Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Mesej Nutrisi Melalui Kempen Peduli Ayam Brand 2019 Bagi Tangani Masalah Obesiti Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Kempen Peduli Komuniti Ayam Brand™ 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang Ke Negeri  Perak untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-kanak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini Sha nak kongsi satu kempen yang amat baik untuk korang dan keluarga. Baru-baru ini iaitu pada 26 September 2019 di Ipoh Perak. Pada Sha kempen ini sangat baik diamalkan kerana Sha sendiri mempunyai 2 orang adik ketika mereka kanak-kanak pernah menyertai program obesiti di sekolah mereka akibat BMI yang tinggi. Korang pernah dengar tak 3S makanan Malaysia yang sihat ? 3S adalah singkatan kepada Suku-suku Separuh. Suku-suku Separuh bermaksud menggalakkan pembahagian makanan di atas pinggan melibatkan suku protein, suku karbohidrat kompleks serta separuh buah-buahan dan sayur-sayuran.



Produk Ayam Brand Malaysia

Ayam Brand™, jenama tempatan yang terkenal dengan rangkaian makanan dalam tin berkualiti tinggi, tanpa bahan pengawet, tiada MSG tambahan, sihat dan mudah. Jenama ini berusaha untuk menangani isu besar iaitu masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan memperkenalkan konsep Pinggan Sihat 3S Malaysia ke dalam program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang akan dijalankan. Tahun ini, Ayam Brand berjaya  mengembangkan program CSR kepada murid-murid sekolah rendah. 

Tema kempen pada tahun ini ialah ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’. Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak dari 10 buah negeri dengan maklumat untuk mengenalpasti pilihan makanan yang sihat dan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dalam menyediakan hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia. Program ini terbuka kepada kanak-kanak berusia lapan tahun dan keatas. Sha sangat bersetuju dengan program ini kerana kesihatan yang baik pada masa depan adalah bermula dengan pemakanan yang baik dari kanak-kanak hingga kita dewasa.

Untuk kempen di Perak kali ini, 20 orang kanak-kanak dipilih dari Pusat Jagaan Anak-anak Yatim & Miskin Nurul Iman, Rumah Anak-Anak Yatim Dan Miskin "ANNING" Ipoh, Pusat Harian Kanak-Kanak Spastik Bandar Ipoh, dan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kasih Sayang Ipoh Perak


Dua belas orang murid dari SJK (C) Sam Chai, SJK (C) Yuk Choy, dan Sekolah Kebangsaan Convent Ipoh juga turut mengambil bahagian dalam kempen ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’ yang mencabar dan menyeronokkan ini. Korang bayangkanlah kanak-kanak bila masuk dapur, boleh tahan hura-hara jadi yang dewasa banyak tunjuk ajar.


Acara ini dimulakan dengan pengenalan interaktif mengenai konsep #sukusukuseparuh. Diikuti oleh pembahagian kepada lapan pasukan yang terdiri daripada empat orang kanak-kanak untuk menyediakan hidangan berdasarkan prinsip 3S. Mereka perlu menyiapkan hidangan dalam masa 30 minit dengan bantuan daripada orang dewasa dan menggunakan resepi yang disarankan oleh pakar. Acara ini memang meriah kerana anak-anak ini memang memberi kerjasama yang padu dan bersungguh-sungguh menyiapkan hidangan walaupun ada satu sekolah semua ahlinya lelaki.


Sementara menunggu hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia dinilai, kanak-kanak terplih itu kemudian dicabar dengan permainan yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk mengingat apa yang telah dipelajari tentang nutrisi yang baik. Macam-macam gelagat mereka dapat dilihat semasa mereka sama-sama menjawab soalan diberi. Apa yang penting mereka memang sepakat sesama mereka.


Di sini Sha nak kongsikan beberapa hasil resepi yang mereka telah pilih semasa awal program dijalankan, memang kreatif mereka ni, nampaknya dah boleh tolong ibu mereka didapur dan menyampaikan mesej kempen nutrisi ini bersama keluarga dan rakan mereka nanti.





Menurut penasihat pemasaran strategik Ayam Brand™, Nathan Deverre, kempen yang kini sudah memasuki tahun ke-12 telah menyumbang 1.76 juta hidangan sihat bagi tujuan kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 20,000 orang dari 482 buah rumah kebajikan dan NGO.


“Sebagai peneraju dalam industri makanan di Malaysia selama lebih 100 tahun, Ayam Brand™ sangat bimbang dengan penularan masalah obesiti di negara ini dan ingin tampil kehadapan untuk memberi bantuan. Bermula dengan kanak-kanak kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah diajar dan didekati. Kami membangunkan program Get Healthy Malaysia, Start Now dengan harapan agar dapat membantu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak, menerusi pemberian pengetahuan serta kemahiran untuk memilih, membuat dan menyediakan makanan yang lebih  berkhasiat,” kata Deverre. 

“Kami telah menjalankan kempen CSR selama 12 tahun. Sudah tiba masanya untuk kami mengembangkannya demi memberi manfaat kepada lebih ramai kanak-kanak dengan menyampaika nmesej 3S melalui cara yang lebih mudah difahami. Di samping tip-tip yang dapat peserta manfaatkan di rumah, mereka juga dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga,” katanya lagi.


Ayam Brand™ membawakan kempen ini secara dalam talian dan menghebahkannya menerusi media sosial dengan pengaktifan peraduan Show Us Your Healthy Plate, selain berkongsi kemaskini program secara langsung. Kali ini Sha merasa sangat bertuah kerana dapat menyertai kempen ini sekali gus dapat menerapkan corak pemakanan sihat ini untuk keluarga Sha sendiri terutama anak-anak yang sedang membesar.

Perak sahaja ke yang ada program sebegini? Jika korang teringin untuk sama-sama membantu komuniti di negeri korang, korang boleh layari Ayam Brand™ e-charity di https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html dan beli produk Ayam Brand untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan pilihan. Ayam Brand™ e-charity menawarkan potongan sebanyak 15% daripada harga runcit dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk memudahkan dan menjadikan Malaysia yang lebih sihat. Menarik bukan? Jadi apa lagi? Jom mulakan sekarang !

Post a Comment

3 Comments

  1. Wahh menarikk. Lepasni boleh la beli ayam brand sambil menderma kan. Kempen yg bagus. Comel je adik2 masak

    ReplyDelete
  2. menariknya, tengok menu yang di persembahkan tu memang buat kita berselera nak makan...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi