Monday, September 11, 2017

NAK KURUS

NAK KURUS | Itulah perkataan yang hari-hari dengar, hari-hari sebut tapi tak tahu bila hari nak mula..ahhahaha..macam Sha laaa...terlalai sekejap patut  rasa cepat je bekalan beras dalam bekas dah nak habis rupanya seiring dengan kenaikan berat badan. Mampu berhuhuhu jela dalam hati ini akibat diri sendiri juga. 2 minggu sudah Sha kurang minum air walhal air adalah amat penting dalam diet harian kita yang mana dengan berat badan kini Sha memerlukan 2.5 liter air setiap hari. Hari ini di tempat kerja Sha pulun makan lagi, tengok lah apa Sha makan pagi ini...meriah bukan? Walau apa pun hari ini sha cuba minum 8 gelas air maklumlah bila dah air tak minum sembelit lah jadinya.


Tapi hari ini Sha nak kongsi juga apa yang perlu kalau nak kurus manalah tahu korang sedang cari inisiatif untuk kurus juga kan. bukan nak kurus sangat pun sebenarnya nak berat ideal tu je Sha tak sesuai kurus sangat sebab muka tembam..dan dah bosan dari kecil orang cakap Sha budak sakit selepas kahwin baru berat naik dan bila dah berat naik orang cakap comel ..aahahha..tapi tak adalah cuba naikkan berat badan lagi lepas tu kan..cuba kekalkan dan kawal biasa-biasa sahaja jadi turun naik tu. Ok, jom tengok apa perlu kalau nak berat badan turun :

  • Cari SEBAB KENAPA NAK KURUS! Haaa..korang mesti ada sebabkan nak turunkan berat badan jadikan sebab itu sebagai pendorong.

  • Setkan berapa kg korang nak turun...kalau tak nak set jangka lama...korang set untuk 1 minggu atau 1 bulan dulu...1 minggu nak turun 2 kg ke cam tuu..

  • Kurangkan atau TOLAK minuman manis terutamanya minuman bergas! memang jahat niii...sekali ambil memang susah nak turun berat.

  • Pastikan membuang setiap hari. Cukupkan air, Sha ni sembelit sebab tak minum air lahh...Chia Seed pun tak ambil..tapi pagi ni mula balik bersama chia seed dan air kosong.

  • Katakan tidak kepada makanan segera dalam apa jua bentuk.

  • Berkawan dengan penimbang. Dulu rajin timbang sekarang tak kawan tu yang berat naik tak sedar diri tuu...Kebiasaan Sha monitor berat pada waktu pagi setiap hari memang nampak perubahan dan boleh kira berapa gram turun setiap hari ..hihihihi..

  • Download apps yang boleh membantu anda dalam buat senaman, yang punya alarm!! Cuba ikut jadual yang ditetapkan dalam apps tersebut contohnya 30 days challenge
  • Cuba kurangkan ais juga.
Apa tunggu lagi jom ambil langkah sekarang, lambat bertindak lambat jugalah dapat hasilnya kan.

10 comments:

Terima Kasih Daun Keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...