Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RESEPI SERUNDING HALIA

RESEPI SERUNDING HALIA | Hari ini bercuti menjaga anak sebab tak ada orang jaga jadi Sha luang masa sikit untuk mencuba resepi kawan Sha kongsikan yang mana beliau jadikan menu ini salah satu menu dalam program diet beliau. Korang wajib percaya bahawa kawan Sha yang Sha kenal dari zaman sekolah, memang terkenal dengan pandai masaknya sedangkan Sha masa itu goreng telur pun tak lepas lagi...ahahahaha..beliau yang asalnya dulu memiliki berat badan 110 kg sekarang sama berat dengan Sha, jadi Sha sekarang Sha cuba ikut apa menu yang beliau makan setiap hari. Ok, salah satu menu menjadi peneman dikala menikmati nasi panas adalah Seruding Halia.

 

Bahan - bahan adalah seperti gambar diatas :

Bawang merah (dimayam)
Bawang Putih (dimayam)
Ikan Bilis
Lada Hitam
Halia. (dimayam)

 Cara-caranya adalah :

Goreng semua bahan secara berasingan.
Kemudian blend semua bahan KECUALI halia.
Katanya lebih sedap dan krup-krup bila dimakan jika halia tidak diblend bersama.


Satukan bahan-bahan yang diblend bersama halia goreng tadi di atas fry pan. Petua untuk goreng semua ni adalah goreng dengan api perlahan untuk elakkan semua bahan menjadi pahit. Halia perlu ditos keringkan sebelum kering untuk pastikan halia cepat garing.


Tujuan kita sangai semuanya diatas fry pan adalah untuk memastikan Serunding Halia ini bertahan lebih lama untuk disimpan sebagai stok. Apabila semua bahan sudah bersatu dan sebati korang sudah boleh nikmati bersama nasi putih. Tabur diatas nasi dan padankan dengan lauk sihat lain. Sha sudah nampak menu bulan puasa yang akan datang ni maklumlah kadang-kadang bila sahur perlukan sesuatu yang membangkitkan selera kan. Jadi apa lagi jadikan Serunding Halia sebagai stok wajib bulan puasa nanti okehh...

Selamat Mencuba.

Post a Comment

7 Comments

  1. Belum pernah makan serunding halia nie, nanti nak cuba...

    ReplyDelete
  2. bahan-bahan dah ada, buat nya belum lagi... nanti mesti kena rajin untuk cuba buat nih.. kalau tak, tak merasa lah kita.

    by the way, salam ukhwah sis. saya follow sini dan link sis dgn blog saya supaya senang saya nak ulang datang bertandang

    ReplyDelete
  3. waduhhhh... penah nmpak kt grup utk ibu2 berpantang, tp kllu mudah gini org tak pantang pun suka nih... mau mkn lagi bertambah2

    ReplyDelete
  4. Pertama kali dengar serunding halia ini, nanti boleh cuba buat juga. Resepi pun dah ada ni

    ReplyDelete
  5. apa agaknya rasanya ye.. tertanya-tanya ni.. tolong pos seruding halia ke Johor ye..
    JanjiKita

    ReplyDelete
  6. Boleh cuba ni...terbaik...aummm.meow..meow

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi