CINTA SEHATI SEJIWA SEPORT | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 17 hingga 19 September 2019 yang lepas, Agensi Antidadah Kebangsaan
Daerah Perak Tengah telah mengadakan satu Operasi Perdana. Operasi Perdana
ini diadakan sekitar kawasan Bota, Parit dan Kampung Gajah, Perak yang
terletak di kawasan Perak Tengah. Kekuatan seramai 31 orang pegawai dan
kakitangan telah terlibat di dalam operasi berkenaan yang melibatkan
kerjasama Pegawai dan Kakitangan AADK Daerah Perak Tengah, AADK Daerah
Kuala Kangsar, Klinik Mini Cure & Care Seri Iskandar juga AADK
Daerah Kinta.
HASIL OPERASI PERDANA 3 HARI 2 MALAM
Operasi Perdana ini telah diadakan meliputi operasi bagi kes langgar syarat, cegah dan juga menyelesaikan kes aduan sekitar taklukan AADK Daerah Perak Tengah. Pada 17 September 2019 operasi telah bermula pada awal pagi di sekitar Bota, Parit dan Felcra Changkat Lada Kampung Gajah, Perak. Kemudian Operasi Langgar Syarat diteruskan di sekitar kawasan Sungai Galah, Tanjung Tualang Perak.
Jumlah
tangkapan pada 17 september 2019 (Selasa) antara jam 9.00 pagi hingga
4.30 petang adalah seramai 11 orang iaitu melibatkan 10 orang lelaki dan
1 orang wanita. Umur tangkapan adalah antara 19 tahun hingga 46 tahun.
Manakala tangkapan antara 10.00 malam hingga 2.00 pagi adalah seramai 8
orang yang mana semuanya adalah lelaki berumur antara 30 tahun hingga 47
tahun.
Operasi
pada 18 September 2019 (Rabu) sekitar Bota dan Parit telah berjaya
memberkas 7 orang lagi kes yang melibatkan pelbagai kesalahan seperti
langgar syarat, kes siasatan dan saringan awal ujian urin didapati
positif. Tangkapan terakhir ini menjadikan jumlah tangkapan adalah
seramai 26 orang.
Daripada
26 orang tangkapan, 15 orang telah dijatuhkan hukuman penjara minimum
12 bulan dan maksimum 20 bulan beserta 2 kali sebatan. Seorang telah
diperintahkan mahkamah menjalani pemulihan di Puspen Perlop, 7 lagi
ditempatkan di Pusat Tahanan Reman Batu Kurau. Manakala 2 orang OKT lagi
mendapat jamin AADK dan seorang jamin mahkamah.
CINTA SEHATI SEJIWA SEPORT
Tangkapan pertama yang melibatkan pasangan kekasih telah membawa kepada tahanan reman bagi teman lelaki dan jamin AADK buat teman wanitanya. Kedua-duanya yang ditangkap ketika sedang membuat kerja-kerja di kebun keluarga wanita berkenaan selepas mengambil dadah bersama-sama yang mana teman lelakinya datang menemuinya dari Kuala Lumpur akan dibicarakan selepas habis tempoh tahanan reman dan tempoh jamin. Lelaki bergelar duda itu didapati positif Methamphetamine manakala teman wanitanya positif dadah jenis Methamphetamine dan Morfin yang kedua-duanya berkenalan ketika wanita berkenaan tinggal di Kuala Lumpur.
Untuk pengetahuan korang, wanita bergelar janda ini pernah menabur bakti sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bersama AADK semasa di Kuala Lumpur tetapi (jatuh) relaps kembali dan perkenalan mereka juga di sana. Keadaan ini membuktikan kepulihan daripada dadah ini adalah sepanjang hayat, kerana tersalah memilih pasangan, tidak mendapat sokongan padu daripada keluarga, dan keinginan untuk berubah dalam diri tidak kuat pastinya penagihan akan berulang kembali.
Untuk pengetahuan korang, wanita bergelar janda ini pernah menabur bakti sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bersama AADK semasa di Kuala Lumpur tetapi (jatuh) relaps kembali dan perkenalan mereka juga di sana. Keadaan ini membuktikan kepulihan daripada dadah ini adalah sepanjang hayat, kerana tersalah memilih pasangan, tidak mendapat sokongan padu daripada keluarga, dan keinginan untuk berubah dalam diri tidak kuat pastinya penagihan akan berulang kembali.
PERANAN PRS DALAM PERKHIDMATAN AADK ?
Apakah peranan PRS dalam AADK? PRS berperanan untuk membantu pegawai dan kakitangan AADK dalam menggunakan pengalaman mereka dalam kepulihan. Pemilihan mereka juga berdasarkan kepulihan yang dicapai oleh mereka. Korang perlu tahu, kepulihan dicapai oleh mereka adalah bukan sesuatu yang mudah dan mereka perlu menjaga langkah mereka sentiasa supaya tidak terbabit kembali. Betul ke ada penagih yang betul-betul boleh berubah? Alhamdulillah ada contoh yang ada di depan Sha tapi masih ramai yang sedang berjuang untuk bersihkan diri, sama-samalah doakn mereka supaya dapat memperbaiki diri.- Mendengar, membantu dan memberi penjelasan tentang perkara yang ingin klien sampaikan tetapi tidak bercakap bagi pihak klien atau memberikan jawapan kepada mereka.
- Mengawal perbincangan terutama dalam sesi perkongsian pengalaman supaya ia tidak menjadi ‘trigger” kepada penagihan semula.
- Menggalakkan ahli kelompok menerima dan menyokong antara satu sama lain.
- Memastikan kelompok tidak dikuasai individu tertentu terutama dalam perbincangan.
Hasil
tangkapan dalam Operasi Perdana ini telah dapat menyelesaikan beberapa
kertas sisatan dan kes aduan yang diterima oleh masyarakat sekitar.
Untuk menangangi masalah penyalahgunaan dadah ini tidak hanya menjadi
tanggungjawab pihak berkuasa sahaja tetapi memerlukan kerjasama antara
keluarga dan masyarakat setempat.
6 Comments
singgah sini
ReplyDeletesemoga tangkapan tersebut memberi keinsafan kepada mereka. aminnn
ReplyDeletecabaran dalam kehidupan masa kini ialah membesarkan anak2, semoga mereka masih punyai kesempatan untuk kembali ke pangkal jalan.. In Shaa Allah
ReplyDeletesemoga semuanya dapat dibendung dengan baik. jauhilah benda tidak elok ni kan
ReplyDeleteSemoga kita dan ahli keluarga kita dijauhi daripada gejala najis dadah ini
ReplyDeleteDadah membinasakan hidup.Tolong la jauhi. yg mana dah erjebak mohon berhenti. Kita ada pusat pemulihan. kadang2 bukan dorang yg pilih pun, ada yg teperdaya , terjebak tanpa sengaja. :(
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi