TEKNIK KUSYUK DALAM SOLAT | Semenjak dua menjak ini Sha tak ada idea sangat nak kongsi apa sebenarnya tapi tak ingin ketinggalan dan tak ingin perkongsian terputus jadi Sha mengambil keputusan berkongsi apa yang yang dapat daripada buku Indahnya Hidup Bersyariat yang Sha anggap sangat berguna sebagai panduan daripada kelahiran sesorang itu hingga kematiannya. Alhamdulillah semoga insan yang menghadiahkan Sha bulu ini beroleh keberkatan dan kita saling memanjangkan ilmu yang disampaikan oleh Dato' Ismail Kamus bersama Mohd Azrul Azlen Ab.hamid ini. Untuk hari ini Sha pilih untuk berkongsi Teknik Kusyuk Dalam Solat.

BIL
|
TEKNIK
|
1
|
Melaksanakan
solat secara berjemaah (paling afdal di masjid)
|
2
|
Menjaga makanan dan
minuman agar terjamin halalnya.
|
3
|
Membanyakkan
sedekah kepada fakir miskin.
|
4
|
Jangan solat dengan
menangguh untuk membuang air kecil atau air besar dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbuk kebimbangan di dalam
solat.
|
5
|
Mengambil
wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta
mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.
|
6
|
Memakai pakaian yang
bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar.
|
7
|
Tempat
sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran dan
membimbangkan hati.
|
8
|
Mengingati mati dan
kemungkinan itu merupakan solat terakhir sekali dalam hidup.
|
9
|
Menyedari
bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha mengetahui
segala rahsia hambaNya.
|
10
|
Memenuhkan dada dengan
perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri
kita
|
11
|
Memahami
segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
|
12
|
Sebelum mengangkat
takbir,membaca surah al-Nas,selawat atas Nabi SAW istigfar dan apa-apa bacaan
untuk menjauhkan gangguan syaitan.
|
13
|
Memandangkan
ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling
semasa dalam bersolat.
|
14
|
Memusatkan seluruh
ingatan kepada solat
|
15
|
Memanjangkan
sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud
|
16
|
Memastikan tidak ada
gangguan dalam kawasan kita bersolat
|
17
|
Jangan
memandang ke kiri dan ke kanan.
|
Marilah sama-sama kita membaiki ibadah kita semoga ianya lebih berkualiti dan diterima oleh Allah SWT.
Siapa belum baca ---->> Sifat-sifat Mazmumah atau Sifat Yang Dicela <---- korang jemput baca yeaa..semoga kita dapat muhasabah diri kerana sifat-sifat memang ada dalam diri setiap manusia.
8 Comments
bagus perkongsian sha!
ReplyDeletesinggah hari selasa
ReplyDeletebz day this week
InsyaaAllah... terima kasih sis, nice sharing
ReplyDeletethnks.. bgus ni. kadang2 kita juga alpa.. sering memikirkn duniawi..jadinya kurang kusyuk dalam solat
ReplyDeletePerkongsian yg bagus. 😚😘
ReplyDeletePerkongsian ilmu yang berguna...
ReplyDeletekhusyuk ni bukan senang. semoga kita berjaya mendapatkannya
ReplyDeletesharing yang bagus
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi