Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Menu Sihat Resepi Nasi Ayam Kukus Mudah Dan Mengenyangkan

Menu Sihat Resepi Nasi Ayam Kukus Mudah Dan Mengenyangkan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rentetan daripada makan tengahari di Restoran CH Corner Seri Iskandar baru-baru ini masih teringat-ingat menu yang Sha makan di situ hingga terbawa-bawa ke rumah rasanya. Korang kalau datang ke Seri Iskandar Perak nak cari makan tengahari bukan jenis kedai makan berlauk boleh lah ke CH Corner. Apa menu yang Sha pilih? Memandangkan Sha lapar tapi masih mahu makan makanan yang tidak bergoreng maklumlah berat dah mula degil untuk turun jadi pemilihan makanan yang betul perlu dipantau sendiri.


Ini adalah hidangan Nasi Ayam Kukus di GH Corner. Cuma untuk resepi yang Sha kongsikan ini Sha tak ada sambal hijau. Tapi sambal hijau dia memang Sha suka sangat. Kadang-kadang makan lauk ringkas macam ni pun dah puas hati.


Selain menu sihat, Nasi Ayam Kukus adalah antara menu yang paling senang dan cepat disediakan. Makan hidangan lengkap ini pun sudah cukup mengenyangkan kerana cukup khasiat yang diperlukan oleh badan kita. Biasanya kalau nasi ayam Sha mesti goreng ayamnya kali ini kita rebus atau kukus sahaja dan rasakan dengan sos ala thai yang kita bancuh sendiri, bahan-bahan pun potong-potong campur sahaja.

 

Nampak tak hidangan sihat tu? Ringkas bukan? Anak-anak Sha pun suka. Hari Sha buat Nasi Ayam Kukus ni kebetulan ada sambal kicap, lagilah berpeluh pedas bila makan. Tapi pedas yang boleh bikin kita menambah nasi tau.

Resepi Nasi Ayam Kukus

5 ketul ayam
Air
Bawang Merah* tumbuk kasar
Bawang Putih* tumbuk kasar
Halia *diketuk
Akar daun ketumbar
1 kiub ayam

Langkah-langkah Memasak Nasi Ayam Kukus

Pertama sekali kita rebus ayam dengan semua bahan di atas sehingga ayam menjadi lembut. Air rebusan ayam jangan dibuang kerana air rebusan akan digunakan untuk memasak nasi. Nasi dimasak seperti biasa ya.
Ayam di tos dan tunggu nasi masak.

Sambil tunggu nasi masak kita buat Sos Untuk Nasi Ayam Kukus kita.

Resepi Sos Merah

1 biji Bawang merah*ditumbuk kasar
1 ulas Bawang putih *ditumbuk kasar
1 biji Cili merah *ditumbuk kasar
3 biji Cili padi *ditumbuk kasar
Daun ketumbar dipotong kasar
1 biji tomato dipotong dadu
1/2 gelas Air rebusan ayam
1 piring kecil sos cili.

*** Kalau ada limau nipis boleh perah sekali, lagi sedap.

Bila dah siap tumbuk bahan-bahan yang ditumbuk (Sha suka pakai lesung berbanding pakai blender), korang satukan bahan-bahan lain ke dalam 1 mangkuk.

Hidangan ini korang boleh hidang bersama sayur salad, timun batang dan hirisan tomato. Selain daripada Sos Merah sebegini korang boleh tengok resepi Sos Halia Bawang Ala Thai juga. Sos-sos macam ni boleh dipadankan dengan ayam rebus atau kukus sebabnya ayam rebus nampak kosongkan jadi kita meriahkan dengan sos.

Selain daripada ini, anda juga haruslah melayari eSemakan, iaitu website yang memberi tutorial tentang aplikasi dan review online, seperti saps ibu bapa, ebr1m, cara memohon PTPTN, dan sebagainya. Tutorial yang sedia ada mempunyai panduan yang lengkap dan begitu membantu.

Post a Comment

6 Comments

  1. Sedap plak tengok ayam kukus tu ha...nanti nak buat sendiri la..

    ReplyDelete
  2. akak biasa jgk bt menu gaya2 mcmni, nasi ayam thai tu yg ayamnya masak sekali ngn nasi... mmg mkn blh bertamabh2 bahaya... simpple tp sedap

    ReplyDelete
  3. sedap pulak menu ni.. walaupun tengok gambar je, tp mcm dapat rs je sedap tu :-)

    ReplyDelete
  4. menu sihat...nk try jugakla.sambal pun sedap gayanya

    ReplyDelete
  5. gh corner kak bukan ch corner

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi