Sunday, April 28, 2019

Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Menjadi Tarikan Di Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort


Tarikan Unik Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Di Bukit Merah Laketown Resort, Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sekejap sahaja masa berlalu lebih kurang 1 minggu lagi kita akan menyambut bulan mulia Bulan Ramadan. Sempena bulan puasa tahun 2019 ini Sha nak berkongsi satu tempat berbuka yang mungkin lain daripada yang lain kerana kita boleh belayar menaiki bot merentasi tasik sementara menunggu waktu berbuka menerusi pakej bufet berbuka puasa di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dengan tema "Gerbang Iftar Nusantara".

Bot yang sedia menanti anda untuk belayar menikmati permandangan tasik.

Sajian bertemakan citarasa makanan nusantara dengan campuran beberapa menu ketimuran seperti nasi mendi dan kabsah turut menjadi daya penarik berbuka puasa di sini sewaktu menjamah juadah berlatarkan pemandangan Tasik Bukit Merah.

Pilihan Makanan DI Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort 2019

 
Pilihan utama Sha semestinya Nasi Mendi Kambing.

Hidangan sihat iaitu salad

 
Kepada penggemar kerabu di sini juga terdapat kerabu perut dan kerabu taugeh, lauk ala kampung dipadankan dengan ulam-ulaman.


Jika ada ulam-ulaman pastinya akan ada pelengkapnya iaitu sambal, di sini boleh nampak Sambal Mangga, Sambal Kerisik, Sambal Belacan dan lain-lain.


Jika korang rasa mulut tak berapa best atau tawar jangan risau di sebelah dalam Le' Lac Cafe ada juadah yang mampu memberi selera iaitu dengan aneka jenis jeruk.

Lauk-pauk Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort

 

Aneka jenis lauk-pauk. Pada kali ini Sha sangat tertarik dengan Sambal Sotong sebagaimana warnanya rasanya juga kena dengan penggemar makanan pedas seperti Sha. Selain Sambal Sotong, Isi Ikan Goreng Cili Kering juga tidak kalah, ringkas tapi sedap di makan.


Jika korang tak terasa nak makan nasi dengan lauk-pauk korang juga boleh memilih sajian barat seperti baked fusilli pasta with potato ini. Set ini juga akan bersilih ganti mengikut hari disajikan selain ini terdapat juga spaghetti, bebola daging, pai shepherd serta makaroni ayam tumis dengan sos keju beserta tomato.


Selain makanan berat, kalau orang melayu memang tak boleh berpisah dengan kuih muih. Di Le' Lac Cafe juga terdapat pelbagai kuih pemanis mulut gabungan tradisi dan moden.


Pada yang nak makan cucur pun ada di sini, digoreng panas-panas di ruang gerai yang ada lengkap dengan sos pencicah.

Rojak Buah

 
 Kambing Bakar di gerai Bakor-Bakor.

Kambing bakar yang menjadi antara menu wajib tatkala berbuka di hotel turut dihidangkan selain ayam golek dan beberapa santapan nusantara lain. Gerai Bako-Bakor ini juga ada ayam percik, sosej bakar, ikan kembung bakar dan ikan pari bakar.


Menu yang agak lain daripada yang lain iaitu Capati dan juga roti canai dihidangkan bersama Prata Dal dan Ayam Cincang Bamia.

 

Bersebelahan gerai capati korang boleh memilih laksa ikan. Korang boleh nampak bahan-bahannya cukup lengkap pastinya sedap. Untuk hari lain menu akan bertukar sama ada dengan laksa Sarawak dan mee udang. Selain itu hidangan lain seperti roti john, murtabak, sup berempah serta cendawan, bubur nasi turut menjadikan juadah berbuka di sini lebih "meriah".

Pilihan Air Di Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) terdiri daripada air sejuk dan air panas.

 
Air Sejuk - Air Asam Masin, Oren, Barli, Bandung Cincau dan blackcurrant.

 
Air Panas - Air Teh Tarik, Kopi dan Teh.


Iringan alunan muzik akustik yang dimainkan pada setiap hari Rabu, Jumaat serta hujung minggu pastinya menggamit suasana berbuka puasa menjadi lebih syahdu.

Dengan kadar Rm 45 bagi dewasa serta Rm 35 untuk kanak-kanak, warga emas, dan Orang Kurang Upaya (OKU), pengunjung pastinya berpuas hati di tambah pula dengan perkhidmatan pelayaran tasik menaiki bot secara percuma bagi 60 penumpang terawal setiap hari melalui dua sesi pelayaran masing-masing pada jam 6.15 petang dan 6.45 petang.


Bagaimanapun perkhidmatan pelayaran tasik itu juga bergantung kepada paras air Tasik Bukit Merah yang menjadi nadi pengairan bagi daerah Kerian serta sebahagian daerah Larut Matang dan Selama menadangkan bot hanya boleh bergerak apabila aras air berada pada aras tertentu.

Bagi pengunjung yang ingin menunaikan ibadah Solat Terawih, anda tidak perlu bimbang kerana solat terawih secara jemaah juga akan didirikan di surau yang terletak tidak jauh dari lokasi bufet.

Untuk pengetahuan korang promosi istimewa turut ditawarkan untuk pembelian awal pada harga serendah Rm 35 bagi dewasa dan Rm 25 kanak-kanak, warga emas, serta Orang Kurang Upaya (OKU) untuk pembelian yang telah pun bermula iaitu dari 1 hingga 30 April 2019.

Pakej penginapan juga ditawarkan pada harga serendah RM 105 untuk bilik biasa di Laketown Hotel dan RM 175 untuk bilik studio Kampung Air bermula 6 hingga 31 Mei 2019 dengan disertakan bersama 1 baucer bufet berbuka puasa untuk seorang.

Untuk tempahan dan pertanyaan hubungi +605-8908888 atau layari http://www.bukitmerahresort.com.my






2 comments:

  1. wow menariknya belajar atas bot sambil berbuka puasa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kak..jadi tak de la lama sangat rasa tunggu waktu berbuka tu..huhuh

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi

Follow Us @shalimarmohdyusof