Filem Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal Menjadi Kegemaran Anak-Anak - SHALIMAR YUSOF

Facebook



Monday, April 08, 2019

Filem Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal Menjadi Kegemaran Anak-Anak

Filem Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal Menjadi Kegemaran Anak-Anak | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 29 Mac 2019 yang lepas Sha berpeluang menonton filem Upin & Ipin bersama suami dan anak-anak ternyata berbaloi membawa mereka berhibur bersama upin & Ipin kali ini kerana Abang Zaryth memang layan sampai habis dan terhibur sepanjang wayang kecuali Adik Nur yang tewas di penghujung cerita...ehehehe... Malam itu kami hanya bayar Rm8.00 untuk tiket Abang Zaryth kerana tiket untuk ibu dan ayah percuma menggunakan gift hari lahir ibu yang tamat 1 April 2019, tahun depan baru kita renew ahli TGV Movie Club ya..


Sebelum menonton wayang tak beritahu pun dua beradik ni kami akan menonton Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal hanya cakap nak jalan-jalan pusing AEON Station 18 sahaja.


Selain mendapat 2 tiket percuma, untuk yang mendaftar menjadi ahli TGV Movie Club pada hari lahir korang akan dapat 1 air dan 1 popcorn. Jadi bolehlah kan layan sambil menonton tambah Adik Nur memang suka sangat makan popcorn.

Sinopsis Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Filem pengembaraan baru ini menceritakan tentang saudara kembar Upin dan Ipin bersama rakan-rakan mereka Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei, dan Susanti, dan usaha mereka untuk menyelamatkan kerajaan Inderaloka yang fantastik dari Raja Bersiung yang jahat. Semuanya bermula apabila Upin, Ipin, dan kawan-kawan mereka tersandung pada keris mistik yang membawa mereka terus ke dalam kerajaan asing Inderaloka. Ketika cuba mencari jalan pulang, mereka tiba-tiba dibebani dengan tugas memulihkan kerajaan kembali ke kemuliaan mantan raja. Dengan bantuan Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan kawan-kawannya mesti mengatasi pelbagai halangan yang mencabar dalam filem pengembaraan yang penuh aksi, dan lucu yang dihasilkan oleh Les 'Copaque Production Sdn. Bhd. Dalam filem ini juga menampilkan watak dongeng melayu lain seperti Bawang Putih Bawang Merah, Nakhoda Ragam dan  Nujum Pak Belalang.

Lagu OST di dalam Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ini juga telah menjadi lagu kegemaran anak-anak Sha terutamanya Abang Zaryth yang menyukai lagu "Keris Sakti". Pendek kata amat berpuas hati sinematografi, sound dan muzikal yang ada dalam filem ini. Adegan perpisahan dan pertemuan kembali antara upin & ipin juga menyentuh hati.

Pada yang belum menonton nanti jangan lupa menonton ya kerana ianya sesuai untuk tontonan orang dewasa dan kanak-kanak.

2 comments:

  1. minggu depan aiyan akan tgk movie upin ipin ni ngn kwn2 kelasnya... entah mcmne lah, harapnya dia seronoklah bila ramai2 nih... sbb sblm ni pernah bwk n dia nngis sbb bunyi pawagam yg kuat

    ReplyDelete
  2. Menangis oii anak tengok cerita ni. Bukan sekali tapi 5 kali..kahkah

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi