahagian otak yang paling aktif ketika fenomena kelumpuhan tidur kerana fungsinya adalah untuk mengawal atur memori berkaitan perasaan dan ketakutan. Bayangkan anda mempunyai amigdala yang sedang aktif membuatkan anda takut, namun tiada apa-apa perkara di persekitaran yang mempunyai keupayaan untuk membuatkan anda takut. Ini merupakan satu paradoks dan solusi kepadanya adalah halusinasi
Brian A. Sharpless dan Monika Klikova telah menerbitkan kajian di Jurnal Tidur pada tahun 2019 yang melibatkan 185 individu yang didiagnos dengan masalah ini. Dapatan kajian tersebut telah mendapati bahawa 58 peratus daripada mereka merasakan kehadiran sesuatu yang bukan manusia di dalam bilik sewaktu fenomena tersebut sedang berlaku. Halusinasi boleh berlaku dalam pelbagai jenis bentuk. Ada individu yang melaporkan mereka merasa seolah-olah di awang-awangan, ada yang ternampak individu asing berada bersama mereka di tempat mereka tidur dan ada yang ternampak makhluk halus menindih dada mereka.
Pengalaman Sha sendiri pernah beberapa kali mengalami keadaan ini sewaktu tidur. Tidak mampu membuka mata hanya mampu 'melawan' dan membaca ayat-ayat suci supaya 'dilepaskan' hingga kadang-kadang terasa penat.

Risiko dan rawatan

Terdapat pelbagai jenis faktor yang boleh dikaitkan dengan kebarangkalian seseorang individu untuk menghadapi kelumpuhan tersebut.
  • Faktor genetik
  • Sejarah trauma
  • Masalah kesihatan mental
  • Masalah kesihatan fizikal
  • Masalah berkaitan kualiti tidur
  • Penggunaan dadah
Setakat ini, tiada rawatan spesifik menurut protokol perubatan dalam merawat masalah ini. Perkara yang sering diketengahkan adalah tabiat tidur yang baik. Kelumpuhan ini boleh menjadi petanda bahawa anda tidak mendapatkan tidur yang cukup. Antara rekomendasi untuk mengelakkan fenomena ini adalah untuk menghindari alkohol dan dadah 3 jam sebelum waktu tidur. Minuman berkafein juga perlu dihadkan dan barangan elektronik perlu dielakkan sebelum waktu tidur untuk menjamin kualitinya.

Konklusi

Kelumpuhan tidur bukanlah satu penyakit yang serius namun ia merupakan pengalaman yang menakutkan. Halusinasi kebiasaannya dialami oleh sebahagian besar individu, namun begitu, fenomena tidak akan berlarutan. Jaga tabiat tidur anda dan pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup. Jika anda risau berkenaan dengan fenomena ini, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Agak lama juga Sha tidak mengalami keadaan begini dan harapnya tidaklah berulang lagi.

Post a Comment

4 Comments

  1. Salam petang..
    nieyl sendiri pun pernah kena tindih ni..
    mmg sgt menakutkan, terseksa rasanya...akibat dr tu..
    sehingga ke hari ini tak pernah tidur telentang..x berani...masih trauma..

    ReplyDelete
  2. kak tak pasti lah sebelum ni penah kena ke tidak. rerasa macam penah kena :(

    ReplyDelete
  3. Sy percaya dgn adanya makhluk halus yg menindih

    ReplyDelete
  4. Thanks for taking the time to discuss that, I feel strongly about this and so really like getting to know more on this kind of field. Save yourself the hassle and use this Instagram online viewer instead. ... Deskgram is a desktop app which allows you to post, comment, like, and browse your photos ...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi