Blog ini dibangunkan untuk catatan peribadi dan perkongsian info bersama pembaca semoga mendapat manfaat

Friday, September 06, 2019

Pantai Bukit Keluang Besut Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut, Terengganu

Pantai Bukit Keluang Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut, Terengganu | Assalamualaikum dalam salam sejahtera semua. Alhamdulillah cuti merdeka baru-baru ini Sha balik kampung di Besut, Terengganu. Kalau korang nak tahu apa yang paling seronok balik kampung adalah dapat menikmati angin pantai  yang menjadi tarikan pelancong ke Negeri Terengganu. Daerah Besut juga tidak ketinggalan memiliki pantai yang cantik untuk diterokai dalam hal pelancongan iaitu Pantai Bukit Keluang.


Jika dahulunya Pantai Bukit Keluang tidak punya apa-apa cuma hanya ada pantai dan ada laluan diperbuat daripada kayu di tepi Bukit Keluang sendiri tapi kini semuanya sudah roboh mungkin kerana dipukul ombak setelah bertahun-tahun. Tahukah tarikan terbaru di Pantai Bukit Keluang ? Daerah Besut yang sememangnya terkenal dengan Pulau Perhentian yang menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam negeri tapi kini melalui perkhidmatan bot di Pantai Bukit Keluang korang berpeluang menikmati sebuah yang masih bebas daripada pembangunan iaitu Pulau Rhu yang mengambil masa hanya sekitar 7 minit dari Bukit Keluang.

Tempat Menarik Di Besut : Pantai Bukit Keluang Besut Ke Pulau Rhu, Besut Terengganu


Kalau korang nak tahu, semasa kecil Sha dan keluarga kerap juga berkelah di persisiran Pantai Bukit Keluang ini, sambil bakar-bakar ayam boleh mandi-manda. Sehingga kini masih ramai ibu-bapa yang membawa anak-anak mereka beriadah di Pantai Bukit Keluang tambah pula dengan penambahan prasarana di sini. Tapi kali ini Sha ingin berkongsi tentang perkhidmatan bot dari Pantai Bukit Keluang ke Pulau Rhu. Untuk ke Pulau Rhu selain menaiki bot laju biasa  kita juga boleh menaiki Banana Boat. Jika korang mahu membawa anak-anak seperti Sha sendiri, Sha mengambil perkhidmatan bot laju kerana umur mereka belum sesuai untuk menaiki Banana Boat. Korang faham-faham jela macam mana rupa Banana Boat kan?



Bayaran Sewa Bot Laju Dan Banana Boat Di Pantai Bukit Keluang Besut Terengganu

Jika korang teringin nak ke Pulau Rhu untuk bawa anak-anak merasai pengalaman naik boat korang boleh sembang-sembang dengan abang kakak yang menyediakan perkhidmatan ini, mereka ada menanti pelanggan di pondok-pondok kecil diperbuat daripada kayu di persisiran pantai. Pondok mereka hanya bersebelahan dengan Menara Penyelamat Pantai Angkatan Pertahanan Awam Pantai Bukit Keluang sendiri. Harga untuk menaiki bot dan banana bot adalah RM 15.00 setiap orang dewasa dan RM 10.00 untuk kanak-kanak.


Persediaan Untuk Ke Pulau Rhu, Besut Terengganu


1. Sebelum ke Bukit Pantai Keluang korang pastikan korang memakai pakaian yang sesuai kerana korang mungkin basah semasa menaiki dan menuruni bot kerana di sini tidak ada jeti, jadi korang perlu berjalan dalam air untuk menaiki dan menuruni bot.

2. Jika korang ada nak bawa beg, pastikan beg korang kalis air adalah lebih baik. Sha sendiri belajar kerana Sha bawa beg tak kalis air jadi kena angkat tinggi-tinggi, ahahaha.. maklumlah kita tidak tahu keadaan air macam mana.

3. Jika korang ke Pulau Rhu pastikan korang jangan membuang sampah merata-rata, sama-samalah menjaga kebersihan. Di sana telah disediakan guni-guni untuk membuang sampah di persisiran pantai, sayangilah alam semulajadi kita.

4. Boleh berpakat dengan rakan-rakan korang jika ingin merakam gambar di Pulau Rhu bolehlah letakkan rakan korang yang penakut nak naik banana boat untuk menjadi jurugambar korang di atas bot yang tarik banana boat korang. Dalam perjalanan mengelilingi Pulau Rhu, pemandu bot akan berhenti di satu lokasi cantik untuk bergambar dengan pemandangan cantik, air kebiruan sebelum korang ditinggalkan di Pulau Rhu untuk mandi manda atau berkelah.

5. Kalau dah basah jangan lupa bawa baju tukar, jangan risau tandas dan bilik persalinan di sediakan di Pantai Bukit Keluang, bersebelahan parkir kenderaan.



Apa macam? Pada yang dah lama tak balik kampung tu nanti balik jangan lupa berkunjung ke Pantai Bukit Keluang kerana di sana korang bukan hanya boleh hiking, bergambar dengan mural dan berkelah sahaja sekali sekala bolehlah lepaskan tekanan menikmati lonjakan dalam bot laju. Paling seronok Abang Zaryth dan Adik Nur yang tak menunjukkan ketakutan langsung! Memang anak ibu..aahhahaha.

2 comments:

  1. ohh igtkan org pegi bukit keluang ni utk hiking je... tak penah jejak pun besut even kg dkt kemaman. hahah jauh jgk la kemaman nak ke besut tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh tuu.. hujung sana hujung sini negeri terengganu..huhuhu.. 4 jam perjalanan

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi