Thursday, June 27, 2019

Rumah Ronald McDonald Kubang Kerian Kini Telah Dibuka Di Hospital Universiti Sains Malaysia. Apakah Fungsi Dan Kelebihannya?


Rumah Ronald McDonald Kini Telah Dibuka Di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang perasan tak jika korang ke mana-mana cawangan restoran McDonald's terdapat tabung di kaunter mereka? Nak tahu ke manakah sumbangan itu disalurkan? Inilah salah satu hasil sumbangan korang. Baru-baru ini iaitu pada 23 Jun 2019 telah menjadi saksi pembukaan Rumah Ronald McDonald Di HUSM. Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan McDonald's Malaysia dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) telah mengadakan gotong-royong sempena rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia bagi menyambut keluarga pediatrik yang mendapat rawatan di hospital USM dan hospital-hospital sekitarnya.


Gabungan Mantap Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Bersama Hospital USM Kubang Kerian Kelantan
Azmin Jaafar, Presiden RMHC dan Pengarah Urusan McDonald's Malaysia berkata "Rumah Ronald McDonald ini ditubuhkan kerana terdapat keperluannya yang amat tinggi di Hospital USM yang merupakan hospital rujukan yang menerima lebih 20,000 pesakit setahun. Kemudahan seperti ini penting kerana ia bukan sahaja memberi kemudahan dan penginapan untuk meringankan beban keluarga pesakit, malah ia juga sedikit sebanyak memberi keluarga-keluarga ini kekuatan emosi dengan sokongan keluarga-keluarga lain yang bersama-sama menemani anak-anak mereka yang sakit."

Ybhg. profesor Datuk Dr Asma Ismail, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian berkata,

"Dengan adanya Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, ahli keluarga sentiasa dapat bersama dengan anak-anak mereka sepanjang tempoh mereka menerima rawatan di hospital. Ini adalah penting kerana secara tidak langsung ia menggalakkan pemulihan kesihatan pesakit-pesakit pediatik dengan kadar yang pantas kerana sokongan fizikal dan emosi daripada ahli keluarga."


Dengan kos pembinaan  bernilai RM 4 juta, Rumah Ronald McDonald Kubang Kerian di Hospital USM dilengkapi dengan 18 buah bilik serta ruang makan, ruang istirehat, dapur, bilik dobi, bilik permainan, dan lain-lain kemudahan untuk penghuni. Selain daripada itu, rumah ini juga ternyata lebih istimewa dengan adanya Bilik Sensori Ronald McDonald yang menyediakan peralatan multi deria khas yang disumbangkan kepada Hospital USM untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa.

Rumah Ronald McDonald yang direalisasikan hari ini adalah sumbangan RMHC Malaysia, McDonald's Malaysia, rakan-rakan niaga, dan pelanggan-pelanggan McDonald's yang menyumbang  melalui tabung RMHC yang terletak di lebih daripada 275 restoran McDonald's di seluruh negara.

Kenali Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian Kelantan.

Selama ini agak kerap ke HUSM kerana temujanji ibu tersayang, malah kedua-dua anak Sha juga dilahirkan di HUSM Kubang Kerian jadi dikongsikan sedikit tentang Hospital Universiti Sains Malaysia ini.

HUSM mula beroperasi sebagai hospital pengajar yang memberi perkhidmatan awam pada tahun 1983. Diterajui oleh Prof Dr. kamaruzaman Wan Su, Pengarah pertama hospital USM bersama 2 orang timbalan serta 570 staf pelopor. Kini, selama 30 tahun berkhidmat kepada masayarakat, Hospital USM dengan bilangan staf mencecah 3322 orangn pengarah hospital sebagai penerajunya menawarkan pelbagai perkhidmatan klinikal dan sokongan klinikal bukan sahaja kepada masyarakat setempat malahan seluruh negara.

Hospital USM telah dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan, Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 26 Ogos 1986. Tujuan utama penubuhan hospital USM adalah untuk menjadi hospital pengajar bagi bidang Sains Perubatan, Sains Pergigian dan Sains Kesihatan. Selain itu, hospital USM menyediakan perkhidmatan rawatan kepada pesakit disamping memberi peluang kepada para penyelidik untuk menjalankan aktiviti penyelidikan.

Apakah Sebenarnya RMHC ?


RMHC Malaysia tekah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan  dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, "Gift Of Smile" dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 28 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 20,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM 16 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperolehi daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di restoran-restoran McDonald's dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat.

Gotong-Royong Sebelum Pembukaan RMHC Kubang Kerian Kelantan.



Sehari sebelum pembukaan RMHC Kubang Kerian Kelantan iaitu pada hari sabtu 22 Jun 2018 telah diadakan sesi gotong-royong yang telah dihadiri oleh ramai orang secara sukarela menyumbangkan tenaga. Turut hadir adalah Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim yang merupakan Pengarah Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian Kelantan sendiri. Terharu juga dengan sokongan daripada
Rumah Ronald McDonald juga turut turun padang. Maklumlah RMHC Kubang Kerian Kelantan ini merupakan Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia selepas yang pertama dibuka di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur pada tahun 1999.



Penanaman pokok yang dikenali sebagai "pokok doa" turut dilakukan pada bahagian halaman tengah rumah ini sebagai simbolik tanda kasih penuh harapan dengan kalungan doa dari semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung untuk para pesakit dan penghuni di sini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul dan inilah sedikit sebanyak usaha yang mampu pihak McDonald hulurkan pada masyarakat.


Sha dan rakan-rakan juga berbangga dapat menjadi penyokong kepada program kebajikan seperti ini dan secara langsung berkongsi kemudahan yang RMCH sediakan kepada masyarakat dan insan yang memerlukan diluar sana. Berdasarkan pengalaman sendiri yang tinggal di luar Kota Bharu dan selalu berurusan dengan HUSM, sumbangan seperti ini amat berguna kerana dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga.

Kemudahan Di Rumah Ronald McDonald Kubang Kerian, Kelantan

 

Pertama kali menjejak kaki ke dalam bilik Rumah Ronald McDonald ini Sha agak terpegun kerana ianya seperti masuk ke bilik hotel memang selesa dan bersih untuk dihuni dan sesuai untuk membantu kepulihan pesakit.


                       Kaunter Pendaftaran                                             Surau Lelaki & Perempuan

                                                         Bahagian Dapur yang luas dan selesa

                                Sudut BBQ                                                                Bilik Dobi

 

Ruang rehat luar yang dapat memberikan ketenangan dan angin luar kepada pesakit dan peneman pesakit.

 

Pesakit juga dapat melepaskan kebosanan walaupun dalam proses menjalani rawatan kerana Rumah Ronald McDonald direka dengan mesra dan sesuai dengan umur pesakit sendiri.

Bagaimanakah cara untuk memohon Rumah Ronald McDonald Kubang Kerian Kelantan ?

  • Dibuka untuk keluarga pesakit pediatrik sahaja yang berumur 18 tahun dan ke bawah.
  • Pesakit mestilah tinggal di luar kawasan Kota Bharu.
  • Semasa mendapat rawatan di pediatrik, boleh mengambil borang permohonan dan kemukakan ke bahagian kebajikan HUSM.
  • Selepas permohonan diluluskan oleh HUSM barulah layak untuk masuk ke Rumah Ronald McDonald dengan bayaran RM 5.00 sahaja sehari.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Rumah Ronald McDonald (RMH), sila layari http://www.rmhc-malaysia.my/ , atau jika ingin menyumbang melalui sumbangan tunai atau bantuan sukarela anda boleh menghubungi cawangan RMH di PPUKM, Kuala Lumpur di talian 03-91735994 untuk keterangan lebih lanjut.

Jadi korang jangan tertanya-tanya lagi kemanakah sumbangan korang selama ini. Semoga rezeki kita sentiasa bertambah dan mampu membantu insan yang memerlukan seperti mereka yang menerima rawatan di sini.

3 comments:

  1. usaha yang bagus dari McDonald.. Semoga lebih banyak rumah seperti ini dapat dibangunkan..

    ReplyDelete
  2. It is far better to learn new exercise skills and habits that will deliver results in accordance with your effort. dailytramadol.com website

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Follow Us @shalimarmohdyusof