NIKMAT BERSAHUR & BERBUKA DENGAN ANAK KECIL | Nikmat ke?hihiihi..Sesungguhnya setiap apa yang berlaku adalah ketentuan Allah S.W.T yang baik. Setiap kejadian ada hikmah disebaliknya. Mempunyai 2 orang zuriat yang masih kecil iaitu seorang putera berumur 3 tahun 8 bulan dan seorang puteri berumur 9 bulan. Memang mencabar sikit ada baby ni,kena dia pun bangun jugak waktu bersahur, mood tak elok makan sebelah tangan pegang dia sebelah tangan la jawabnya. Pengalaman ini hanya dirasai ketika mereka kecil sahaja, bila waktu tidur mereka sudah tetap semuanya hanya tinggal kenangan.
Antara nikmat yang anda sedar atau tidak semasa bersahur & berbuka dengan anak kecil :
Kemeriahan Sewaktu Bersahur & Berbuka.
Anak yang boleh makan sendiri macam Abang Zaryth memang kena sedia makanan dia sekali [ macam biasa ] Yang baby pulak kalau terkena dia tak ada mood, sedia juadah sebelah tangan jela Si ibu memandangkan Adik Fathia ni memang suka berkepit dengan ibu bebanding ayah. Abang Zaryth laa yang selalu mengingatkan supaya baca doa dahulu sebelum makan, air kosong wajib sediakan untuk dia sebelum makan. Kadang dia makan menambah lebih daripada orang berpuasa. Baru 2 orang dah riuh ibu nii...
Jam Loceng Semulajadi
Setakat ini belum terbabas sahur. Al-maklumlah pukul 3 atau 4 pagi Adik Fathia dah bangun minta susu. Automatik tengok jam berapa, lepas tu memang tak berapa nak lelap dah. Lepas selesai Adik Fathia menyusu biasanya Sha bangun terus ke dapur atau menyelesaikan apa yang patut. Tapi setakat ni tak ada la balun tidur dekat pejabat. hihihihi..
Murah Rezeki
Jangan risau!! Setiap anak ada rezeki masing-masing.
Jadi Seorang Yang Lebih Sabar
Bukan sesuatu yang mudah nak melayan kerenah anak-anak kecil sewaktu berbuka dan bersahur. Abang Zaryth dah besar ok la sikit, Adik Fathia memang suka orang pegang dia. Nah suap dia nasi penyet2 sikit diam la kejap. Kalau dia duduk diam syukur sangat kalau nak makan dia nak manjat-manjat ibu,memang istigfar la ibu.
Menguatkan ikatan suami-isteri.
Situasi bersahur & berbuka ini 1 bulan sahaja dalam setahun. Jika bulan lain anda dan pasangan relaks,bulan ini terikat dengan waktu imsak dan waktu berbuka. Jadi kerjasama dan tolong-menolong perlu ada dalam hubungan suami isteri. Contohnya : Bulan puasa ni laa paling kerap dapat merasa air tangan suami, yes!! Dia masak kita jaga anak-anak.
HARGAILAH SAAT-SAAT INDAH SEMASA MEREKA MASIH KECIL INI. SESUNGGUHNYA KEHADIRAN MEREKA ADALAH PEMBAWA REZEKI DALAM RUMAH TANGGA. BERSYUKURLAH KERANA RAMAI LAGI YANG BELUM TIBA REZEKI MEMILIKI ZURIAT SENDIRI.
4 Comments
Ya betul tu, kena byk bertabah ye sya, akk dah lalui semua tu
ReplyDeleteTabah sambil tarik nafas pnjg...hihihi
DeleteBertuahnya dapat suami yang pandai dan rajin memasak.. semoga terus berbahagia dengan sikecik berdua tu ya.
ReplyDeleteGoogle try n error je suami sha tu.. Hihi.. Alhamdulillah.. InsyaAllah..
DeleteTerima Kasih Daun Keladi