Hot Posts

6/recent/ticker-posts

5 Tempat Menarik Di Shah Alam Dan Pilihan Hotel Yang Selesa Sekitar Shah Alam

5 Tempat Menarik Di Shah Alam Dan Pilihan Hotel Yang Selesa Sekitar Shah Alam | Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera semua. Teringat dulu ketika Sha bersama suami dan Abang Zaryth ke Shah Alam atas urusan kerja dan perlu bermalam untuk berehat tetapi agak terhad untuk mencari hotel di sana tambah tak banyak maklumat tentang hotel-hotel di sana yang kami dapat pada masa itu. Kebiasaanya Sha ke kawasan Shah Alam adalah untuk bercuti sambil membeli belah jadi memerlukan hotel yang selesa untuk melepaskan lelah bersama keluarga dan menawarkan harga yang berpatutan sesuai dengan bajet. Maklumlah biasanya kami akan ke hotel selepas penat membeli belah dan melakukan aktiviti di luar. Sha dahulunya bila sebut Shah Alam selalu tertanya-tanya apa yang best di Shah Alam, kebetulan pada masa itu I-City Shah Alam baru sahaja dibuka, jadi adalah tempat yang Sha boleh tuju pada masa itu sambil bawa Abang Zaryth yang masih bayi. Rupanya ada lagi tempat menarik di Shah Alam ini, jom kita tengok tempat riadah yang ada.

5 Tempat Menarik Di Shah Alam Selangor


1. Taman Tema Air Wet World

 

Tarikan yang ada di Taman Tema Air Wet World Shah Alam ini adalah seperti Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River, Kiddy Typoon Lagoon, Caribbean Rider, Whirlwind Escape, Bermuda Triangel, Island Of Treasures, Pirate Cove, Pirate Challenge, Function Square, Cabana & Food Kiosk.

Harga Tiket :

Untuk anak tinggi 90 cm kebawah adalah percuma
Kanak-kanak - Normal (90cm-130cm) RM 42, Mykad (90cm - 130cm) RM32
Dewasa - Normal (130cm keatas) RM 47, Mykad (130cm keatas) RM 37


2. I-City Shah Alam


Antara yang kita boleh nikmati di I-City Shah Alam adalah seperti 

  • Water World I-City - Taman tema air yang memperkenalkan Riding Tornado pertama di Asia Tenggara
  • Snowalk - Persekitaran artik 50, 000 kaki persegi dikekalkan di bawah 5 darjah Celcius
  • City Of Digital Lights - Taman yang menghiburkan dengan lebih 1 juta lampu LED
  • Fun World - menawarkan aktiviti dan permainan yang berorientasikan keluarga dengan muzium lilin interaktif pertama Malaysia, The Carpet Red, dan Muzium Kesenian pertama Malaysia

3. Skytrex Shah Alam



Terletak 3 km di dalam hutan seluas 817 hektar Taman Botani Negara Shah Alam, taman ini hanya 40 minit memandu dari pusat bandar Kuala Lumpur dan boleh diakses melalui banyak lebuhraya ke Shah Alam.

Selasa hingga Jumaat
Kedatangan Pertama: 0900 pagi
Perlepasan terakhir: 1400 petang


* Ditutup pada hari Isnin kecuali semasa Cuti Sekolah dan cuti umum terpilih.

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum *
Kedatangan Pertama: 0830 pagi
Berlepas terakhir: 1500 petang


* Dibuka pada hari cuti umum. Sila rujuk pengumuman pada media sosial kami untuk kemas kini terkini.  
 

4. Taman Botani Shah Alam

Tertarik pula Sha dengan apa yang ada di Taman Botani Shah Alam ini. Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan bersama keluarga tersayang.



5. Setia City Mall Shah Alam



Tak pernah jejak lagi ke Setia City Mall ni, tapi bila tengok gambar macam menarik terutamanya pemandangan pada waktu malam, katanya ada air pancut meriah berwarna-warni. Nampaknya kalau ke Shah Alam boleh laa melepak di sini. Alang-alang dah kongsi tempat menarik di Shah Alam, Sha nak kongsi juga hotel yang menarik sebagai penginapan percutian.

Hotel Yang Menarik Dan Selesa Di Shah Alam


1. Concorde Hotel


Hotel ini terletak di pusat bandar Shah Alam berstatus 4 hotel 4 bintang pastinya akan memberi keselesaan kepada kita sekeluarga. Paling penting harganya amat berpatutan dengan biliknya yang disediakan. Mengikut kebiasaanya suami Sha akan memastikan Sha memilih hotel yang mempunyai kolam renang dan hotel ini adalah pilihan yang tepat tambah pula dari sini bkita boleh menyaksikan pemandangan sekitar Shah Alam.

2. Grand Bluewave Hotel


Pertama kali melihat hotel ini Sha agak terpesona dengan hiasan hotel ini. Jika korang ingin mengunjungi Masjid Biru atau membeli-belah baju raya di PKNS atau SACC Mall, maka amat sesuailah untuk anda menginap di hotel yang seterusnya ini. Hotel bertaraf lima bintang ini hanya terletak 5 minit sahaja dari masjid jika anda berjalan kaki!

Walaupun ia kelihatan mewah dan korang mungkin tertanya-tanya tentang harganya, tak perlu risau. Jika anda pandai mendapatkan harga tawaran, harga bilik di sini boleh bermula serendah RM199 sahaja bagi bilik standard!

Kemudahannya sudah pasti lengkap. Anda boleh beriadah di kolam renang, mencuba menu makanan Halal Cina dan Jepun di restoran atau bersenam di gimnasium. Ruang biliknya sudah pasti luas, lantainya lembut dengan karpet, dan bilik mandinya dilengkapi dengan alat mandian dan tab mandi.

3. Geno Hotel


Antara pilihan terbaik bagi korang yang ingin menginap di hotel yang terletak berhampiran dengan Subang Jaya dan Shah Alam adalah Geno Hotel. Jika anda menempah hotel di sini, mudah untuk anda pergi ke kedua-dua bandar besar ini.

Ia adalah hotel yang serba baru. Sebaik sahaja menapak masuk ke ruang lobi, anda pasti akan terus berasa selesa dengan kecantikan dan tahap kebersihan hotel ini. Katil dalam bilik tetamu pun luas serta masih lagi baru dan empuk. Selain kemudahan yang lengkap, Geno Hotel juga terletak berhampiran dengan kedai-kedai dan restoran.Jadi korang risau pasal nak cari makan kat mana.

4. Hotel de Art @ i-City


Korang bercadang untuk membawa ahli keluarga anda bercuti di taman tema i-City? Apa kata cuba mempertimbangkan untuk bermalam di Hotel de Art @ i-City! Anak-anak pasti sukakan hotel ini.

Dekorasinya serba meriah, berwarna-warni dan artistik. Melihat mural di luar bangunan hotel dan hiasan lobi pun, anda sudah pasti teruja. Untuk pengetahuan korang, Hotel de Art adalah hotel bajet di Shah Alam berstatus tiga bintang yang menawarkan harga berpatutan.

Untuk bilik Art Twin, harganya bermula serendah RM101 semalam dan anda boleh mendapat lebih banyak diskaun, sehingga RM90 ketika tawaran diberikan. Ruang biliknya sederhana, cukup selesa untuk anda bergerak dan berehat selepas perjalanan jauh dari rumah anda.

Info tambahan: Terdapat lagi satu cawangan Hotel de Art di Shah Alam, iaitu di Seksyen 7.



5. Acapella Suite Hotel






Acapella Suite Hotel adalah antara hotel menarik di Shah Alam bagi mereka yang perlu bermalam selepas menonton perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam, menghadiri orientasi atau konvokesyen di Management & Science University (MSU), mahupun sekadar bercuti di bandar ini.

Yang bagusnya tentang Acapella Suite Hotel ini adalah ruang biliknya yang sangat luas. Kalau anda mempunyai keluarga besar dan akan membawa anak-anak ke Shah Alam, hotel ini sesuai untuk anda. Sesetengah bilik turut mempunyai dapur kecil, balkoni, dan ruang duduk berasingan.
Kelengkapan di sini juga lengkap. Anda boleh menggunakan kemudahan gimnasium, kolam renang outdoor yang besar, dan restoran untuk sarapan pagi anda. Memang seronok jika dapat menginap di sini dengan keluarga tersayang!

Itu baru 5 pilihan hotel yang menarik minat Sha untuk ke Shah Alam selepas ini, untuk dapatkan info mengenai hotel-hotel lain untuk yang ada di Shah Alam, Selangor, korang boleh layari website ini  Di Bagasi.my ada banyak info lengkap berserta gambar tentang keadaan hotel, harga sewa semalaman dan lokasi. Sangat mudah untuk bantu korang buat pilihan nanti.

https://bagasi.my/hotel-di-shah-alam/

Sambil menaip sambil berangan memang seronok! Bila dah dapat banyak info dan maklumat hotel-hotel di Shah Alam, bolehla Sha merancang percutian seterusnya. Persediaan sebelum pergi bercuti atau ada urusan di sesuatu tempat, mencari hotel yang bersesuaian dengan saiz keluarga, keselesaan dan tempat yang strategik di samping harga yang berpatutan sangat diperlukan supaya kita tidak perlu sakit kepala di saat akhir.

Post a Comment

1 Comments

  1. teringin nak menginap dekat D'Art Hotel tu.. nampak menarik..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi