Hot Posts

6/recent/ticker-posts

AMALAN MENGUBAT PENYAKIT (1)

AMALAN MENGUBAT PENYAKIT | Assalamualaikum semua..sedang buat apa tu? Korang sihat ke? seminggu dua ni ramai yang mengalami batuk-batuk kan..termasuklah Sha dan Abang Zaryth. Tapi Abang Zaryth lebih teruk batuknya berbanding ibu, 2 hari juga tak ke sekolah waktu malam pun tak berapa lena tidurnya. Dalam kehidupan kita apabila mendapat ujian sakit ini kebiasaanya kita akan mendapatkan rawatan doktor tapi dalam pada itu kita juga sedar hakikatnya semuanya  adalah pertolongan dan perlindungan Allah SWT. Islam tidak melarang manusia berikhtiar dengan berjumpa doktor atau cara lain asalkan tidak berunsurkan mensyirikkan Allah seperti penggunaan jin, sihir jampi dan sebagainya. Hari ini Sha ingin berkongsi 4 penyakit bersama doa dan amalan untuk mengatasi penyakit yang biasa dalam kehidupan kita.

1. DEMAM PANAS

i→ Pertamanya, dibacakan surah Al-Fatihah ( 1x )
ii→ Keduanya, dibaca selawat "Tib" atau selawat penyembuh/syifa ( 1x )
iii→ Ketiga dibaca Doa

 

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 
Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah
daripada kejahatan peluh yang mendidih dan kejahatan kepanasan neraka"

CARA : Dihembuskan atas segels air dan diberi minum kepada pesakit. Pesakit juga boleh dilapkan dengan sebahagian air ini.

2. DEMAM CAMPAK

Untuk menurunkan panas badan dan mengeluarkan segala campak di badan sila cuba amalan berikut

i→ Baca surah al-Fatihah ( 1x )
ii→ Selawat Tib / Syifa ( 1x )
iii→ Baca surah al- Hasyr ayat 21 hingga 24 :


CARA : Tiupkan di atas air sejuk atau air kelapa muda lalu diberi minum kepada pesakit.

Peringatan : Jika campak tidak juga keluar habis dengan kaedah ini, ulang ikhtiar ini tetapi dengan susunan bacaan i, iii, ii

3. SAKIT KEPALA

Amalkan doa ini :
 
"Dengan nama Allah sebaik-baik nama. Dengan nama Allah Tuhan
bumi dan langit. Dengan nama Allah yang namaNya membawa berkat
 dan menjadi penawar. Dengan nama Allah yang tidak akan memudaratkan
bersama namaNya sesuatu yang dibuni dan dilangit dan 
Dia Maha Mendengar lagi Mengetahui."

4. LUKA

Untuk menghentikan darah yang mengalir disebabkan luka, bacakan ayat ini sambil menekan tempat yang luka.

 
"Dan matahari itu berlari ia kepada tempat pertambatan baginya demikian itu takdir Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui. (Surah Yasin : 38)


Hari ini kita kongsi 4 jenis penyakit dahulu yeaaa..nanti kita sambung. Semoga ianya memberi manfaat kepada rakan-rakan pembaca dan sentiasa kita berada dalam perlindunganNya. Doktor bagi ubat pun jangan tak makan pulak.

Walau sesibuk mana pun kita jangan lupakan ayat-ayat al-quran ----> berkat bacaan yassin <---- aktiviti ini juga dapat membantu kita kembali mengingati Maha Pencipta
Untuk Bisul, Sukar Tidur Malam, Kena Sengat & Sakit Mata boleh klik sini
Banyak gunanya buku Indahnya Hidup Bersyariat ini.

Post a Comment

3 Comments

  1. byk ubat drp ayat al quran kan... back to real sourse

    ReplyDelete
  2. Btol tu..anak klu meragam mesti sapu dlu minyak anugerah.. cepat lena tdo. kuasa Allah..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi