
DEFINISI WANG TIDAK DITUNTUT
1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya
tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
Contoh dibawah
kategori ini ialah:
- gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
- dividen;
- keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
- tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
- draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
- simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
- cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
- Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah
tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh
masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.
Contoh dibawah
kategori ini ialah:
- akaun simpanan;
- akaun semasa;
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
3. Wang dalam kredit
sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga
dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
- akaun pemiutang dagangan
- akaun penghutang dagangan berbaki kredit
Macam mana? Adakah anda mempunyai harapan untuk menuntut wang yang tidak
dituntut ini? Sha rasa Sha ada laaa dalam RM 15.00
sahaja....ahahahahaa...ehhhh..kena semak juga walaupun sikit, tapi tak
ada lah dalam masa terdekat ni. Biar keadaan reda dulu. Jika anda ingin
ke kaunter JANM anda boleh semak alamat disini CAWANGAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
Walaubagaimanapun pihak JANM sedang membangunkan Portal Semakan dan permohonan dalam talian khusus bagi urusan Wang Tidak Dituntut ini. Jadi, kita tunggu jela portal tu siap tahun depan.
TERIMA KASIH
20 Comments
tunggu portal siap daripada nak pergi sendiri beratur..buat penat je..kadang kesian kat warga emas gigih gak nak p check..kalau da duit kite tak lari ke mana pun kan..
ReplyDeleteTol tuu...ade yg senang kita tggu je dulu..
DeleteTeringin juga nak cek. Wakakaka. Ada apa lah...dh la suri rumah je
ReplyDeleteMana tau akaun zaman2 tok kadok dulu,,huhuhu,,,
DeleteNk pi check entah bila...tunggu keadaan reda dulu kot
ReplyDeleteRamai betul skg kak SA...kt ipoh ni dia had 500 no je xsilap
DeleteRasa macam ada je. akaun zaman belajar yg x pernah di ttup..main biarkan mati macam tu je. Kad n buku pun ntah kemana hala dah haha
ReplyDeletehaaa..mesti ade tuu...
DeleteBaru tau. Hehehe... Kita tunggu portal keluar lah.. Tak payah nak beratur panjang. Tak pasti ada ke tak ye... Huhuhhhu
ReplyDeletetu lahh...tggu portal je ni..
DeleteTunggu boleh check online je la..rasa-rasa macam ada je wang tak dituntut ni
ReplyDeletekalau ade rezeki la kan..
Deleteberduyun manusia pergi claim balik. mostly gang makmak dan pakpak. Tambah orang kampung, Allah bukan main ramai. kesian pulak tengok ha
ReplyDeleteni tggu portal jela..leh check utk org tua sekali..
Deletesaya rasa saya tak de apa yang nak dituntut haha
ReplyDeleteahahaha...yeke..
Deletesjk viral yg org tu dpt wang tak dituntut dlm 6 k ke 4k tu kan, trs kene serbu....
ReplyDeleteakak ni mls nk beratur panjang2 sbb entah ada entah tak duit yg tak dituntut, tkt bt penat je sekali 1 sen pun tarak hehehhe
ahahha...sama la kak..kang penat saje..
Deletewow..domain sendiri dah..tahniah..:)
ReplyDeleteupgrade pelan2 cik nor..
DeleteTerima Kasih Daun Keladi