Hot Posts

6/recent/ticker-posts

AJAR BAYI BERCAKAP BETUL


Budak kat atas ni belum boleh bercakap betul....kalau bercakap dalam bahasa dia mang boleh dikira banyak mulut..huhuuh..yang jelas hanya "Tak nak" dan "Ayah"....tapi bila dia bercerita,,ibu layan jew...macam ibu ni paham sangat kan bahasa baby2 nehh...

Siapa yang tidak suka bercakap dengan bayi kecil. Walaupun dia belum faham apa yang kita cakapkan tetapi reaksinya sangat menggeramkan sesiapa sahaja. Tambah seronok apabila bayi yang diajak bercakap itu sudah boleh bercakap dalam bahasanya sendiri.
Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa mengajak bayi bercakap dalam bahasa betul adalah cara yang paling tepat untuk membantu perkembangan pertuturannya? Satu kajian yang dilakukan oleh professor psikologi dari Stanford University menunjukkan bahawa otak bayi boleh bertindak balas dengan bahasa yang kompleks dengan susunan tatabahasa yang baik.

Secara realitinya, anak kecil meningkatkan pembelajaran bahasanya dan meningkatkan kemampuan kognitif kecerdasannya daripada hubungan sesama manusia secara langsung. Untuk memastikan anak boleh menyerap dan belajar bahasa dengan baik, sebaiknya ibu bapa selalu menggunakan hubungan mata secara langsung dan menggunakan kosa kata sederhana untuk bercakap.  Sebenarnya bayi sudah terlebih dahulu boleh belajar bahasa sebelum dia boleh bercakap. Bayi sudah serap apa yang dia dengar berpandu apa yang orang sekeliling terutama ibu-bapa mereka katakan.
Oleh itu, ketika berbual dengan bayi, pastikan anda tidak bercakap bahasa bayi. Bercakaplah dengan jelas kerana bayi sudah belajar berkomunikasi sebaik dia dilahirkan. Bayi belajar mendengar suara daripada orang-orang di sekitarnya dan belajar bahawa suara yang dia dengar itu mempunyai kekuatan untuk memenuhi keperluan mereka dan boleh menarik perhatiannya.
Semakin kerap kita bercakap dengan kosa kata yang jelas dengan bayi, maka semakin kaya kosa kata yang akan dimiliki olehnya nanti. Bila tiba saatnya, anda akan kagum kerana bayi kecil anda boleh bercakap dengan jelas tanpa perlu bercakap pelat.
Moga Zaryth boleh bercakap cepat yea sayang....kalau tengok gaya macam boleh buat sembang anak ibu nehh...ahahha....hari-hari balik bercerita...

Post a Comment

6 Comments

  1. sebolehnya jangan diajar cakap pelat sebab nanti memang akan jadi pelat...

    ReplyDelete
  2. guna bahasa biasa je....tak payah la nak sebut bucuk la...cayang la...hehehe..nanti terikut2 dia..moga zaryth cepat bercakap...nanti leh layan ibu tu bersembang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaahah..K.Noe...jenuh le nnti melayan.....tp seronok bila dia bercerita...

      Delete
  3. anak saya pelat2 bayi lagi..ada yang dia cakap betul, jelas dan terang..kadang2 laju macam keretapi..kadang2 terbelit lidah dia nak menyebut..kadang2 tu..dia diam terus sebab cuba nak hadam apa y kita sampaikan..
    seronokkan melihat perkembangan anak2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah......intonasi dan mimik muka yg bersungguh2 duk bcerita walaupun bhsa baby tuu....buat kita seronok melayan.....hiihh

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi