HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Wednesday, November 08, 2017

# tips penjagaan diri

JANGAN BIARKAN BADAN BERBAU TAK BEST


PENYEBAB BAU BADAN | Jaga-jaga dengan badan kita! Nak tahu bau ke tak nak tanya siapa erk? ahahaha...Semalam 7 November 2017 [Selasa] Sha berpeluang menyertai Seminar Keterampilan Penjawat Awam yang dianjurkan oleh Puspanita Negeri Perak yang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan Ipoh. Seminar tersebut telah disertai oleh 600 peserta yang datangnya dari seluruh negeri Perak dan dari pelbagai jabatan kerajaan. Penceramah yang dijemput adalah seorang Perunding Imej iaitu En. Hafiz Bin Mustafa daripada Cute Carry. Seminar disifatkan adalah amat meriah dengan gelagat penceramah dan gelagat peserta. Seminar ini amat santai dan sangat merugikan jika terlepas walau seminit kerana ianya penuh dengan tips dan panduan daripada En.Hafiz yang juga merupakan seorang Pegawai Tadbir & Diplomatik sebelum berhenti dan menjadi Perunding Imej seperti sekarang.


Inilah En.Hafiz Bin Mustafa yang sangat sempoi , mulut boleh tahan dan gelaknya boleh tahan kepohnya. Bukan senang nak bergambar ni kena beratur jugaklah..ahahaha... En.Hafiz ni korang boleh hubungi dan follow instagram dan facebook beliau, siap ada jual minyak wangi dan buku tips sendiri. memang tak rugi jemput beliau sebagai penceramah sangat happening..

Ehh..banyak pulak cerita Sha ni yeaa...tajuk sebut pasal penyebab bau badan kan..huhuhu...okeh-okeh ni Sha panjangkan perkongsian En.Hafiz semalam. Apa yang boleh buat untuk mengelakkan badan berbau?

1. Pemakanan - Elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan bau badan seperti bawang secara berlebihan.

2. Pastikan kita mandi dengan sempurna jangan mandi secara cincai sahaja orang kata jangan mandi kerbau.huhuhu...segala celah-celah perlu dicuci.

3. Mandi jangan lupa matikan bakteria yang ada pada badan. Untuk matikan bakteria kita boleh pilih mandian daripada ekstrak limau atau sekali seminggu kita boleh buat satu baldi air limau purut ke limau nipis ke buat bersihkan satu badan. InsyaAllah amalkan seminggu sekali bau badan akan menghilang.

4. Jangan lupa pakai deodorant.

Tips Pilih Deodorant : 
Jika ketiak jenis basah sesuai deodorant jenis spray.
Jika ketiak jenis kering sesuai deodorant jenis roll on.

5. Jangan pakai bedak talkum pada ketiak, akan menyebabkan ketiak lebih berbau.

6. Jangan pakai deodorant ketika ketiak basah.

7. Pasal ketiak lagi, kalau ketiak berbau jangan letak atau tambah deodorant tapi sila ambil tisu atau tuala lap ketiak kita tu, kalau tambah lagi mungkin bau akan menjadi lebih teruk.

Banyak pasal celah ketiak kan? biasanya masalah di situlah kan. Jadi perlu pilih deodorant yang sesuai dengan diri masing-masing. Jika perut ke depan pastikan bawah perut tidak dilupakan untuk dibersihkan biasanya bahagian celah badan yang keluarkan bau.

Walaupun nampak ringkas tips ini tetapi ada sesetengah tidak menyedari yelah kita dah serasi dengan diri kita tapi orang sekeliling belum tak tahu lagi kan. Sha sendiri pun baru terfikir cukup menyeluruh ke aku mandi selama ini. Sama-samalah kita muhasabah kan. Nak tahu tips beli minyak wangi? Jom baca sini ---> Tips Beli Minyak Wangi Perfume

7 comments:

Terima Kasih Daun Keladi