Blog ini dibangunkan untuk catatan peribadi dan perkongsian info bersama pembaca semoga mendapat manfaat

Saturday, August 24, 2019

Kuew Teow Kicap Sedap Di Kedai Kopi Mat Jasak Ipoh Perak

Kuew Teow Kicap Sedap Di Kedai Kopi Mat Jasak Ipoh Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini Sha nak kongsi dengan korang satu tempat makan baru kegemaran Sha iaitu Kuew Teow Kicap. Sebenarnya ini bukan kali pertama Sha makan kuew teow kicap maklumlah menetap di Perak pun dah 8 tahun, kiranya sudah merasa beberapa tempat kedai kuew teow kicap di sekitar Ipoh Perak. Tapi kali ini Sha betul-betul jatuh cinta dengan kedai yang baru dibuka tapi kalau sebut namanya pastinya ianya amat terkenal di Ipoh, Perak.

Kedai Kopi Mat Jasak Ipoh Perak


Kedai Kopi Mat Jasak yang Sha maksudkan adalah terletak di tengah pekan Ipoh, Perak. Kedudukannya mungkin ramai yang tak perasan kerana jalannya agak sibuk berhampiran lampu Isyarat.


Setakat ini, hari ini adalah kali kedua Sha singgah ke sini kerana terpikat dengan Kuew Teow Kicapnya. Korang tengohlah persembahan Kuew Teow Kicap di sini agak menarik dan menggiurkan.  Kalau nak minum pula Sha memilih Nescafe Tarik kerana memang terbaik dan kena dengan tekak Sha.

Menu Kedai Kopi Mat Jasak Ipoh, Perak


 

Jika ada ahli keluarga yang tak makan jenis mee, kuew tow atau bihun korang jangan risau kerana Kedai Kopi Mat Jasak ini juga menyediakan menu pelbagai Nasi Goreng. Pertama kali Sha ke sini Sha ambil menu Nasi Goreng Pataya untuk Abang Zaryth dan rasanya memang sedap sampai ayahnya yang dah kenyang tak leh tahan kenyang pun masih nak ulang makan nasi goreng Abang Zaryth..ahahaha...

Lokasi Kedai Kopi Mat Jasak Ipoh Perak


 
Sha sebenarnya tidak arif jalan mana lokasi sebenarnya Kedai Kopi Mat Jasak ini. Peta yang Sha lakar ini adalah berpandukan risalah semasa pembukaan kedai ini. Orang Ipoh mungkin boleh teka dah dimana terletaknya kedai ini yang mana kawasannya kebanyakkan kedai cina iaitu kedai ubat dan kedai kraf. 

Maaf pada yang komen dalam group Ipoh Ipoh Ajer sebab tak dapat nak tag lokasi kedai makan ini. Jadi kita kongsikan petanya sahaja okeh. Untuk pengetahuan korang juga kedai ini dibuka pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam dan TUTUP SETIAP HARI ISNIN. Hari pertama Sha datang ke kedai kopi ini ramai juga adik-adik FoodPanda tengah tunggu order.

6 comments:

  1. Owh.. dah ada kedai kopi pula.. menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lahh...duk lalu lalang saje cuba..sedaplah pulak

      Delete
  2. oh, kat sini rupanya food pandan yang selama ni aku kirim, dia orang order. Nampaknya tak payah order kat diaorang dah. Baik aku pergi sendiri, dekat dan murah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..ye kee..memang ada je adik2 foodpanda yang duk lepak situ..

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi