SHALIMAR YUSOF

Blog ini dibangunkan untuk catatan peribadi dan perkongsian info bersama pembaca semoga mendapat manfaat

Tuesday, March 05, 2019

Pengalaman Mendaki Gunung Semanggol Kerian Perak

Pengalaman Mendaki Gunung Semanggol Kerian Perak | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah hampir setahun tak mendaki bukit akhirnya 3 mac 2019 lepas Sha telah menyertai satu program kerja yang memerlukan Sha menyertai pendakian bersama ahli jawatankuasa dan klien pengawasan juga rakan-rakan sekerja. Memang bagai pucuk dicita ulam mendatang Sha menerima tugasan berkenaan kerana bukan selalu dapat peluang mendaki sebegini. Setakat ini Gunung Semanggol adalah pendakian ke 5 yang Sha pernah naik selepas Lata Berangin Besut, Bukit Keluang Besut, Bukit Puteri Kuala Terengganu dan Bukit Kledang Ipoh. Setiap bukit mempunyai cabaran dan keistimewaan masing-masing dan Gunung Semanggol adalah antara paling mencabar mungkin kerana tahap kecuraman yang boleh dikatakan 75% curam walaupun ketinggiannya hanya 390m (1279 kaki)

 
Masjid An-Nur Semanggol menjadi point sebelum pendakian kerana ianya terletak di kaki gunung semanggol.

Kami memulakan pendakian pada jam 7.50 pagi, agak lambat sedikit selepas berkumpul dan sedikit taklimat daripada jawatankuasa.

Masih dikaki gunung, Sha tunggu rakan sekerja lain sampai.

Ini mungkin suku daripada pendakian kami tapi mata dah pedih disebabkan peluh dah mula menitik dengan laju..ahahaha

Pendakian yang mencabar sudah bermula.

Akhirnya selepas lebih kurang 1 jam 30 minit mendaki kami berjaya sampai juga ke puncak Gunung Semanggol, agak lambat kerana banyak kali juga Sha berhenti rehat maklumlah mudah sangat penat.

Bergambar bersama rakan-rakan lain yang setia menunggu Sha dari mula sampai puncak.

Gabungan 2 daerah iaitu Perak Tengah dan Daerah Kerian, Perak.

 
Pemandangan dari puncak Gunung Semanggol. Boleh nampak Bukit Merah Laketown, Bukit Larut dan sawah padi.


Gambar semasa turun gunung. Akibat kecuraman dan kasut tak berapa sesuai Sha jatuh sekali, pinggang terkena batu tapi nasib baik tak ada apa-apa terjadi dan luka pun tak ada. Alhamdulillah.

Banyak part yang Sha tak snap gambar sebab banyak kali Sha rasa macam putus asa macam nak patah balik sebab tak pernah lalu kecuraman tahap ini. Walaupun nafas dah ok, tapi mental agak celaru macam nak menangis, tapi malu kat kawan-kawan..ahahaha...

Dalam duk celaru Sha gagahkan juga melangkah naik ke atas dengan semangat kawan-kawan bagi. Tak tahu berapa kali diaorang bagi harapan palsu pada Sha katanya dah dekat nak sampai tapi tak sampai-sampai..ahahaha.. akhirnya kami sampai juga untuk bersama kawan-kawan yang lain. Alhamdulillah.

Lagipun malulah dengan orang lain yang ada bawak anak-anak mendaki berjaya juga sampai ke atas. Mungkin pada yang dah biasa hiking tak ada masalah kalau setakat gunung macam ni. Tapi bagi Sha ianya pencapaian peribadi yang membanggakan.

Tips mendaki bukit dan gunung

  • Persediaan mental dan fizikal.
  • Pastikan rehat dan tidur cukup sebelum memulakan pendakian.

  • Pemilihan kasut yang bersesuaian
Dinasihatkan memakai kasut tapak getah atau yang tidak licin kerana kebanyakan laluan adalah curam.

  • Belajar cara pernafasan yang betul.
Sha nasib baik bersama rakan yang biasa hiking jadi dia ajar pernafasan melalui hidung untuk stabilkan degupan jantung yang sememangnya laju.

  • Berjalan/mendaki/turun dengan sedikit mengiring dan rendahkan badan untuk menyeimbangkan badan. Terbukti kerana Sha berjalan secara lurus Sha mengalami ketegangan di bahagian betis.

  • Jika korang naik awal pagi masih gelap boleh sediakan lampu suluh.

  • Jangan lupa bawa plastik untuk pastikan tiada sampah ditinggalkan di puncak nanti.

  • Pakaian yang bersesuaian, paling elok yang boleh menyerap peluh.

  • Stamina.
Dinasihatkan melakukan regangan sebelum memulakan pendakian untuk mengelakkan otot-otot terkejut atau kejang.

  • Ambil makanan tidak terlalu berat sebelum mendaki untuk elak hilang tenaga dengan cepat. Jangan lupa bawa air kosong atau air 100 plus untuk ganti balik garam yang hilang selepas berpeluh.

  • Jaga adab dan percakapan
  • Mulakan pendakian dengan doa dan bismillah semoga pendakian kita selamat naik dan turun elak perkara tidak diingini berlaku.

  • Semangat Setiakawan
Jangan pentingkan diri sendiri. Jangan paksa kawan, nikmati pendakian dan alam dengan tenang. Lagipun kita naik bukit bukan nak berlumba siapa cepat sampai.

  • Kalau nak pemandangan lebih cantik dinasihatkan korang mulakan mendaki lebih awal, nanti sampai puncak boleh tengok awan yang lebih cantik. paling cantik kalau dapat solat subuh di Masjid Annur dan mulakan pendakian selepas itu.

Sekian perkongsian pendakian Gunung Semanggol , Kerian Perak. Saat entry ini siap dicatat urat masih sakit-sakit..ahahaha.

Sedikit video yang Sha sempat rakamkan sepanjang pendakian.

20 comments:

  1. Kalau akak memang dah lama patah balik dah ni...

    ReplyDelete
  2. Dah lama x mendaki gunung. Last naik gunung kinabalu pd thn 1998..

    ReplyDelete
  3. Daki bukit pun dah mengah amat, kalau gunung,haih,,suku jalan je kut mampu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada kawan yang kuat mental baru kita kuat sekali..huhu..

      Delete
  4. subhanallah, cantiknya pemandangan kt puncak tu dik...

    hilang penat lelah tgk pemandangan cantik gitu kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak..tak ingat dah tadi macam namatee manjat..ahahah

      Delete
  5. Lama dah tak mendaki, selalunya mendaki kat bukit kebun mak je. Hee

    Bagus cik mar siap bagi tips.. Berguna tu. Nasib baik takde berlaku kecederaan serius..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. nasb baik tak ada apa2 husniey

      Delete
  6. wah...pengalaman yang cukup menarik dan terbaik..

    sebelum aktviti memdaki perlu bina stamina sekurang-kurang seminggu barulah lebih tahan lasak.

    apa-apapun..inilah aktivti yang menarik sebenarnya sambil menikmati keindahan alam

    ReplyDelete
  7. wahh...tahniah...bagus ni..aktiviti sihat.

    ReplyDelete
  8. Tahniah Sha akhirnya berjaya mendaki. Lawa view dr atas tu. Ana tak pernah hiking memana. Tak fit pun satu hal.

    ReplyDelete
  9. Bestnya.. suka tengok pemandangan alam dan jauh dari kesibukan kota.. ;)

    ReplyDelete
  10. Best gile hiking.. i is jeles tau..

    ReplyDelete
  11. Tahniah Sha.. Bagus betul aktiviti riadah macam nie..
    Tips yang dikongsikan pun bagus..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi