Hot Posts

6/recent/ticker-posts

BINA HUBUNGAN MESRA DENGAN ANAK

BINA HUBUNGAN MESRA DENGAN ANAK | Terlalu kurang ilmu keibubapaan dalam diri ini. InsyaAllah dengan membaca semoga diri ini sentiasa beringat untuk mebaiki diri dari masa semasa. Harapan dengan bacaan ini dapatlah kita mempraktiskan diluar. Mungkin tanpa sedar kita mengabaikan anak-anak dalam kehidupan seharian terutama bagi ibu bapa yang bekerja yang pulang ke rumah tetapi masih terlalu melayan orang luar berbanding melayan anak-anak dirumah.


Bagaimana membina hubungan yang mesra dan menyokong dengan anak-anak? Kita boleh mengamalkan perkara-perkara berikut ;

  • Menemani anak bersembang atau berborak mengenai minat yang sama. Luangkan masa mempelajari minat atau hobi anak-anak untuk membina ikatan dengan mereka.
[ Ermm..Sha jarang menyembang dengan anak, tapi sebenarnya seronok bersembang dengan mereka ni nak dengan tak nak layan jeeee....]

  • Libatkan diri bersama anak dalam aktiviti-aktiviti riadah seperti bermain, sukan atau kegiatan hidup sihat.
[ Tempat paling Sha seronok dengan anak-anak adalah padang, jangan lupa bawak bola atau apa alat yang boleh dilayan bersama anak-anak ]

  • Kawal emosi dan kemarahan anda apabila berkomunikasi atau berinteraksi dengan anak-anak. Amalkan komunikasi secara tennag, jangan defensif, beri pujian dan tindakbalas positif.
[ Sha kena kontrol marah dan emosi tak menentu ni lebih lagi..😓]

  • Hadapi cabaran atau masalah bersama. Contohnya, jika anak anda menghadapi masalah dengan rakan sebaya dan merasa bersalah, bincang dengan mereka secara terbuka, fahami perasaan mereka dan cari jalan penyelesaian bersama.

  • Berusaha untuk berkomunikasi secara jujur dan jelas kepada anak-anak.

  • Beri galakan dan semangat kepada penglibatan anak-anak dalam aktiviti-aktiviti penting mereka. Pastikan anda hadir sekurang-kurangnya sebahagian daripada aktiviti mereka bagi menunjukkan mereka penting kepada anda. Jika tidak dapat turut hadir, jangan lupa bertanya mereka apa yang berlaku sepanjang hari mereka.

  • Beri sedikit ruang kebebasan bersesuaian dan perlu kepada anak anda. Jangan terlalu mengongkong kehidupan anak. Bincang secara terbuka apa keinginan mereka, apa yang anda harapkan daripada mereka.

Tetapi ingat..hubungan yang mesra dan menyokong tidak bermakna anda perlu terlalu lembut atau toleransi. Ini kerana ibubapa yang terlalu lembut boleh meletakkan anak-anak mereka dalam risiko tinggi tidak dapat dikawal.


“ Strategi keibubapaan yang berkesan ialah menjadi ibubapa yang mesra dan menyokong, tetapi dalam masa sama menetapkan had dan sempadan supaya anak-anak belajar bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya ”


Sekian perkongsian pada petang ini.
Semoga Sha tak lupa tentang ini...love my anak-anak.

Sumber : Buku Pendidikan Pencegahan Dadah, AADK Malaysia

Post a Comment

6 Comments

  1. Saya selalu sembang dengan yaya..harap sampai besar la melayan...haha

    ReplyDelete
  2. memang kena layan anak bersembang...cik puteri dari celik mata sampai tidur memang suka bersembang...cuma kativiti luar seperti bersukan agak kurang sekarang ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...sha ni jenis memg xsuka bckap sgt..bila ngn ank pun cm tu..ni kena ajar diri laa nyembang,,ank pun suka bcakap.,..

      Delete
  3. How true.. especially kalau si ibu bapa bekerja xde masa.sgt.nk spend utk anak. So.bila.balik Tu layan lah dia

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Emosi memang kena jaga. Memula tu susah jugak la. Tapi sekarang dah macam kawan-kawan pulak.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi