SEMINAR KETERAMPILAN DIRI | 7 November 2017 (Selasa) yang lepas Sha berpeluang menyertai Seminar Keterampilan Diri " Akak Cantik Bertumit Tinggi" bersama Hafiz Mustapha (CuteCarry) anjuran Puspanita Negeri Perak yang telah diberlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Seminar ini telah dibahagikan kepada 3 modul iaitu "Apppearance", "Behavior / Etiquette" dan "Communication/Development". En.Hafiz telah menjalankan perkhidmatan sebagai Perunding Imej secara serius sejak 5 tahun lepas yang mana sebelum ini beliau merupakan seorang Pegawai Tadbir & Diplomatik di sebuah kementerian.
Seminar kali ini adalah seminar paling happening yang Sha pernah hadiri, penceramahnya memang berkomunikasi terus dengan peserta dengan keadaan santai dan sarat dengan tips sehingga terasa sayang jika tertinggal setiap bait kata beliau. Banyak yang Sha dapat belajar dan tahu sepanjang seminar ini berlangsung maklumlah Sha memang seorang yang sangat ringkas jarang sekali mengenakan solekan ketika bekerja mungkin keadaan bekerja yang santai menyebabkan Sha selesa dengan keadaan ini kecuali jika perlu keluar pejabat dan menyertai mana-mana mesyuarat barulah nak kenakan sedikit warna pada muka ini.
Paling menarik adalah tips mengenai pemilihan pemakaian mungkin sebelum ini kita sebagai wanita kita memang ambil berat tentang warna sesuai atau tidak, potongan sesuai atau tidak tapi kali ini tipsnya lebih terperinci yang boleh melahirkan perkataan "ooooo..macam tuu rupanya".
Antara point yang En.Hafiz tekanan di dalam seminar 1 hari itu adalah seperti :
1. Cara berkomunikasi
2. Penjagaan rambut
5. Jauh diri dari perkara negatif, cuba menjadi seorang positif
6. Tips cara berpakaian.
7. Sedikit protokol
8. tips memilih kasut dan beg tangan.
Slogan yang sentiasa digunakan oleh En.Hafiz dalam hidup adalah " Sentiasa Berubah " . Perubahan yang dimaksudkan sudah tentu berubah ke arah yang lebih baik, lebih cantik dan lebih elok. Pada yang sedang mencari Perunding Imej, penceramah En.Hafiz Bin Mutapha atau Cutecarry ini memang sangat dicadangkan kerana seminar bersama beliau tidak akan bosan dan kering gusi.
Kalau nak kenal siapa cutecarry ni korang boleh terjah,, En.Hafiz banyak kongsi kat blog beliau tauu
Instagram CuteCarry
Facebook CuteCarry
"SENTIASA BERUBAH"
23 Comments
bertuah dapat pergi seminar ni
ReplyDeleteaah...jarangci kma nk join nii
Deletebgosnye ade seminar camni..
ReplyDeletehappening! dan sgt memberi ilmu
Deletewah best nya dapat pergi seminar ni,
ReplyDeleterebut peluang akhir tahun,.huhu
Deletebagus ada tips camni dalam seminar..boleh tampil dengan lebih yakin.
ReplyDeletekena ubah dh la pas ni..xleh malas2
Deletetq Anum
ReplyDeleteMemang bagus ada seminar macam ni kan hehe
ReplyDeleteBest pergi seminar boleh recharge kan..kan
ReplyDeleteBagus datang seminar mcm nih
ReplyDeletePernah join kursus encik Hafiz ni dulu. Best sangat. Banyak tips dia share
ReplyDeletebest kan cara dia..
DeleteWow bagus ni kalau nak grooming. Bagi diri lagi confident.
ReplyDeletewww.liahasty.com
Wow bagus ni kalau nak grooming. Bagi diri lagi confident.
ReplyDeletewww.liahasty.com
Best..suka seminar2 yang tajuk pasal ketrampilan ni..
ReplyDeleteBagusnya dapat pergi seminar ni. Bagi yang ada low self esteem tu, elok mai seminar ni.
ReplyDeletewow... menariknya... pasni harus berketrampilan n confident kan
ReplyDeleteDekat opis nieyl pun selalu juga buat kursus n bengkel tentang ketrampilan ni...
ReplyDeleteSeminar2 ni boleh naikkan semangat.. memotivasikan diri..elok join
ReplyDeleteTeringin nak join seminar macam ni. Since sakit ni dah takde mood nak merias ke apa. At least seminar macam ni boleh naikkan balik confident level kita kan ^_^
ReplyDeletebagus eminar mcm ni. bab penjagaan bau badan tu mmg sngt2 stuju. laki dan perempuan sama sja kan kak..
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi