Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Senarai Artis Gegar Vaganza Musim Ke-6 2019 Yang Masih Power

Senarai Artis Gegar Vaganza 2019 Yang Masih Power | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini nak kongsi pasal program hiburan yang bakal berlangsung tak lama lagi. Lepas habis rancangan Big Stage yang mana menengahkan artis-artis baru, rancangan Gegar Vaganza edisi ke 6 akan menyusul. Buat yang tak tahu lagi, Gegar Vaganza sebuah rancangan yang memunculkan kembali artis-artis yang dah lama tidak muncul dikaca televisyen dan media.


Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-6 2019


1. Wann [ yang popular dengan suara serak seksinya ]
2. Sham Visa [ digelar Tony Stark Malaysia ]
3. Noorshila Amin [ popular dengan lagu didadadi]
4. Naqiu Boboy [ Mungkin peserta paling muda ]
5. Ameer Sofazr [ Biasa muncul lagi ni ]
6. Hady Mirza [ Tak kenal ..ahahahaa ]
7. Mazleela [ Tak biasa karaoke pun kalau dengar lagu TABAH mesti kenal ]
8. Feeza [ Memang suka suara dia dari dulu ]
9. Nurfatima [ Kenallah juga ]
10. kumpulan duo iaitu Kool [ Masih bertenaga menari ]
11. One Nation Emcees [ Ada Sabhi Saddi lahh... ]
12. Roy [ Lagu popular Ratnaku ]
13. Jatt Ali daripada kumpulan Black Dog Bone. [ Geng Otai masih berbisa ]

13 orang peserta Gegar Vaganza akan berentap dipentas GV6 selama lapan minggu bermula 13 Oktober ini dan disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro GO setiap Ahad jam 9 malam.

Masih mengekalkan pengacara yang sama iaitu Jihan Muse dan Nabil Ahmad, juri tetap musim kali ini juga turut mengekalkan Datuk Ramli MS bersama juri tetap baru iaitu penyanyi popular dari Indonesia, Hetty Koes Endang.

Juara GV6 akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro. Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 berserta trofi. Korang agak-agak antara peserta Gegar Vaganza musim ke 6 kali ini siapakah akan menjuarai pentas dan hati peminat? Sha mungkin memilih FEEZA.


Sementara itu tempat keempat, kelima dan keenam tidak pulang dengan tangan kosong, sebaliknya membawa pulang RM20,000, RM15,000 dan persoalan mengenai siapakah peserta yang akan terbabit dalam program realiti hiburan Gegar Vaganza musim keenam (GV6) akhirnya terjawab apabila nama-nama mereka diumumkan pada 24 September lepas. 

Post a Comment

4 Comments

Terima Kasih Daun Keladi