RABU -28 MEI 2014 ( 28 REJAB 1435 )
KEMANGKATAN DYMM SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN SHAH
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah
Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah telah
mangkat pada hari ini. Baginda telah kembali ke rahmatullah kira-kira pukul
1.30 petang, pada usia 86 tahun. Almarhum yang juga Sultan Perak Darul
Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan
mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry
Abd. Kadir pada pukul 3.45 petang tadi dalam satu pengumuman khas
melalui siaran televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan juga melalui Radio Negeri Perak.
Menurut Menteri Besar, jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong seri, Istana
Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja
Al-Ghufran selepas solat Asar, esok. Seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri
Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia
dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini.
AL-FATIHAH.
3 Comments
alfatihah...
ReplyDeleteAl Fatihah..
ReplyDeleteSalam kenal dari ROs :)
Al-Fatihah...semoga rohnya akan dicucuri rahmat...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Terima Kasih Daun Keladi