Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Kepak Ayam Bakar Madu

Resepi Kepak Ayam Bakar Madu | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu ini hidangan lauk Sha dan keluarga banyak makan kepak ayam sebab Sha ada beli stok kepak ayam daripada seorang kawan. Selain Kepak Ayam Goreng Tepung Sha mencuba kepak ayam bakar pula tetapi menggunakan resepi lain daripada ramuan biasa Sha buat selama ini. Memandangkan suami Sha menyukai resepi ini semestinya akan diteruskan dikemudian hari. Suami Sha cakap kalau masak kepak ayam bakar madu pada bulan puasa nanti habis satu taman tak sabar nak buka puasa kerana baunya cukup menyelerakan. Mungkin ramai yang biasa guna resepi ini tapi hari ini Sha nak kongsikan juga resepinya, maklumlah pembaca blog Sha adalah Sha sendiri jika terlupa resepi.

RESEPI AYAM BAKAR MADU SEDAP



Sebenarnya resepi ayam bakar madu oven ini tidaklah terlalu rumit, hanya menggunakan bahan-bahan asas yang ada di dapur rumah sahaja. Yang membuatkan Sha suka pastilah warnanya yang menarik.



Bahan Perap Ayam Bakar Madu

10 kepak ayam
*****
8 ulas bawang putih*
2 sudu cili kisar*
3 sudu sos cili*
2 sudu cuka*
1 sudu kecil garam*
2 sudu gula merah*

* Semua bahan dikisar.

*****
 Set Italian Herbs Series - Oregano +Basil + Rosemary +Parsley

Cara Masak Ayam Bakar Madu

1. Perap ayam bersama bahan kisar dan set Italian Herbs Series selama 1 jam atau lebih.
2. Bakar dengan suhu 200c selama 40 minit.

* Sha bolak balik ayam dan sapukan lebihan bahan bahan perap.

Alhamdulillah rasanya tidak terlalu pedas, pada yang suka pedas mungkin boleh lebihkan cili kisar tadi. Pada yang rajin pula boleh bakar menggunakan arang, macam Sha bakar menggunakan ketuhar sahaja. Tak perlu lagi nanti nak makan kepak ayam tapi berkira-kira sebabnya nak makan ramai-ramai agak tinggi modal - Sha laa tuu...hihihihi.. Sekarang tidak lagi sebab sudah boleh buat sendiri di rumah. Boleh masuk dalam senarai resepi menu masakan untuk juadah berbuka puasa nanti. Selain kepak sebenarnya tak kisah bahagian mana pun boleh gunakan resepi ini sebagai bahan perapan ayam bakar.

Post a Comment

7 Comments

  1. Aromanya tu buat terliur..terima kasih kongsi resepi ya.

    ReplyDelete
  2. Wahhh...sampaikat sini baunya...lapar terus.hahaha

    ReplyDelete
  3. Sesuai buat menu berbuka ni sha. Sedap dan mudah.

    ReplyDelete
  4. mekasih share resepi, nnti blh la try ukt berbuka... simple je menu tuh

    ReplyDelete
  5. wahhh.. resepi best ni.. bulan puasa sedap ni makan

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kepak ayam madu. Nanti nak try

    ReplyDelete
  7. Sedap ni.
    Beralih arah dari ayam goreng tepung, ayam goreng kunyit...
    Tq for sharing.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi