RESEPI NASI GORENG CINA | Alhamdulillah hari ini bertugas di Program Karnival Pengimarahan Masjid dan Himpunan Belia-Belia Masjid Peringkat Perak Tengah,Seri Iskandar Perak di Masjid Sultan Yusuf Izzudin Shah, Seri Iskandar. Sebelum bergerak ke tempat program sempat juga menyediakan sarapan pagi untuk suami dan anak-anak dengan menu Nasi Goreng Cina jadi sedaplah hati sikit untuk keluar bekerja tambah pula hari ini hari minggu sepatutnya beraktiviti bersama suami dan anak-anak.
Walaupun korang dah terer masak Nasi Goreng Cina tapi Sha tetap kongsi resepi di sini, acilah kan..hihihi
Bahan-Bahan
Nasi
Mentega
Bawang Putih
Bawang Merah
Carrot potong dadu
Kacang panjang
Sosej
Telur
Garam
Cara-Cara
Nasi dileraikan dan digaul bersama mentega. Dalam kuali panaskan minyak masak, tumis bawang putih dan bawang merah, kemudian masukan sosej yang dipotong dadu diikuti dengan lobak merah dan kacang panjang. Alih bahan tumis ketepi dan pecahkan telur dalam kuali kemudian gaul sebati dengan garam perasakan. Akhir sekali masukkan nasi yang telah diperap bersama mentega tadi. Goreng dan bolak balikkan sehingga semuanya mesra.
Alhamdulillah semasa bertugas suami mesej sudah makan nasi goreng cina sayang masak, bertambah pulak tu..hihihi..apa lagi senyum simpullah kita tengok telefon ditangan.
17 Comments
terus terasa lapar, walau dah makan tengah ari jam 12.30 noon tadi
ReplyDeleteahahaaha,..aipp jgn mkn byk
DeleteWah, husniey dapat rasakan moist je nasi goreng tu sebab digaul dulu bersama mentega😍
ReplyDeleteBoleh cuba ni nanti
Thank you cikmar for sharing this recipe 👍
aah..lemak la sket kalau letk mentega
Deletesdap tu cik mar..:)
ReplyDeletenasi goreng je cik nor wehh..
DeleteGambar nampak sedap je nasi goreng cina ni. TQ Mar for the recipe. Favourite Siqah, nasi goreng lah :D
ReplyDeletepaling simple kan...xperlu byk pinggan kalau hidang..
DeleteNasi goreng my fav food
ReplyDeletemy fav too
Deleteooo macam tu ke cara masaknya..baru kutahu..
ReplyDeleteJanjiKita
alaa..resepi biasa je ni ,,huhuh
Deletenok sikittttttttttt!!!
ReplyDeleteabih dohhh..aahaha
Deletefeveret anak-anak kak ana ni Sha :)
ReplyDeleteFav anak dara akak dania ni
ReplyDeletecomel je nama.. chinese look.. kadang terasa jugak nak makan nasi goreng macam ni kan
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi