HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Thursday, September 28, 2017

# ILMU

AMALAN MENGUBAT PENYAKIT (2)

AMALAN MENGUBAT PENYAKIT | Asslamualaikum..Hari ini Sha nak sambung tentang amalan yang boleh kita amalkan untuk mengubat penyakit yang biasa terjadi disekeliling kita.

5. BISUL

Siapa pernah naik bisul? Korang buat macam mana ya? Untuk mengecutkan bisul, pegang tempat yang berkenaan dan bacakan :

 
"Tuhanku, wahai Tuhan yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil,kecilkan apa yang tumbuh (bisul) pada badanku ini." 

6. SAKIT MATA

i) Surah al-Fatihah ( 1x )
ii) Selawat Tib/Syifa ( 1x )
iii) Bacakan doa berikut :

 
" Wahai Tuhanku, Tuhan segala manusia yang menghilangkan penyakit, sembuhkanlah, engkaulah Maha Penyembuh. Tiada apa yang meneyembuhkan selain Engkau, kesembuhan yang tidak menginggalkan penyakit lagi."

 "Sesungguhnya kamu dahulu lalai tentang (peristiwa) ini makan kam bukakan tabir yang menutupi engkau, sebab itu pemandangan engkau di hari ini amat tajam."
(Surah Qaf ayat 22)

CARA : Tiupkan ke atas bekas air dan ke mata yang sakit khususnya pada waktu pagi. Air boleh diminum dan disapu pada mata yang sakit.

7. SENGATAN LIPAN ATAU GIGITAN SERANGGA LAIN

Dibacakan :
i) Surah al-Kafirun ( 1x )
ii) Surah al-Falaq ( 1x )
iii) Surah al-Nas ( 1x )

CARA : Tiupkan pada bekas air yang berisi sedikit garam, dan jirus  di tempat yang kena gigitan tadi.

8. SUKAR TIDUR MALAM

Kadang-kadang Sha pun susah tidur tapi tak adalah selalu kan. Boleh lah amalkan wirid ini :

 
"Ya Allah, telah terbenamlah segala binatang, telah terlelaplah segala mata, sementara engkau tetap hidup dan tegak perkasa, tidak pernah dibuai lena apalagi tertidur. Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Maha Gagah Perkasa, tenteramkanlah aku di kala mengharungi malam ini dan lelapkankanlah mataku."

Sesungguhnya memang banyak rahsia disebalik ayat-ayat Al-Quran. Selain perubatan moden ayat-ayat ini juga dapat membantu sesorang meringankan kesakitan. Nak tahu ayat untuk --> Demam Panas, Demam Campak , Sakit Kepala & Luka <-- boleh amalkan ayat-ayat dalam tu.

8 comments:

  1. Sy kena insomnia. Bila terjaga susah nak tdo balik. Bagaimana ubatnya tu? 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. abe kie tny macam cikma doktor...tu susah tidur la tuh kan,,ahahha

      Delete
  2. thanks Shalimar, perkongsian yang baik.
    cuma perlu hafal dan ingat ...
    sengatan lipan atau serangga tu, nak try ingat sebaik2nya,
    kita duduk kat kampung ni, masuk keluar kebun, risau kalau digigit lipan ...

    ReplyDelete
  3. Setiap sakit ada pengubatnya dgn ayat2 Allah Quran tertentu, t.kasih...

    ReplyDelete
  4. tq sha kongsi nanti boleh amal time tido male tu

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi