Hot Posts

6/recent/ticker-posts

AYAM REBUS DENGAN SOS HALIA BAWANG

RESEPI AYAM REBUS DENGAN SOS HALIA BAWANG | Assalamualaikum semua hari ini Sha nak kongsi satu resepi yang sesuai untuk makanan diet. Kenapa Sha cakap masakan ini sesuai untuk orang berdiet? Sebab rebus ayam tanpa perasa apa-apa mestilah sihat sangat kan..ehheeh.. Mula-mula tengok kawan masak dan kongsi di instagram beliau, sebenarnya beliau mempunyai blog masakan tapi sudah lama tak dikemaskini sungguh sayang sebab akak tu memang suka masak Sha pun suka tengok masakannya. Resepi ini Sha olah sendiri kerana tuan punya pencetus belum balas komen Sha jadi Sha cuba sendiri memandangkan bila Sha google tak jumpa resepi bagai disebut olehnya.

AYAM REBUS

Ayam potong 4 - Sha pakai mengukus elektrik

SOS HALIA BAWANG

Daun bawang - Potong dadu
Bawang Merah - dadu
Halia - Cincang halus
Cili padi
Bawang Putih
Minyak
Kicap

Cara-caranya ringkas

Panaskan minyak masak
Masukkan semua bahan dan tumis
Akhir sekali renjis kicap dalam sos

 

Sesuai dimakan bersama nasi panas-panas. Suami Sha pun boleh terima lauk ini maksudnya selepas ini boleh masak lagi. Kalau google dengan bahasa inggeris banyak keluar resepi daripada vietnam mungkin akak tu masak masakan belah sana la kot yeaa.. apa-apa pun memang boleh masuk dan sihat dengan halia tu rasa macam lauk  berpantang selepas bersalin pulak.

Nak cuba rasa macam mana boleh cuba.

Post a Comment

20 Comments

  1. resepi yg mudah kak sha. dan sngt sihat.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. sedapnya, semua bahan ada di dapur... simpe tapi lazat...tqvm

    ReplyDelete
  4. Boleh cuba juga untuk berpantang nanti kot, nampak simple je nak buat

    ReplyDelete
  5. rasa pedas-pedas cili ngan halia tu yang best kannn

    ReplyDelete
  6. Mudah je rupanya. Nanti nak try la. Terima kasih share resepi ni

    ReplyDelete
  7. sedapnya.. orang pantang bagus juga cuba ni.. cuma elakkan cili padi tu la..

    ReplyDelete
  8. Resepi camni boleh keluar angin dalam badan lerr hii, ringkas pun ya gak

    ReplyDelete
  9. simple sgt ni. in shaa Allah boleh try.

    hi nak jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  10. Boleh jadikan menu berpantang juga ni..

    ReplyDelete
  11. Sadapnya, nanti boleh cuba kalu saya nak berdiet nanti, thanks for the info sis..

    ReplyDelete
  12. ayam rebus sedap makan dengan air asam. letak asam limau banyak2..")

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi