TANDA-TANDA KENCING MANIS | Kencing manis atau Diabetes merupakan satu penyakit yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini. Perkongsian ini tidak hanya berkongsi tetapi menjadi peringatan juga kepada Sha kerana Sha mempunyai sejarah keluarga terdekat yang mengidap diabetes iaitu arwah nenek dan mak Sha sendiri mengawal kencing manis dengan suntikan insulin.
Bagaimana sebenarnya Diabetes (Kencing Manis) ini boleh berlaku?
Bagi pesakit kencing manis, organ pankreas mereka tidak dapat mengeluarkan insulin secukupnya. Ini menyebabkan glukosa terkumpul dalam dalam darah dan tidak dapat masuk ke dalam sel-sel badan untuk ditukar menjadi tenaga. Kencing manis ialah penyakit seumur hidup yang tidak dapat disembuhkan tetapi boleh dikawal.
Jika anda mempunyai gejala-gejala ini dapatkan pemeriksaan segera. Tetapi INGAT tidak semua pengidap mempunyai gejala-gejala ini.
Korang ada tak sejarah keluarga menghidap diabetes macam Sha? Kalau ada jom sama-sama kita mengawal pemakanan dan amalkan pemakanan yang sihat. Orang kata Mencegah lebih baik daripada merawat. Kalau terlibat dengan program-program luar kebiasaanya Pejabat Kesihatan Daerah akan dijemput untuk membuat pemeriksaan kesihatan terutamanya pemeriksaan kandungan gula dalam darah jadi jangan lepaskan peluang atau boleh beli sendiri alat ujian untuk kegunaan sendiri.
Apakah Jenis-Jenis Diabetes?
Jenis 1 (Diabetes Yang Bergantung Pada Insulin)
- Disebabkan kekurangan insulin
- Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan melakukan senaman.
- Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes.
Jenis 2 (Diabetes Yang Tanpa Bergantung Pada Insulin)
- Selalunya berlaku dikalangan orang dewasa (40 tahun dan ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
- Disebabkan kekurangan insulin dan insulin yang dikeluarkan kurang berkesan.
- Biasanya boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan makanan, melakukan senaman atau dengan ubat-ubatan.
- Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes.
Apakah Tanda-Tanda Awal Diabetes (Kencing Manis)
- Sentiasa Merasa Dahaga
- Kerap Membuang air kecil
- Merasa letih dan lesu
- Susut berat badan walaupun berselera makan
- Luka dan kudis yang lambat sembuh
- Gatal terutama dibahagian kemaluan.
Jika anda mempunyai gejala-gejala ini dapatkan pemeriksaan segera. Tetapi INGAT tidak semua pengidap mempunyai gejala-gejala ini.
Apakah Akibat Buruk (komplikasi) Diabetes?
- Gangrin (tisu mati), kudis yang menular yang menyebabkan kaki terpaksa dipotong.
- Kabur penglihatan membawa buta
- Penyakit buah pinggang serangan jantung
- Tekanan Darah Tinggi
- Serangan Jantung
- Angin Ahmar
- Koma atau tidak sedar diri
- Penyakit Saraf
Bagaimana Untuk Mengawal?
- Kawal tahap glukosa di dalam darah dan patuhilah panduan yang diberikan. Ini akan membolehkan anda aktif semula.
- Amalkan pemakan seimbang dan berjadual
- Jauhi makanan yang mengandungi kadar kalori, gula dan lemak yang tinggi.
- Bersenamlah selalu.
- Buatlah senaman regangan untuk memperbaiki edaran darah
- Kekalkan berat badan yang sesuai bagu mengurangkan lemak dan kolestrol di dalam darah.
- Periksa kaki, badan anda jika ada luka, berkudia, melecet dan bertukar warna. Dapatkan rawatan segera.
- Sapukan pelembab untuk menjaga kulit anda.
- Selalulah berjumpa doktor dan makanlah ubat sebagaimana disyorkan.
Korang ada tak sejarah keluarga menghidap diabetes macam Sha? Kalau ada jom sama-sama kita mengawal pemakanan dan amalkan pemakanan yang sihat. Orang kata Mencegah lebih baik daripada merawat. Kalau terlibat dengan program-program luar kebiasaanya Pejabat Kesihatan Daerah akan dijemput untuk membuat pemeriksaan kesihatan terutamanya pemeriksaan kandungan gula dalam darah jadi jangan lepaskan peluang atau boleh beli sendiri alat ujian untuk kegunaan sendiri.
7 Comments
Rasanya tanda2 tu ada pada abam kie. Takutnya......
ReplyDeleteSetakat ni rasanya dalam keluarga ciktie tiada lagi.. tapi sepupu gan bapa saudara ada yang dah kena
ReplyDeleteterima kasih cik mar kongsi ya
ReplyDeleteTQ NICE SHARE
ReplyDeleteperkongsian yg baik... sebgai panduan
ReplyDeletePenyakit yang amat menakutkan... Moga dijauhkan...
ReplyDeletealamak takutt..kita ada sejarah keluarga..tp nk thn makan tu mslh skett..haha
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi