Lirik Lagu Keris Sakti OST Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Lirik Lagu Keris Sakti OST Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Siapa kat sini dan menonton Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal yang masih dalam tayangan sekarang. Kepada yang sudah menonton pasti korang tertarik dengan lagu-lagu OST yang ada dalam filem ini yang Sha sifatkan sebagai menghiburkan tambah pula anak-anak Sha sendiri hari-hari akan ulang dengar lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi dari negera jiran iaitu Brunei yang bernama Fakhrul Razi. Vokalnya sangat menarik, kena dengan lagu dan suasana dalam filem ini.



Lirik Lagu "Keris Sakti"

Keris pada sahabat yang setia
Seteru pada yang derhaka
Siapa dia pahlawan perkasa
Yang akan menegak keadilan

Tujuh petala langit seru namanya
Tujuh petala bumi gerun akannya
Keris sakti kekuasaan raja
Keris sakti kebesaran negara

Jangan berkelana entah kemana
Hilang takhta hancur negara
Pulanglah segera menghalau durjana
Air mata merungkai segalanya

Tujuh petala langit seru namanya
Tujuh petala bumi gerun akannya
Keris sakti kekuasaan raja
Keris sakti kebesaran negara

Jangan berkelana entah kemana
Hilang takhta hancur negara
Pulanglah segera menghalau durjana
Air mata merungkai segalanya

Yeeehaaa..heeeiiii heii

Ehh..ewaahhhh

Lala lala lala lala lala

Jangan kelana entah kemana
Pulang segera menghalau durjana

Ayuhhh !

Jangan kelana entah ke mana
Pulang segera menghalau durjana

Pulanglah segera menghalau durjana

*******************
Kalau nak dengar korang tengok sahaja di youtube memang layanlah.

1 comment:

  1. Tiap2 hari tengok kat tv sebab direct link youtube. Best lagu dia kan..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi