Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Lelaki 3 Jari Buktikan Mampu Berjaya Walaupun Ada Kekurangan

Lelaki 3 Jari Buktikan Mampu Berjaya Walaupun Ada Kekurangan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini Sha ingin berkongsi suatu insan yang boleh kita jadikan semangatnya sebagai satu contoh kepada sesiapa sahaja. Sempena 1 Mei hari ini iaitu Hari Pekerja yang disambut saban tahun pada tarikh yang sama ini eloklah kita sentiasa meningkatkan jati diri dalam diri sendiri untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Kita tidak seharusnya sentiasa berasa senang di takuk yang sama dengan kedudukan sekarang tetapi sesekali kita perlu memotivasikan diri dan tidak semestinya orang yang cukup lengkap fizikal sahaja yang boleh menggapai cita-cita dan impian.

Secara peribadi insan ini adalah bukan insan yang pertama menjadi inspirasi kepada Sha sendiri dan juga ramai orang. Mempunyai tubuh badan yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) tetapi bertindak sebagai seorang yang lebih baik daripada insan normal yang lain. Insan yang Sha maksudkan adalah Saudara Khairul Nizam iaitu pengasas kepada JAMUMALL.COM 


Untuk mengenali dan mengetahui perjalanan hidup beliau, kita boleh lihat perkongsian di media sosial facebook beliau. Luahan yang boleh membuatkan kita melihat diri sendiri yang mana sebagai manusia biasa kita ada moral naik dan turun.


Di sini Sha kongsikan sedikit luahan.

Diusia 30 .. dengan keadaan cacat .. aku bersyukur dengan kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah meeah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...

Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??



Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidur perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .


Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..




Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ... 


Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!



Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...

 

Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..

Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..




Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!



Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!


Serius terkesan dan terasa kerana beliau yang dikurniakan fizikal begini tetapi lebih berjaya daripada diri ini yang secara fizikal tubuh badan lebih mencukupi. Siapa yang tidak ingin kecapi kejayaan seperti beliau dan hidup mewah. Untuk lebih menyelami dan melihat beliau, korang boleh tengok video di bawah :-


Walaubagaimanapun, kejayaan dan rezeki tidak akan datang bergolek jika kita sendiri tidak mempunyai niat yang betul dan kita mesti bertindak secara luar biasa untuk mengecapi kejayaan luar biasa. InsyaAllah kita juga mampu menjadi yang terbaik buat diri kita dan keluarga kita juga suatu hari nanti.

Untuk rujukan sebagai inspirasi korang boleh melayari media sosial Saudara Khairul Nizam

Post a Comment

7 Comments

  1. Kejayaan beliau memang memberi kita inspirasi untuk lebih berjaya

    ReplyDelete
  2. Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita...

    ReplyDelete
  3. hebatnya dia menangani ujian...kita yg sihat dan cukup sifat ni penuh alasan

    ReplyDelete
  4. semangat macam ni yang perlu kita ikut..

    ReplyDelete
  5. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
  6. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.

    ReplyDelete
  7. OKU bukan penyebab untuk tidak berjaya...insan hebat

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi