Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RESTORAN SAFFANI SIMPANG PULAI, IPOH PERAK

RESTORAN SAFFANI SIMPANG PULAI, IPOH | Assalamualaikum semua. Cuti 4 hari baru-ini selepas Sha turun daripada Cameron Highland Sha sempat singgah ke sebuah restoran yang memang satu jalan menuju balik ke rumah Sha. Kadang bukan semua kedai hipster dan kedai yang ada di tengah-tengah bandar itu seda kan. Bukan calang-calang juga kedai ini pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCM) dan ini adalah salah satu kedai yang memang kena dengan selera Sha.


Bahagian hadapan Restoran Saffani.


Fuuhhh.. Kari Kepala Ikan penuh pinggan. Nampak tak kat pinggan tu dah label pada pinggan, contoh yang ini RM 28.


Paling penting ini sangat menjaga kebersihan, adik yang jaga bahagian bakar ayam ini pun kemas pakaiannya.


Adik ni memang pembersih dan kemas orangnya kot cara susun ayam pun elok sahaja. Maklumlah kadang-kadang orang ni pakai letak sahaja, macam ni lagi senang nak pilih bahagian yang kita suka.


Restoran Saffani ini juga menyediakan dua jenis pencicah iaitu air asam dan sambal kicap. Sha lebih memilih air asam berbanding kicap.



Pilihan lauk yang ada, ikan goreng, ayam goreng, telur goreng, ayam bakar, ikan bakar dan lain-lain.


Bahagian bawah ada lauk pauk yang jenis berkuah. lauk yang ada seperti kari ikan, sup bebola ikan, masak lemak pucuk ubi, masak lemak udang, kari kambing, daging masak hitam, patin masak tempoyak dan lain-lain.


Pilihan Sha selalu yang ringkas sahaja iaitu Ayam bakar dengan Masak Lemak Pucuk Ubi dengan kuah kari kambing sikit. Sha ambil air asam kongsi dengan suami sahaja, pekena dengan Kopi O ais, memang kenyang sampai makan malamlah.


Nampak tak apa yang ada lagi? Memang lengkap set untuk makan lauk ulam-ulaman. Boleh nampak situ ada Daun salad, Timun batang, Kacang Bendi Celur, dengan petai segar. Semua ulam boleh dipadankan dengan sambal , tempoyak, dan ada petai jeruk juga memang lainlah sebab susah nak jumpa kedai makan ada petai jeruk ni.

Di sini Sha sertakan sekali peta ke Restoran Saffani ni, senang sahaja kan sebab kalau korang lalu depan Balai Polis Simpang Pulai, hala ke Batu Gajah tak jauh dari situ korang terus sahaja sehingga jumpa kedai ini disebelah kanan.



Post a Comment

13 Comments

  1. Menarik betul menu yang ditawarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak banyak tasikit..xpening kepala nak pilih..hihi

      Delete
  2. disebabkan x makan tgh hri lg, seorang ray sgt lapaaaaa

    ReplyDelete
  3. Fuhh kecur air liur tengok kari ikan tu. Hahah. Syok pergi makan dekat kedai yang banyak pilihan lauk macam ni. Puas hati.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. sis gee kalau mai ipoh blh arr mkn sini..harga ok ahh

      Delete
  5. menarik semua menu dia...bila dh siap siap letak harga cmtu kan nsg nak pilih ikut bajet...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi