Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Anak-anak Seronok Mandi Di Kolam Renang Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh, Perak

Anak-anak Seronok Mandi Di Kolam Renang Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh, Perak | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Minggu lepas adalah pertama kali Sha dan suami bawa anak-anak mandi manda di kolam renang Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh, Perak. Pusat Akuatik Tuanku Zara telah dibina menggantikan Kompleks Kolam Renang yang telah siap diserahkan kepada Majlis Bandaraya Ipoh pada 16 mac 2018. Pusat Akuatik ini mempunyai sebuah kolam bertaraf antarabangsa, sebuah kolam terjun dan sebuah kolam memanaskan badan untuk atlet-atlet. Bagi kegunaan orang awam disediakan sebuah kolam renang untuk dewasa dan 2 kolam untuk kanak-kanak dengan kadar tiket yang berpatutan. Untuk pengetahuan korang waktu operasi Pusat Akuatik ini adalah terbahagi kepada 3 iaitu sesi pagi, tengahari dan petang. Sha dan keluarga telah memilih untuk sesi tengahari.

Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh , Perak


Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh daripada bahagian luar. Bagi Sha sangat cantik dan berbeza dari sebelumnya, warnanya mengikut warna bendera negeri perak iaitu hitam, kuning dan putih. Bagus juga bila menjadi tuan rumah sukan ni kan, Pusat Akuatik dan lain-lain tempat sukan di Perak telah dinaiktaraf sebelum Sukan SUKMA 2019 yang mana negeri Perak telah menjadi tuan rumah.

Harga masuk kolam renang Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh


 

Seperti gambarajah di atas menunjukkan harga masuk Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh dan 3 jadual waktu operasi kolam renang ipoh ini dibuka. Kaunter tiket adalah mengikut waktu yang ditetapkan iaitu pada pukul 8.00 pagi, 1.00 tengahari dan pada pukul 5.00 petang.

  
Ini slip atau resit bayaran tiket masuk kolam renang dan seorang petugas akan bertugas dipintu masuk.

Pusat Renang Ipoh




Sebelum masuk ke Pusat Akuatik Tuanku Zara ini pastikan korang baca terlebih dahulu peraturan kolam telah disediakan diluar bangunan iaitu di tempat parkir kereta.

 

Kolam Renang ini juga dipantau oleh pengawal keselamatan di setiap kolam dewasa dan kolam kanak-kanak. Mereka sangat menitik beratkan peraturan pakaian yang dibenarkan masuk ke dalam kolam.Pakaian yang dibenarkan dan tidak dibenarkan korang boleh tengok pada gambar diatas.


Nampak tak 4 orang budak yang tak sabar nak terjun kolam tu..eheehe... 2 kolam renang yang disediakan untuk kanak-kanak iaitu dengan kedalaman yang berlainan iaitu 0.45 meter dan 0.6 meter setiap satu.

Kolam Renang Kanak-kanak Ipoh

 
Seronok Adik Nur dapat main air mandi kolam yang memang sesuai untuk ketinggian dia siap lompat-lompat. 

Kolam Renang Dewasa Ipoh



Bahagian dewasa dibuka 2 kolam pada hari itu iaitu dengan kedalam 1.2 meter dan 1.5 meter. Jika korang tak bawa baju yang dibenarkan, pihak pusat akuatik menyediakan perkhidmatan sewa baju.


Permandangan keseluruhan kolam sangat selesa untuk aktiviti bersama keluarga di hari minggu di Ipoh.


Kolam renang akan ditutup pada :

i) Setiap hari isnin untuk kerja-kerja penyelenggararan dan pembersihan
ii) Cuti Hari Kelepasan Am
iii) Kojohanan / Pertandingan berlangsung.

Di samping itu juga, pihak MBI memberi kemudahan dan waktu khusus buat warga emas dan wanita sahaja yang ingin keadaan lebih selesa.

Warga Emas : Setiap hari Rabu (minggu pertama setiap bulan)
8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Wanita : Setiap hari Ahad (minggu pertama dan ketiga setiap bulan)
5.00 petang hingga 8.00 malam.

Ini adalah untuk menggalakkan penglibatan kedua-dua kategori pengguna yang mungkin keberatan untuk hadir di waktu umum.

Kolam renang murah di Ipoh Perak

Selain itu Pusat Akuatik ini juga menyediakan beberapa kemudahan asas seperti tandas, bilik persalinan, surau wakaf untuk berehat dan sebagainya yang pada Sha sangat selesa dan cukup. Bila dah cantik ni diharap pengguna dapatlah menggunakan kemudahan yang ada dengan baik supaya ianya terus dapat digunapakai dengan keadaan baik.

Apa lagi? Warga Ipoh kalau tak ada lokasi nak luangkan masa bersama anak-anak  dan ingin buat aktiviti musim cuti sekolah di Ipoh bolehlah ke sini bersama ahli keluarga. 21-28 November 2018 kolam renang ditutup pada umum kerana Sukan PARA SUKMA sedang berlangsung.

#visitperak
#tourismperak2018
#tourismperak2019

Post a Comment

8 Comments

  1. Ok lah tu kalau dibuka untuk orang awam , harga pun murah

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dapat mandi manda tempat baru lagi ni.

    ReplyDelete
  3. Dulu tak secantik ni.... kini dah makin menarik.... best ... mungkin balik Ipoh boleh singgah sini...

    ReplyDelete
  4. Murahnya harga CikMa..seronokla nak kerap masuk harga macam ni..

    ReplyDelete
  5. Okey gak tmpt dia, sha.. Cantik.. Betul.. Tmpt dh elok & cukup dengan kemudahan, harap digunakan dan dijaga sebaiknya oleh org ramai yg buat xtiviti berenang di sini..

    ReplyDelete
  6. Ada tak cikgu yang mengajar berenang tak dekat sini?

    ReplyDelete
  7. Seronok sangat la Kat sini
    Saya rasa macam hari2 je nak
    Pergi ke situ

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi